Permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) 2027 Online
Permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) 2027 Online|BILAKAH tarikh permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Sesi 2027 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan murid Tahun 1 Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) ambilan tahun 2027. Untuk makluman anda, permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) 2027 boleh dibuat secara online mulai 1 Julai 2026 sehingga tarikh tutup pada 30 Julai 2026 menerusi pautan di https://docs.google.com/…/1FAIpQLSdoH2…/viewform. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) 2027 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI atau SIRAJ merupakan sekolah yang melaksanakan dwikurikulum iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) bagi melengkapi keperluan murid dari segi akademik dan agama. SIRAJ ditubuhkan dengan kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Murid-murid telah dijadualkan untuk solat berjemaah dan makan bersama semasa waktu peralihan pagi dan petang.
Permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) 2027 Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) termasuk syarat kemasukan, lokasi sekolah dan kurikulum pembelajaran:
Tarikh Penting Permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Tahun 2027
◾️Tarikh Permohonan: 1 Julai 2026 - 30 Julai 2026
◾️Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 https://docs.google.com/…/1FAIpQLSdoH2…/viewform
Kurikulum Pembelajaran
Kurikulum pembelajaran dalam sekolah ini adalah seperti berikut:
1. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) KPM
2. Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) JAWI
3. Kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) JAKIM
Lokasi Sekolah SIRAJ
Lokasi sekolah ini di Wilayah Persekutuan adalah seperti berikut:
1. Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Saidina Uthman Bin Affan
- Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur
2. Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Al Alusi
- Kg. Datuk Keramat, Jalan Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur
3. Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Abu Dzar Al Ghifari
- Jalan Niah 1, Taman Beringin, Jinjang Utara, 52000 Kuala Lumpur
4. Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Abdullah Ibnu Abbas
- Lot 480353, Jalan Kg Pasir, Pantai Dalam 59200 Kuala Lumpur
5. Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Abdullah Ibnu Mas’ud (AIM)
- Presint 11, Putrajaya Lot Pt 4575 9, Prensint 11, 62300 Putrajaya
Waktu Persekolahan
1. Kuala Lumpur & Putrajaya
- Isnin-Khamis (7:30 pagi – 4:30 petang)
- Jumaat (7:30 pagi – 12:00 tengah hari)
2. Labuan
- Isnin -Khamis (7:30 pagi – 4:30 petang)
- Jumaat (7:00 pagi – 11:30 pagi)
Syarat Kemasukan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) 2027
Antara syarat kemasukan SIRAJ adalah seperti berikut:
1. Mestilah warganegara Malaysia
2. Berumur 7 tahun (lahir pada 2 Jan 2020 hingga 1 Jan 2021)
3. Telah membuat permohonan di Sekolah Kebangsaan
Kaedah Pemilihan
1. Untuk kaedah pemilihan, murid yang memohon akan menduduki Ujian Kemasukan Tahun 1 SIRAJ (UK1S).
2. Surat panggilan menduduki UK1S akan dimaklumkan melalui emel pemohon dan keputusan berjaya atau tidak berjaya juga akan dimaklumkan melalui emel pemohon.
Cara Permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) 2027 Online
Berikut dikongsikan Cara Permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) secara online:
1. Permohonan kemasukan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) 2027 boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://docs.google.com/…/1FAIpQLSdoH2…/viewform.
2. Kemudian, isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan hantar permohonan tersebut.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan SIRAJ JAWI, sila layari laman web JAWI di pautan https://www.jawi.gov.my.
Semoga perkongsian Permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) tahun 2027 ini dijadikan panduan buat anda semua!

Post a Comment