Semakan Keputusan Tawaran UPUOnline 2026/2027 (Lepasan STPM)
Semakan Keputusan Tawaran UPUOnline 2026/2027 (Lepasan STPM)|BILAKAH tarikh semakan keputusan tawaran UPU bagi tahun 2026/2027 bakal diumumkan? Perhatian buat anda pelajar Lepasan STPM/Setaraf Tahun 2025 yang telah membuat permohonan kemasukan ke UPU Online ambilan tahun 2026-2027. Untuk makluman anda, semakan keputusan UPUOnline Sesi 2026 bagi Lepasan SPM boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 22 Mei 2026 jam 12:00 tengahari sehingga 31 Mei 2026 jam 5:00 petang menerusi Portal Rasmi UPUOnline dan melalui Aplikasi UPUPocket. Manakala bagi Lepasan STPM/Setaraf boleh disemak mulai 14 Ogos 2026 (Hari Jumaat) sehingga tarikh tutup pada 23 Ogos 2026. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Tawaran UPUOnline 2026/2027 buat rujukan anda.
Sedia maklum, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa semakan keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) yang sebelum ini dibuat menerusi UPUOnline di peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2026/2027 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 22 Mei 2026. Bagi pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat Sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my.
Semakan Keputusan Tawaran UPUOnline 2026/2027 (Lepasan STPM)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara Semakan Keputusan Tawaran UPUOnline bagi Lepasan SPM dan Lepasan STPM/Setaraf termasuk cara permohonan rayuan:
Tarikh Penting Keputusan UPUOnline 2026/2027
◾️Tarikh Semakan:
- Lepasan SPM: 22 Mei 2026 (Hari Jumaat) jam 12:00 tengahari sehingga 31 Mei 2026 (Hari Ahad) jam 5:00 petang
- Lepasan STPM/Setaraf: 14 Ogos 2026 (Hari Jumaat) jam 12:00 tengahari sehingga 23 Ogos 2026 (Hari Ahad) jam 5:00 petang
Cara Semakan Keputusan Tawaran UPUOnline Sesi 2026/2027
Semakan keputusan tawaran UPUOnline bagi Lepasan STPM/Setaraf boleh dibuat menerusi kaedah seperti berikut:
A. Secara atas talian melalui laman web UPU di https://upu.mohe.gov.my/ atau menerusi pautan dibawah:
B. Melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar
Pengesahan Setuju Terima Tawaran
1. Pengesahan setuju terima tawaran boleh dibuat bermula pada 15 Ogos 2026 hingga 23 Ogos 2026 di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).
2. Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan MARA BPT kepada yang berjaya mulai 15 Ogos 2026 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.
Permohonan Rayuan UPUOnline 2026/2027
1. Pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 14 Ogos 2026 hingga 23 Ogos 2026.
2. Rayuan ke Kolej Komuniti dan MARA BPT boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.
3. Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan UPUOnline boleh rujuk ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:
BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
62000 PUTRAJAYA
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
No. Tel: 03-8684 2363
Emel: upu@mohe.gov.my
Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram: @KEMASUKANBPKA
TikTok: BKPAUPU
Semoga perkongsian Semakan Keputusan UPUOnline Sesi 2026/2027 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UPU!





Post a Comment