Permohonan UPTM Sesi Julai 2026 Online (Syarat Kemasukan)
Permohonan UPTM Sesi 2026 Online (Syarat Kemasukan)|BILAKAH tarikh permohonan UPTM Sesi 2026 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar Lepasan STPM/Setaraf yang berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke UPTM ambilan Julai tahun 2026 bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD). Untuk makluman, permohonan UPTM Sesi 2026 boleh dibuat secara online mulai 31 Mac 2026 menerusi Portal Rasmi UPTM. Berikut dikongsikan Permohonan UPTM 2025 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, bagi Lepasan STPM, STAM, Diploma atau Matrikulasi yang ingin menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) menawarkan peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda kepada pemohon yang berminat menyambung pengajian di universiti tersebut. Poly-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur atau kini dikenali sebagai UPTM merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi yang terletak di Kuala Lumpur. Kini UPTM menawarkan program akademik dari peringkat asasi hingga peringkat Doktor Falsafah dan menawarkan 28 program akademik iaitu dua program Ijazah Doktor Falsafah, lima program Ijazah Sarjana, 12 program Ijazah Sarjana Muda, dua program perakaunan profesional, empat program Diploma dan tiga program asasi.
Permohonan UPTM Sesi Julai 2026 Online (Syarat Kemasukan)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan UPTM termasuk syarat kemasukan dan senarai program pengajian yang ditawarkan:
Kelebihan Yang Ditawarkan UPTM
▶️ Penajaan yuran pengajian dan Elaun Sara Hidup untuk sepanjang tempoh pengajian
▶️ Wang pendahuluan yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Bidang Pengajian Yang Ditawarkan
Bidang pengajian yang ditawarkan di UPTM adalah seperti berikut:
- Bachelor of Accountancy (Honours)
- Bachelor of Business Administration (Honours) Human Resource Management
- Bachelor of Business Administration (Honours)
- Bachelor of Corporate Administration (Honours)
- Bachelor of Arts (Honours) in Applied English Language Studies
- Bachelor of Early Childhood Education Honours
- Bachelor of Education (Honours) in Teaching English as a Second Langguage
- Bachelor of Communication (Hons) in Corporate Communication
- Bachelor of Arts in 3D Animation and Digital Media (Honours)
- Bachelor of Information Technology (Hons) in Business Computing
- Bachelor of Information Technology (Honours) in Computer Application Development
- Bachelor of Information Technology (Hons) in Cyber Security
Syarat Kemasukan UPTM Sesi 2026
Antara Syarat Kemasukan UPTM secara adalah seperti berikut:
◾️Lepasan STPM: Minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mana mana 2 mata pelajaran.
◾️Lepasan STAM: Lulus dengan Gred minimum pangkat Jayyid.
◾️Lepasan Diploma: Diploma atau yang setara dengan nya dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
◾️Lepasan Matrikulasi/Asasi dengan minimum PNGK 2.00.
Cara Permohonan Kemasukan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) 2026 Online
1. Layari laman web KPTM secara online menerusi pautan di https://eadmission.kptm.edu.my/.
2. Klik "NEW APPLICATION" untuk permohonan baharu.
3. Pastikan calon melengkapkan semua maklumat yang diperlukan sebelum Klik --> REGISTER.
4. Pastikan calon menggunakan EMEL yang didaftar dan NO. KAD PENGENALAN sebagai Password untuk LOGIN.
5. Permohonan akan diproses sebaik sahaja calon melengkapkan semua butiran yang diperlukan (Profile, Qualification, Program Selection, Transcript (bagi permohonan Ijazah) dan Acknowledgement).
6. Calon yang layak akan menerima emel makluman proses tapisan(bagi program Diploma Pendidikan & Kejururawatan). Calon program Diploma SELAIN daripada 02 fakulti berikut akan terus menerima emel makluman sekiranya permohonan berjaya.
7. Tawaran adalah bersifat tawaran bersyarat. Calon dikehendaki membuat pengesahan terima tawaran dengan membuat Bayaran Pengesahan Terima Tawaran dan Pendaftaran DENGAN SEGERA di menu Payment sekiranya bersetuju dengan tawaran.
8. Bayaran Pengesahan Tawaran: Pembayaran boleh dibuat di dalam portal ini secara Online Banking dan kad kredit. Calon akan menerima resit pembayaran melalui emel.
Artikel Berkaitan:
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan UPTM, sila layari laman web UPTM di https://www.uptm.edu.my/.
Universiti Poly-Tech Malaysia
Jalan 6/91, Taman Shamelin Perkasa
Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia
General Line: +603 9206 9700
No. Tel : +603 92837186 (Marketing)
No. Fax : +603 92810475
Emel : marketing@uptm.edu.my
Semoga perkongsian Permohonan Kemasukan UPTM Tahun 2026 secara online ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UPTM!

Post a Comment