Semakan Keputusan SPM 2024 Online & SMS
Semakan Keputusan SPM 2024 Online & SMS|BILAKAH tarikh semakan keputusan SPM tahun 2024 bakal diumumkan? Untuk makluman anda, keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 bakal diumumkan secara rasmi pada 24 April 2025 (Hari Khamis) mulai jam 10:00 pagi menerusi Portal Rasmi KPM dan melalui Sistem SMS. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan SPM 2024 Online & SMS buat rujukan anda.
Sedia maklum, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada 24 April 2025 (Khamis). Seramai 402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2024 di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara. Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut. Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
Semakan Keputusan SPM 2024 Online & SMS
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan keputusan SPM tahun 2024 secara online dan SMS:
Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2024
1. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada Khamis, 24 April 2025, mulai jam 10.00 pagi.
2. Calon sekolah boleh hadir ke sekolah untuk mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing manakala calon persendirian boleh hadir ke Jabatan Pendidikan Negeri.
3. Calon juga boleh menyemak keputusan SPM Tahun 2024 masing-masing dengan mudah dan pantas secara dalam talian atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
Cara Semakan Keputusan SPM 2024 Secara Online dan SMS
Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:
KAEDAH 1 : SEMAKAN DI SEKOLAH
- Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 24 April 2025
- Calon yang menghadapi isu akses boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing atau di sekolah yang berdekatan.
KAEDAH 2 : SEMAKAN ONLINE
- Calon digalakkan untuk menyemak keputusan masing-masing secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my mulai 24 April 2025, jam 10.00 pagi.
- Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian menerusi pautan https://myresultspm.moe.gov.my/ untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2024 mulai jam 10 pagi pada 24 April 2025.
KAEDAH 3 : SEMAKAN SMS
- Calon juga boleh menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.
- Sistem ini akan diaktifkan mulai 24 April 2025, jam 10.00 pagi.
Takrifan Gred Pemarkahan SPM & UPBA
Berikut dikongsikan takrifan gred pada slip keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia:
TAKRIFAN GRED PADA SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM
A+ : Cemerlang Tertinggi
A : Cemerlang Tinggi
A- : Cemerlang
B+ : Kepujian Tertinggi
B : Kepujian Tinggi
B : Kepujian Atas
C : Kepujian
D : Lulus Atas
E : Lulus
G : Gagal
Semakan Semula Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia
1. Sistem e-Lembaga Peperiksaan (ELP) akan dibuka kepada anda yang ingin membuat semakan semula keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia.
2. Semakan semula keputusan peperiksaan akan dicaj RM100 bagi setiap mata pelajaran.
3. Berikut adalah langkah untuk membuat semakan semula keputusan peperiksaan anda:
- Semakan semula keputusan akan dibuka selepas keputusan diumumkan (30 hari)
- Sila layari laman web https://elp.moe.gov.my atau melalui Aplikasi e-Lembaga Peperiksaan
- Klik pada permohonan semakan semula keputusan
- Buat pembayaran bagi melengkapkan proses permohonan anda. Bayaran adalah RM100/matapelajaran
Info Penting:
*Jika keputusan kekal, slip keputusan yang sedia ada adalah terpakai.
*Jika keputusan berubah, calon sekolah perlu hubungi SUP dan calon persendirian perlu hubungi SPP, JPN untuk slip baharu.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing atau dapatkan info terkini melalui:
◾️Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia
◾️Laman Web KPM: https://www.moe.gov.my/
◾️Laman Web Semakan Keputusan: https://myresultspm.moe.gov.my/
Selamat membuat Semakan Keputusan SPM Tahun 2024! Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024!
Post a Comment