Header Ads

Semakan Calon Layak Temuduga & UKF PISMP dan PPC 2025 Online

Semakan Calon Layak Temuduga & UKF PISMP dan PPC 2025 Online|BILAKAH tarikh semakan calon layak temuduga & UKF PISMP dan PPC tahun 2025 bakal diumumkan? Perhatian buat anda calon Lepasan SPM/ STPM/ STAM & Matrikulasi yang ingin ketahui cara semakan calon layak temuduga & Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) PISMP dan PPC ambilan tahun 2025. Untuk makluman anda, semakan calon layak temuduga & UKF PISMP 2025 boleh dibuat secara online mulai 14 Mei 2025 (Hari Rabu) pada jam 2:00 petang menerusi Portal Rasmi PISMP. Berikut dikongsikan Semakan Calon Layak Temuduga & UKF PISMP 2025 Online buat rujukan anda.

Semakan Calon Layak Temuduga & UKF PISMP dan PPC 2025 Online

Sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan pengambilan calon guru tajaan KPM bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2025 dan Program Pelajar Cemerlang (PPC) tahun 2025.


Semakan Calon Layak Temuduga & UKF PISMP dan PPC 2025 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara Semakan Calon Layak Temuduga & UKF PISMP & PPC:


Tarikh Penting Semakan Calon Layak Temuduga & UKF PISMP Tahun 2025

◾️Tarikh Semakan: 14 Mei 2025 (Hari Rabu) jam 2:00 petang

◾️Aplikasi Semakan:

KLIK 👉 https://pismp.moe.gov.my/


Syarat Kemasukan PISMP dan PPC 2025

Antara syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan PPISMP dan PPC adalah seperti berikut:

A. PISMP

- Warganegara Malaysia.

- Umur tidak melebihi 22 tahun pada 30 Jun 2025 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2003.

- Sihat tubuh badan.

- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

- Lulus SPM dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana lima matapelajaran.

- Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut di peringkat SPM:

◾️Bahasa Inggeris

◾️Sejarah

- Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan (sila rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan secara dalam talian).

B. PPC

- Warganegara Malaysia.

- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2025 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2005.

- Sihat tubuh badan.

- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

- Lepasan SPM tahun 2024.


Cara Semakan Calon Layak Temuduga & UKF PISMP dan PPC 2025 Online

1. Semakan calon layak temuduga & UKF PISMP dan PPC boleh dibuat secara online di Portal Rasmi PISMP menerusi pautan di https://pismp.moe.gov.my/.

2. Log masuk akaun dengan menggunakan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan. 

3. Klik pada butang "Log Masuk".

4. Anda boleh buat semakan calon layak temuduga & UKF pada ruangan yang disediakan.

Semakan Calon Layak Temuduga & UKF PISMP dan PPC 2025 Online

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan PISMP dan PPC, sila layari Laman Web PISMP di https://pismp.moe.gov.my atau hubungi Institut Pendidikan Guru Malaysia di talian 03-8312 6720/6693/6731/6768/6719/6760.

Semoga perkongsian Semakan Calon Layak Temuduga & UKF PISMP dan PPC ini dijadikan panduan buat anda semua!


No comments

Powered by Blogger.