Header Ads

Permohonan Pra Diploma UITM 2026/2027 Online (Syarat Kemasukan)

Permohonan Pra Diploma UITM 2026/2027 Online (Syarat Kemasukan)|BILAKAH tarikh permohonan Pra Diploma UITM Sesi 2026/2027 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Pra Diploma UITM Sesi Oktober 2026/2027. Untuk makluman anda, permohonan Pra Diploma UiTM Sesi 2026/2027 boleh dibuat secara atas talian (online) bermula 1 Mei 2026 sehingga tarikh tutup pada 30 Jun 2026 menerusi Portal Rasmi UITM. Berikut dikongsikan Permohonan Pra Diploma UITM 2026/2027 Online buat rujukan anda. 

Permohonan Pra Diploma UITM 2026/2027 Online (Syarat Kemasukan)


Sedia maklum, penubuhan program Pra Diploma UITM adalah bertujuan untuk memberi peluang pendidikan kepada anak-anak Melayu, Orang Asli dan Anak Negeri Sabah/Sarawak di bandar dan luar bandar. Yuran adalah PERCUMA, ELAUN sara diri bulanan dan asrama penginapan juga tersedia secara PERCUMA. Program Pra Pendidikan Tinggi ( PPT) atau Pra Diploma UiTM adalah peluang terbaik jika anda masih belum mendapat tempat di Universiti Awam melalui UPUOnline. Tujuan utama program PPT adalah untuk mengambil pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperolehi keputusan SPM yang kurang menepati syarat-syarat kriteria UPU. Tempoh pengajian adalah 1 Semester (kira-kira 4 hingga 6 bulan) sahaja. Selepas tamat dan lulus dengan HPNM 2.00 ke atas, anda akan terus diserap (penerapan) ke program Diploma pilihan anda di UiTM.


Permohonan Pra Diploma UITM 2026/2027 Online (Syarat Kemasukan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Pra Diploma UITM termasuk syarat kemasukan, senarai program yang ditawarkan dan dokumen penting:


Kelebihan Pra Diploma UiTM

Antara kelebihan Pra Diploma UiTM adalah seperti berikut:

1. Penempatan mengikut alamat pemohon / kampus terdekat.

2. Elaun bantuan bagi kategori pemohon B40

3. Kelayakan minimum mengikut kos yang ditawarkan

4. Laluan akademik sehingga ke peringkat tertinggi di UiTM

5. Laluan khas untuk kategori Atlet, B40, OKU & Orang Asli


Senarai Program Yang Ditawarkan

Terdapat 5 program yang ditawarkan di Pra Diploma UITM iaitu:

1. Pra-Diploma Perdagangan

2. Pra-Diploma Sains

3. Pra-Diploma Sains (STEM C & Sastera)

4. Pra-Diploma Agroteknologi

5. Pra-Diploma Pengajian Islam


Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Berikut dikongsikan senarai dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan:

1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa.

2. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon, Ibu dan Bapa.

3. Salinan SPM.

4. Salinan Penyata Gaji Ibu/ Bapa ATAU surat pengesahan status pekerjaan/ pendapatan bagi yang tidak mempunyai slip/ penyata gaji/ tidak bekerja/ suri rumah.

5. Salinan sijil/ pengiktirafan sukan tertinggi dan terkini (Laluan Atlet).

6. Dokumen Tambahan

- Salinan SPM Ulangan (Jika berkaitan).

- Salinan Sijil Anak Angkat/ Cabutan maklumat dalam cip kad pengenalan/ MyKad (jika berkaitan).

- Salinan Sijil Kematian (jika berkaitan).

- Salinan Surat Penceraian Ibu Bapa (jika berkaitan).

- Salinan Kelulusan / Slip Bantuan Kewangan Kerajaan Persekutuan / Negeri yang terkini (Jika Berkaitan)

- Salinan Penyata Cukai Syarikat (jika berkaitan).

- Sokumen dokumen lain (Kad OKU, Kad Pencen Ibu Bapa/ Penyata Pencen Ibu Bapa).

i) Penyata Pencen Perkhidmatan awam: https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran.

ii) Penyata pencen tentera/ATM: https://vibes.jhev.gov.my/portal.

Info Penting:

- Semua salinan dokumen sebagai lampiran yang dimajukan melalui emel perlu ‘disahkan benar dari salinan asal’ / ‘certified true copy’.

- Pengesahan hendaklah dibuat oleh Pegawai Profesional / Ketegori A / Ketua Kampung / Penghulu / Penggawa / Pengerusi MPKK dan yang setaraf dengannya’.


Cara Permohonan Pra Diploma UITM 2026/2027 Online

Berikut dikongsikan Cara Permohonan Pra Diploma UITM secara online:

1. Anda perlu lengkapkan Borang Permohonan Pra Diploma. Nombor Pin adalah PERCUMA. 

2. Layari Laman Web UITM menerusi pautan di online.uitm.edu.my/pra untuk mengisi borang permohonan secara online. 

3. Muat naik dokumen yang diperlukan.

4. Rujuk manual permohonan Pra Diploma UITM 2026/2027 (Ambilan Oktober) seperti berikut: https://bit.ly/panduanpra

Info Penting:

- Sila pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan benar.

- Nombor Pin adalah unik bagi setiap individu.

- Hanya satu emel dibenarkan untuk satu nombor kad pengenalan.

- Nombor pin akan dihantar kepada emel yang didaftarkan. Sila rujuk emel.

- Sebarang permohonan nombor pin yang berulang, hanya emel yang digunakan pada permohonan pertama akan menerima nombor pin.

- Penerimaan nombor pin tidak memberi maksud calon diterima ke Pengajian Pra Diploma.

- Sila ke laman sesawang Borang Permohonan Pra Diploma. (Borang dibuka mulai 1 Mei 2026)

- Hanya permohonan yang lengkap (Pengisian Borang & Penghantaran Dokumen) akan diproses.

- Maklumat berkaitan Program Pra Diploma, sila klik Laman Panduan Pra Diploma UiTM.

Permohonan Pra Diploma UITM 2026/2027 Online (Syarat Kemasukan)


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Pra Diploma UITM, sila hubungi Unit Diploma & Pra Diploma di talian 03-5544 3178|3193|3191 atau layari Facebook di Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM:

Pengarah

Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi

Kompleks Antarabangsa

Universiti Teknologi MARA

40450 Shah Alam

SELANGOR DARUL EHSAN

No. Tel: 03 - 5521 1306/1416/1444/1448/1449

FB Rasmi: ppptuitm

TikTok: @ppptuitm

Laman Web Rasmi: pppt.uitm.edu.my

Emel: pptshahalam@uitm.edu.my

Live Chat: https://tawk.to/bppuitm

Semoga perkongsian Permohonan Pra Diploma UITM tahun 2026/2027 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Pra Diploma UITM! 


No comments

Powered by Blogger.