Semakan Keputusan Peperiksaan STPM 2025 Online
Semakan Keputusan Peperiksaan STPM 2025 Online|BILAKAH tarikh semakan keputusan Peperiksaan STPM 2025 bakal diumumkan? Perhatian buat anda yang ingin ketahui cara semakan keputusan Peperiksaan STPM tahun 2025. Untuk makluman anda, semakan keputusan Peperiksaan STPM 2025 boleh dibuat secara online mulai 18 Jun 2026 (Hari Khamis) jam 11.30 pagi menerusi Portal Rasmi MPM. Manakala semakan menerusi SMS boleh disemak pada jam 11.00 pagi. Berikut dikongsikan Cara Semakan Keputusan Peperiksaan STPM 2025 Online buat rujukan anda.
Untuk makluman anda, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ialah peperiksaan bagi kelayakan pra-universiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan merupakan laluan utama untuk kemasukan ke universiti awam. STPM merupakan peperiksaan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang juga menyediakan Malaysian University English Test (MUET), berbeza dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Pengajian Tingkatan 6 ini mengambil masa selama 3 semester (1.5 tahun) dan menggunakan sistem pentaksiran berasaskan sekolah serta peperiksaan akhir setiap semester.
Semakan Keputusan Peperiksaan STPM 2025 Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Semakan Keputusan Peperiksaan STPM secara online dan SMS:
Tarikh Penting Keputusan Peperiksaan STPM Tahun 2025
◾️Tarikh Semakan: 18 Jun 2026 (Hari Khamis), jam 11.30 pagi
◾️Aplikasi Semakan:
KLIK 👉 https://stpm.mpm.edu.my/stpmK
Cara Semakan Keputusan Peperiksaan STPM 2025
Berikut dikongsikan Cara Semakan Keputusan Peperiksaan STPM secara online dan SMS:
A. Semakan Melalui Portal MPM
- Sila layari Portal Rasmi MPM secara online menerusi pautan di https://stpm.mpm.edu.my/stpmK.
- Atau semak melalui Portal MPM di https://www.mpm.edu.my [Laman Utama Portal MPM > Calon Peperiksaan > STPM > Semakan Keputusan STPM]
- Sila isikan Nombor Kad Pengenalan dan Angka Giliran pada ruang kosong yang disediakan.
- Tekan pada butang HANTAR untuk mendapatkan keputusan anda.
B. Semakan Melalui SMS
- Taipkan STPM<jarak>No.KP<jarak>Angka Giliran dan Hantar kepada 15888.
- Sistem ini akan diaktifkan mulai 18 Jun 2026 (Hari Khamis), jam 11.00 pagi
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila emelkan ke alamat stpm@mpm.edu.my atau rujuk media sosial rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia dibawah:
▶️ Laman Web: http://www.mpm.edu.my/
▶️ Facebook: https://www.facebook.com/MajlisPeperiksaan
▶️ Instagram: https://www.instagram.com/majlispeperiksaan/
Semoga perkongsian Semakan Keputusan Peperiksaan STPM Tahun 2025 ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat keputusan cemerlang!


Post a Comment