Cara Kemaskini Permohonan UPUOnline 2026/2027 (Lepasan STPM)
Cara Kemaskini Permohonan UPUOnline 2026/2027 (Lepasan STPM)|BILAKAH tarikh kemaskini permohonan UPUOnline bagi tahun 2026-2027 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar Lepasan STPM/Setaraf yang ingin ketahui cara pengemaskinian borang permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2026/2027. Untuk makluman anda, fasa kemaskini permohonan UPU 2026/2027 bagi Lepasan STPM boleh dibuat secara online mulai 13 Julai 2026 (Isnin) jam 12:00 tengah hari sehingga 19 Julai 2026 (Ahad) jam 5:00 petang menerusi Portal Rasmi UPUOnline. Berikut dikongsikan Cara Kemaskini UPUOnline 2026/2027 buat rujukan anda.
Cara Kemaskini Permohonan UPUOnline 2026/2027 (Lepasan STPM)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara kemaskini permohonan UPUOnline bagi Lepasan STPM/Setaraf termasuk tarikh penting dan soalan lazim:
Tarikh Penting Kemaskini Permohonan UPUOnline 2026-2027
Definisi Fasa Pengemaskinian
- Pemohon kategori SPM, STPM dan STAM boleh mengemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar dan keputusan penuh bagi pemohon kategori Matrikulasi/ Asasi.
- Pemohon bagi kategori SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM boleh mengemaskini semua pilihan program pengajian kecuali program pengajian yang telah dipanggil temuduga.
- Pada Fasa Pengemaskinian ini, tiada lagi pilihan program pengajian bertemuduga.
- Pemohon bagi kategori Diploma/ setaraf, hanya boleh mengemaskini keputusan dan memuat naik dokumen sahaja tanpa kemaskini pilihan program pengajian.
Cara Kemaskini Permohonan UPU 2026/2027 Online (Lepasan STPM)
1. Pengemaskinian permohonan UPUOnline boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi pautan di https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login.
2. Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda yang disahkan.
3. Seterusnya, buat pengemaskinian permohonan pada ruangan yang disediakan seperti biasa sehingga selesai.
Soalan Lazim Kemaskini UPUOnline
1) Apakah definisi Fasa Pengemaskinian?
- Pemohon kategori SPM, STPM dan STAM boleh mengemas kini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar dan keputusan penuh bagi pemohon kategori Matrikulasi/Asasi
- Pemohon kategori SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM boleh mengemaskini semua pilihan program pengajian kecuali program yang telah dipanggil temu duga. Tiada pilihan program pengajian yang bertemu duga
- Pemohon bagi kategori Diploma/ Setaraf hanya boleh mengemaskini keputusan dan memuat naik dokumen sahaja tanpa kemaskini pilihan program pengajian
2) Perbezaan Fasa Permohonan dan Fasa Pengemaskinian?
- Fasa permohonan melibatkan pemohon mengisi maklumat peribadi dan membuat pilihan program berdasarkan keputusan peperiksaan sebelum peperiksaan sebenar seperti SPM dan STPM.
- Fasa pengemaskinian pula pemohon hanya boleh membuat pilihan program bukan bertemuduga dan berdasarkan keputusan penuh peperiksaan.
3) Saya tidak melengkapkan permohonan saya pada Fasa Permohonan, adakah saya dibenarkan untuk mengemaskini pada Fasa Pengemaskinian?
- Pihak BKPA hanya memproses permohonan pemohon yang klik ‘Simpan’ dan mempunyai slip permohonan pada Fasa Permohonan bagi membenarkan pemohon tersebut mengemaskini.
4) Adakah saya diberi peluang untuk membuat pengemaskinian permohonan disebabkan kesilapan dalam mengisi permohonan?
- Anda masih boleh mengemaskini permohonan tanpa sebarang had sepanjang tempoh permohonan sahaja.
5) Sekiranya pemohon menolak untuk hadir ke sesi temuduga dari Institusi, adakah pemohon dapat mengemaskini pilihan program pengajian tersebut pada Fasa Pengemaskinian?
- Bagi lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM, pemohon boleh mengemaskini semua pilihan program pengajian kecuali program pengajian yang telah dipanggil temuduga.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemaskini UPUOnline, sila hubungi kami melalui dibawah:-
🔴 Hotline UPU: 03 - 8684 2363
🔴 Maklumbalas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
🔴 Emel: upu@mohe.gov.my
🔴 UPUChat: https://upuchat.org/UPU_DaftarMasuk
🔸 TikTok: @bkpaupu
🔸 Facebook: kemasukan bpkp jpt
🔸 Telegram: UPUONLINE CHANNEL
🔸 Instagram: @kemasukanbkpa
🔸 YouTube: bkpaUPU
Semoga perkongsian Cara Kemaskini Permohonan UPUOnline ini dijadikan panduan buat anda semua!


Post a Comment