Header Ads

Permohonan UPU 2026/2027 Online (Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf)

Permohonan UPU 2026 Online (Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf)|BILAKAH tarikh permohonan UPU Online Sesi Akademik 2026 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar Lepasan SPM dan Lepasan STPM/ Setaraf yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke UPUOnline ambilan tahun 2026/2027 bagi pengajian di Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT). Untuk makluman anda, permohonan UPU Sesi 2026/2027 Fasa 1 boleh dibuat secara online mulai 29 Januari 2026 sehingga 23 Mac 2026 bagi Lepasan SPM dan Lepasan SPM/Setaraf menerusi Portal Rasmi UPUOnline. Manakala, Fasa 2 untuk Lepasan STPM/Setaraf bermula pada 13 April 2026 hingga 15 Mei 2026 untuk program yang tidak bertemuduga dan/atau ujian sahaja. Berikut dikongsikan Permohonan UPU 2026/2027 Online buat rujukan anda. 

Permohonan UPU 2025/2026 Online (Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf)

Sedia maklum, permohonan memasuki UA/ IPTA adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No.KP/ MyKad sahaja. Dua kategori permohonan yang layak memohon adalah pelajar lepasan SPM dan lepasan STPM/ setaraf. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pengurusan kemasukan Pelajar (BPKP) telah menyediakan satu sistem yang dikenali sebagai UPU untuk mengurus kemasukan pelajar ke IPT. BPKP bertanggungjawab menguruskan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Bagi calon Lepasan SPM dan Lepasan STPM dan setaraf, anda dinasihatkan untuk bersiap sedia dengan melakukan pembelian Nombor Pin Unik ID di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 28 Januari 2026 dengan bayaran RM10.60.


Permohonan UPU 2026/2027 Online (Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan UPUOnline termasuk syarat kemasukan, tarikh penting dan kategori permohonan:


Syarat Am Kemasukan UPUOnline 2026

Antara Syarat Kemasukan UPU Online adalah seperti berikut:

KLIK 👉 Syarat Am Kemasukan UPU


Kategori Permohonan UPUOnline Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf

A. KATEGORI PEMOHON LEPASAN SPM – Sijil / Asasi. Diploma & Ijazah Sarjana Muda UiTM, Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT)

◾️Kategori A: SPM 2025 (Tahun Semasa)

◾️Kategori B: SPM 2024 & 2023 (Bukan Tahun Semasa)

B. KATEGORI PEMOHON LEPASAN STPM/ SETARAF – Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA)

◾️01 : STPM 2025

▶️ Kategori A – Aliran Sastera

▶️ Kategori S – Aliran Sains

◾️02 – Matrikulasi / Asasi

▶️ Kategori N – Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, Asasi Sains UM, ASASIpintar UKM & Asasi UiTM

▶️ Kategori P – Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM

▶️ Kategori U – Aliran Undang-undang (KPM) Calon Asasi UiTM

▶️ Kategori K – Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM

▶️ Kategori L – Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)

▶️ Kategori J – Aliran Kejuruteraan Calon Matrikulasi KPM

▶️ Kategori M – Aliran Asasi Sains Sosial UM

▶️ Kategori V – Aliran Asasi Teknologi Kejuruteraan Politeknik

◾️03 : STAM 2025/2024

▶️ Kategori T

◾️04 : Diploma / Setaraf

▶️ Kategori E – Kelayakan Diploma DKM / DLKM, DVM, Diploma IPTS / Luar Negara / ILKA / Lain-lain Diploma

▶️ Kategori F – Kelayakan setaraf A-Level, International Baccalaureate (IB), Sekolah Sukan, STPM*, Matrikulasi*, STAM*, AUSMAT / SAM / CPU, Foundation IPTS (*Bukan tahun semasa)

▶️ Kategori G – Diploma UA / Politeknik / Kolej Komuniti


Tarikh Penting Permohonan UPU Online 2026/2027

Bagi pelajar Lepasan SPM dan Lepasan STPM/Setaraf, tempoh permohonan UPUOnline Sesi 2026 terdapat dalam 2 fasa berikut:

◾️FASA 1: 

- Lepasan SPM: 29 Januari 2026 - 23 Mac 2026

- Lepasan STPM/Setaraf: 29 Januari 2026 - 23 Mac 2026

◾️FASA 2: 

- Lepasan STPM/Setaraf: 13 April 2026 - 15 Mei 2026

Info Penting:

*Sila ambil maklum bahawa pada fasa permohonan kedua, tiada lagi pilihan Program Pengajian bertemu duga dan/atau ujian.

