Header Ads

Permohonan Biasiswa OCBC Malaysia 2026 Online

Permohonan Biasiswa OCBC Malaysia 2026 Online|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa OCBC Malaysia tahun 2026 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa OCBC Malaysia ambilan tahun 2026. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa OCBC Malaysia 2026 boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup pada 30 Jun 2026 menerusi Portal Rasmi OCBC. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Biasiswa OCBC Malaysia 2026 Online buat rujukan anda. 

Permohonan Biasiswa OCBC Malaysia 2026 Online


Sedia maklum, OCBC Malaysia Public Scholarship merupakan biasiswa yang ditawarkan oleh OCBC Bank Malaysia bagi membantu pelajar berpotensi tinggi meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda melalui bantuan kewangan serta pendedahan awal kepada industri. Biasiswa ini yang bertujuan untuk menampung yuran pengajian dan perbelanjaan sara hidup harian, OCBC Bank juga menawarkan peluang latihan amali kepada para pelajar untuk mendapatkan pengalaman kerja secara langsung. Biasiswa ini terbuka kepada pelajar yang telah mendapat kemasukan atau layak untuk kemasukan ke pengajian sarjana muda sepenuh masa tahun pertama mereka di semua universiti awam dan swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.


Permohonan Biasiswa OCBC Malaysia 2026 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Biasiswa OCBC Malaysia termasuk syarat kelayakan dan jumlah yang ditaja:


Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa OCBC Malaysia 2026

Antara syarat permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia yang telah diterima masuk (atau layak untuk kemasukan) ke dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa.

2. Memegang jawatan kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum, persatuan dan kelab di sekolah/universiti.

3. Mempunyai personaliti dinamik dengan kemahiran komunikasi dan pemikiran kritis.

4. Bukan penerima biasiswa atau anugerah lain daripada mana-mana organisasi dan/atau institusi lain.


Maklumat Tambahan

1. Biasiswa ini sah untuk tempoh minimum yang diperlukan untuk melengkapkan kursus yang membawa kepada ijazah pertama. Ini tertakluk kepada prestasi akademik yang konsisten dan cemerlang.

2. Pemohon tidak perlu diterima masuk ke universiti semasa permohonan. Walau bagaimanapun, pemohon mesti mengemukakan surat tawaran universiti semasa pemberian biasiswa.

3. OCBC Bank mengalu-alukan pemohon yang berhasrat atau sedang mengikuti kursus atau bidang pengajian yang berkaitan yang memenuhi keperluan Bank untuk layak mendapat biasiswa.

4. Pemohon mesti memenuhi syarat minimum PNGK 3.30 setiap semester untuk meneruskan biasiswa.

5. Pemohon tidak dibenarkan menukar kursus di pertengahan jalan. Mereka dikehendaki membayar balik kepada Bank jika mahu memilih untuk menukar kursus semasa di dalam pengajian.

6. Pemohon boleh mengambil bahagian dalam program pertukaran pelajar tetapi tertakluk kepada kelulusan. Walau bagaimanapun, kos program pertukaran tidak akan ditanggung sebagai sebahagian daripada biasiswa.

7. Pemohon tertakluk kepada peluang pekerjaan di OCBC Bank setelah tamat kursus. Walau bagaimanapun, jika Bank memutuskan sebaliknya, calon akan dikecualikan daripada memenuhi syarat ini.


Jumlah Biasiswa Yang Ditaja

Berikut dikongsikan Jumlah Biasiswa Yang Ditaja kepada pemohon yang berkelayakan:

◾️RM15,000 setahun


Cara Permohonan Biasiswa OCBC Malaysia 2026 Online

Berikut dikongsikan Cara Permohonan Biasiswa OCBC Malaysia secara online:

1. Muat turun borang permohonan menerusi pautan https://www.ocbc.com.my/group/careers/students/public-scholarship dan lengkapkan Borang Permohonan Biasiswa Awam OCBC.

2. Emelkan borang PDF yang telah lengkap dan dokumen yang diperlukan ke alamat MYScholarship@ocbc.com.

2. Namakan tajuk emel seperti berikut: Permohonan Biasiswa Awam OCBC 2026 – (Nama pemohon).

Permohonan Biasiswa OCBC Malaysia 2026 Online


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa OCBC, sila layari laman web OCBC di https://www.ocbc.com.my/group/careers/students/public-scholarship.

Semoga perkongsian Permohonan Biasiswa OCBC Malaysia tahun 2026 ini dijadikan panduan buat anda semua! 


No comments

Powered by Blogger.