Permohonan Matrikulasi KPM 2026/2027 Online (Rayuan)
Permohonan Matrikulasi KPM 2026/2027 Online (Rayuan)|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan Program Matrikulasi Sesi 2026/2027 bakal dibuka? Perhatian buat anda calon SPM Tahun 2025 yang berminat mengikuti pengajian Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM) ambilan tahun 2026. Untuk makluman anda, permohonan Matrikulasi KPM Fasa 1 2026/2027 boleh dibuat secara online mulai 10 November 2025 sehingga 10 Februari 2026 menerusi Portal Rasmi Matrikulasi KPM. Manakala, bagi permohonan Fasa 2 bakal dibuka mulai 31 Mac 2026 sehingga 4 April 2026. Berikut dikongsikan Permohonan Matrikulasi KPM 2026/2027 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Program Matrikulasi KPM adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Semua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017. Selain itu, program Hifz al-Quran di Matrikulasi turut dilaksanakan mulai 2025 dan terbuka bagi pelajar yang menepati syarat. Kolej yang menawarkan program ini ialah Kolej Matrikulasi Kelantan dan Negeri Sembilan sahaja. Bagi anda yang tidak berjaya dalam tawaran Program Matrikulasi, mereka boleh membuat rayuan mulai 27 April 2026 sehingga tarikh ditutup pada 6 Jun 2026 menerusi Portal Rasmi Matrikulasi.
Permohonan Matrikulasi KPM 2026/2027 Online (Rayuan)
Tarikh Penting Kemasukan Matrikulasi Sesi 2026/2027
◼️ Tarikh Permohonan Fasa 2: 31 Mac 2026 - 4 April 2026
◼️ Aplikasi Permohonan:
Senarai Jurusan Yang Ditawarkan di Matrikulasi
1. Jurusan Sains
2. Jurusan Kejuruteraan
3. Jurusan Perakaunan
5. Jurusan Sains Komputer
Senarai Matrikulasi di Seluruh Malaysia
Cara Permohonan Matrikulasi KPM 2026/2027 Online
4. Log masuk semula menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan.


ew yi rou
ReplyDelete