Header Ads

Semakan Keputusan Matrikulasi KPM 2026/2027 Online

Semakan Keputusan Matrikulasi KPM 2026/2027 Online|BILAKAH tarikh semakan keputusan Matrikulasi KPM Sesi 2026 bakal diumumkan secara rasmi? Perhatian buat anda pelajar Lepasan SPM yang ingin ketahui cara semakan keputusan tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM ambilan tahun 2026/2027. Untuk makluman anda, semakan keputusan Matrikulasi KPM 2026 boleh dibuat secara online mulai 27 April 2026 jam 2:00 petang menerusi Portal Rasmi Matrikulasi KPM. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Matrikulasi KPM 2026/2027 Online buat rujukan anda.

Semakan Keputusan Matrikulasi KPM 2026/2027 Online


Sedia maklum, Program Matrikulasi KPM diwujudkan pada tahun 1998 sebagai satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara. Pelaksanaan program ini dilaksanakan di bawah KPM bagi menyeragamkan semua program asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Objektif pelaksanaan program ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Bagi calon yang tidak berjaya, permohonan rayuan kemasukan boleh dibuat mulai 27 April 2026 hingga 6 Jun 2026 secara dalam talian.


Semakan Keputusan Matrikulasi KPM 2026/2027 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Semakan Keputusan Matrikulasi KPM Secara Online termasuk permohonan rayuan:


Tarikh Penting Keputusan Matrikulasi KPM 2026

◾️Tarikh Semakan: 27 April 2026 (Hari Isnin) 

◾️Aplikasi Semakan:

KLIK PAUTAN 👉 https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm


Senarai Jurusan Yang Ditawarkan

Terdapat 4 jurusan yang ditawarkan bagi program matrikulasi ini iaitu:

1. Jurusan Sains:

– Sains Hayat

– Sains Fizikal

– Sains Komputer

2. Jurusan Kejuruteraan:

– Kejuruteraan Asas

– Kejuruteraan Awam

– Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

– Kejuruteraan Mekanikal

3. Jurusan Perakaunan

4. Jurusan Perakaunan Profesional


Syarat Kemasukan Program Matrikulasi KPM 2026

Antara Syarat Kemasukan Program Matrikulasi adalah seperti berikut:

A. SYARAT UMUM

1. Warganegara Malaysia.

2. Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada tahun semasa memohon.

3. Pemohon mestilah merupakan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun semasa.

B. SYARAT KHUSUS

1. Jurusan Sains

Bahasa Melayu- C

Bahasa Inggeris- C

Sejarah- Lulus

Matematik- B

Matematik Tambahan- C

Kimia- C

Fizik atau Biologi- C

2. Jurusan Perakaunan

Bahasa Melayu- C

Bahasa Inggeris- C

Sejarah- Lulus

Matematik- C

Mendapat minimum C dalam mana-mana 3 mata pelajaran berikut: Fizik/Kimia/Biologi/ Matematik Tambahan/Sains/Sains Tambahan/Lukisan Kejuruteraan/Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/Sains Komputer/Sains Sukan/Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/Pendidikan Syariah Islamiah/Tasawwur Islam/Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

3. Jurusan Kejuruteraan

Bahasa Melayu- C

Bahasa Inggeris- C

Sejarah- Lulus

Matematik- B

Matematik Tambahan- C

Kimia- Lulus

Fizik- C

Mendapat minimum C dalam mana-mana 1 mata pelajaran berikut: Biologi/Sains Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/Pengajian Kejuruteraan Awam/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/Asas Kelestarian/Pertanian/Sains Rumah Tangga/Reka Cipta/Sains Komputer/Sains Sukan/Lukisan Kejuruteraan/Grafik Komunikasi Teknikal/Prinsip Perakaunan/Ekonomi/Perdagangan/Perniagaan.

4. Perakaunan Professional

Bahasa Melayu- C

Bahasa Inggeris- A-

Sejarah- Lulus

Matematik- A

Matematik Tambahan- C

Mendapat minimum A dalam mana-mana 3 mata pelajaran berikut: Fizik/Kimia/Biologi/ Sains/Sains Tambahan/Lukisan Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/Sains Rumah Tangga/Reka Cipta/Sains Komputer/Sains Sukan/Grafik Komunikasi Teknikal/Prinsip Perakaunan/Ekonomi/Perdagangan/Perniagaan/Pendidikan Syariah Islamiah/Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik


Cara Semakan Keputusan Matrikulasi KPM 2026/2027 Online

1. Semakan keputusan permohonan Program Matrikulasi KPM boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi pautan di https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm mulai 27 April 2026 mulai jam 2:00 petang. 

2. Pelajar yang yang berjaya dan berminat kemasukan ke Program Matrikulasi KPM boleh klik setuju terima dalam tempoh yang ditetapkan.


Cara Permohonan Rayuan Matrikulasi 2026 Online

1. Bagi mereka yang tidak berjaya dalam tawaran Program Matrikulasi, mereka boleh membuat rayuan mulai 27 April 2026 sehingga 6 Jun 2026 menerusi pautan di https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm

Semakan Keputusan Matrikulasi KPM 2026/2027 Online


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Program Matrikulasi KPM, boleh emelkan kepada mohon.matrik@moe.gov.my

▶️ No. Tel: 03-8884 4083/4042/4098

Semoga perkongsian Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi KPM Sesi 2026/2027 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi!


No comments

Powered by Blogger.