*Calon boleh mengemaskini semua pilihan program pengajian kecuali yang telah dipangil temu duga atau ujian.


Cara Permohonan Kemasukan UPUOnline 2026/2027 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan UPU 2026/2027 secara online:

LANGKAH 1: BELI NOMBOR PIN UNIK ID

- Perkara paling wajib dilakukan adalah membeli Nombor Pin UPUOnline melalui Bank Simpanan Nasional (BSN). Tanpa nombor Pin ini, anda tidak boleh mengakses sistem permohonan UPUOnline Sesi 2026.

◾️Tarikh Pembelian: 28 Januari 2026 sehingga 15 Mei 2026
◾️Harga: RM10.60 (termasuk caj perkhidmatan)
◾️Saluran Pembelian: Anda boleh mendapatkannya melalui 387 Kaunter Cawangan BSN, 843 mesin ATM BSN, atau melalui portal perbankan internet myBSN. Pihak BSN akan membekalkan Nombor Pin berserta salinan resit pembayaran yang perlu disimpan untuk rujukan permohonan.

LANGKAH 2: PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

1. Permohonan kemasukan UPUOnline boleh dibuat secara atas talian melalui laman web rasmi UPU di https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login.

2. Maklumat penting yang wajib diisi oleh pemohon ditandakan dengan asterisk (*) dalam borang sistem permohonan kemasukan pelajar. Manakala tanda (**) adalah merujuk kepada wajib mengisi salah satu medan maklumat.

3. Pilih Pilihan Mengikut Keutamaan

Ada 12 pilihan program pengajian. Pemohon wajib memilih 5 pilihan program pengajian yang berbeza. Jika berminat dengan program pengajian yang bertemu duga, pemohon boleh mengemukakan pilihan pada Pilihan 1 hingga 4 sahaja. Manakala, bagi Program Pengajian bertemu duga (Pendidikan) hanya pada pilihan 1-2 sahaja.

4. Pemohon hanya dibenarkan memilih program pengajian mulai tarikh yang telah ditetapkan. Pemohon hanya boleh memilih pilihan program pengajian yang melepasi syarat khas sahaja yang ditetapkan oleh UA.

5. Semua program pengajian yang ada temu duga ditandakan dengan tanda (#) pada akhir nama program pengajian dalam UPUOnline.

6. Klik Sah & Hantar

Selepas selesai mengisi permohonan secara online, klik sah dan hantar. Kegagalan untuk klik pada sah dan hantar menyebabkan anda gagal mengisi borang permohonan.

7. Cetak Slip Permohonan

Setelah klik sah dan hantar, anda bolehlah mencetak atau print slip permohonan tersebut untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti permohonan telah dibuat.

8. Simpan Slip Permohonan Sebagai Bukti

Anda dinasihatkan supaya menyimpan slip permohonan yang telah dicetak sebagai bukti bahawa permohonan telah dilakukan.

9. Semakan Permohonan & Kemaskini Permohonan Adalah Tanpa Had

Anda boleh membuat semakan dan mengedit semula permohonan seberapa banyak kali yang anda mahukan sebelum tarikh tutup permohonan UPU.

Permohonan UPU 2026/2027 Online (Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf)


Punca Gagal Permohonan UPU

Terdapat pelbagai punca atau sebab kenapa permohonan UPU anda gagal atau tidak berjaya:

Kenapa Berjaya?

▶️ Borang permohonan BERJAYA diterima oleh UPUonline

▶️ MEMENUHI syarat khas program pengajian

▶️ ADA kekosongan tempat

▶️ BERJAYA dalam saringan temu duga dan/ atau ujian

▶️ Kedudukan merit TINGGI

Kenapa Gagal?

▶️ TIDAK tekan butang simpan

▶️ TIDAK memenuhi syarat khas program pengajian

▶️ TIADA kekosongan tempat, terutamanya program kompetitif

▶️ GAGAL dalam saringan temu duga dan/ atau ujian

▶️ Kedudukan merit RENDAH


Artikel Berkaitan:

👉 Panduan Beli No Pin UPU Online


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan UPUOnline, sila hubungi dibawah:

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA

JABATAN PENDIDIKAN TINGGI

ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5

62200 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

No. Tel: 03-8684 2363

Emel: upu@mohe.gov.my

Laman Web Rasmi: https://upu.mohe.gov.my/

Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT

Instagram: @KEMASUKANBPKA

TikTok: BKPAUPU

UPUChat: https://upuchat.org/

Maklumbalas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/

Semoga perkongsian Permohonan UPU Online Sesi 2026-2027 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda para pelajar berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UPU!


1 comment:

Powered by Blogger.