Header Ads

Permohonan iBITA 2026 Online (Bantuan IPT Pulau Pinang)

Permohonan iBITA 2026 Online (Bantuan IPT Pulau Pinang)|BILAKAH tarikh permohonan iBITA tahun 2026 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berkelayakan dan berminat membuat permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (iBITA) Pulau Pinang bagi pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda ambilan tahun 2026. Untuk makluman anda, permohonan iBITA 2026 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 1 Julai 2026 sehingga tarikh tutup pada 30 September 2026 menerusi Portal Rasmi iBITA. Berikut dikongsikan Cara Permohonan iBITA 2026 Online buat rujukan anda.

Permohonan iBITA 2026 Online (Bantuan IPT Pulau Pinang)


Sedia maklum, Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (iBITA) merupakan inisiatif yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pelajar kelahiran Pulau Pinang untuk membantu menampung kos pendaftaran pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda. Tujuan bantuan ini diperkenalkan untuk membantu menampung kos pendaftaran pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda bagi pelajar dari kalangan B40. Bantuan ini berbentuk kewangan sekali bayar (one-off) kepada pelajar yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.


Permohonan iBITA 2026 Online (Bantuan IPT Pulau Pinang) 

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Bantuan IPT Pulau Pinang iBITA termasuk syarat kelayakan dan jumlah bantuan:


Tarikh Penting Permohonan iBITA Tahun 2026

◾️Tarikh Permohonan: 1 Julai 2026 - 30 September 2026

◾️Aplikasi Permohonan:

KLIK 👉 https://ibita.penang.gov.my/


Institusi Pengajian Yang Layak

Bantuan ini disediakan kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

- Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

- Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang layak

- Politeknik Malaysia yang layak


Jumlah Bantuan IPT Pulau Pinang iBITA

Jumlah bantuan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

◾️Universiti di Semenanjung: RM 1,000

◾️Universiti Sabah/Sarawak: RM 1,200

◾️Politeknik Malaysia: RM 300


Syarat Kelayakan Permohonan iBITA 2026

Antara syarat kelayakan permohonan IBITA adalah seperti berikut:

1. Pendapatan isi rumah (ibu & bapa / penjaga) tidak melebihi RM8,000 (Gaji Pokok Sahaja).

2. Ibu / Bapa / Penjaga (salah seorang) mestilah merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang.

3. Pemohon merupakan ANAK KELAHIRAN NEGERI PULAU PINANG ATAU pelajar yang memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia di sekolah Pulau Pinang.

4. Pelajar yang ditawarkan ke program Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa pada tahun semasa dan tahun berikutnya sahaja.

5. Semua PDT menerima permohonan dengan salinan kad matrik / surat tawaran walaupun tiada resit pembayaran yuran pendaftaran.

6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.


Cara Permohonan Bantuan IPT Pulau Pinang iBITA 2026 Online

Berikut dikongsikan Cara Permohonan Bantuan IPT Pulau Pinang iBITA secara online:

1. Anda perlu layari laman web iBITA secara online menerusi pautan di https://ibita.penang.gov.my/.

2. Klik bahagian "Login Pemohon".

3. Kemudian, klik pada butang "Daftar Akses".

4. Isikan maklumat permohonan yang diperlukan dan klik pada butang "Setuju dan Hantar".

Permohonan iBITA 2026 Online (Bantuan IPT Pulau Pinang)


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Bantuan IPT Pulau Pinang iBITA, sila hubungi di talian 04 - 6505631 / 04-6505125 / 04-6505394 atau layari laman web di https://ibita.penang.gov.my/.

Semoga perkongsian Permohonan iBITA Tahun 2026 ini dijadikan panduan buat anda semua! 


No comments

Powered by Blogger.