Header Ads

Kemaskini Permohonan PISMP 2025 Online (IPG)

Kemaskini Permohonan PISMP 2025 Online (IPG)|BILAKAH tarikh kemaskini permohonan PISMP ambilan 2025 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar Lepasan SPM yang ingin membuat kemaskini permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan tahun 2025. Untuk makluman anda, kemaskini permohonan PISMP 2025 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 24 sehingga 30 April 2025 menerusi Portal Rasmi PISMP. Berikut dikongsikan Kemaskini Permohonan IPG PISMP 2025 Online buat rujukan anda.

Kemaskini Permohonan PISMP 2025 Online (IPG)

Sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan pengambilan calon guru tajaan KPM bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tahun 2025. Pemohon yang layak akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau 3 semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM. Mereka yang lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 12 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.


Kemaskini Permohonan PISMP 2025 Online (IPG)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara kemaskini permohonan IPG PISMP termasuk syarat kemasukan dan senarai program pengajian yang ditawarkan:


Tarikh Penting Kemaskini IPG PISMP 2025

◾️Tarikh Kemaskini Permohonan: 24 April 2025 (mulai 2:00 petang) - 30 April 2025

◾️Aplikasi Kemaskini Permohonan:

KLIK 👉 https://pismp.moe.gov.my


Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan

Bidang pengkhususan yang ditawarkan bagi PISMP adalah seperti berikut:

i) Sekolah Kebangsaan (SK)

Bahasa Melayu Pendidikan Rendah

Bimbingan dan Kaunseling

Matematik Pendidikan Rendah

Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah

Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah

Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)

Sejarah Pendidikan Rendah

ii) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

Bahasa Melayu Pendidikan Rendah

Bahasa Cina Pendidikan Rendah

Bimbingan dan Kaunseling

Matematik Pendidikan Rendah

Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah

Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah

Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)

Sejarah Pendidikan Rendah

iii) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Bahasa Melayu Pendidikan Rendah

Bahasa Tamil Pendidikan Rendah

Bagi kemasukan PPC, bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti Bidang Bahasa Arab (Lughah), Bidang Pengajian Islam (Dirasat Islamiah) dan Bidang Tahfiz (Al-Quran Wal Qiraat). 


Syarat Kemasukan PISMP dan PPC 2025

Antara syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan PISMP adalah seperti berikut:

- Warganegara Malaysia.

- Umur tidak melebihi 22 tahun pada 30 Jun 2025 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2003.

- Sihat tubuh badan.

- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

- Lulus SPM dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana lima matapelajaran.

- Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut di peringkat SPM:

◾️Bahasa Inggeris

◾️Sejarah

- Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan (sila rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan secara dalam talian).


Cara Kemaskini Permohonan PISMP 2025 Online

1. Anda boleh buat kemaskini permohonan PISMP secara dalam talian (online) dengan layari laman sesawang KPM di pautan https://pismp.moe.gov.my.

2. Log masuk sistem dengan menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan. 

3. Klik pada butang "Log Masuk".

4. Anda boleh membuat kemaskini maklumat permohonan seperti Maklumat Peribadi dan Bidang Pengkhususan Yang Dimohon. 

Info Penting:

*Apa yang boleh dikemaskini?

- Maklumat Peribadi (kecuali No. KP)

- Bidang Pengkhususan Yang Dimohon

Kemaskini Permohonan PISMP 2025 Online (IPG)

Artikel Berkaitan:

KLIK 👉 Permohonan UPU Online 

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan PISMP, sila layari Laman Web PISMP di https://pismp.moe.gov.my atau hubungi Institut Pendidikan Guru Malaysia di talian 03-8312 6720/6693/6731/6768/6719/6760.

Semoga perkongsian Kemaskini Permohonan PISMP tahun 2025 ini dijadikan panduan buat anda semua!


No comments

Powered by Blogger.