Header Ads

Semakan Keputusan UPUOnline 2025/2026 (Lepasan STPM/Setaraf)

Semakan Keputusan UPUOnline 2025/2026 (Lepasan STPM/Setaraf)|BILAKAH tarikh semakan keputusan tawaran UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf tahun 2025 bakal diumumkan? Perhatian buat anda Lepasan STPM/Setaraf yang telah memohon kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (MARA BPT) bagi pengajian peringkat Sarjana Muda ambilan tahun 2025/2026. Untuk makluman anda, semakan keputusan UPUOnline Sesi 2025/2026 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 5 September 2025 (Hari Jumaat) jam 12:00 tengahari melalui Portal Rasmi UPU atau menerusi Aplikasi mudah alih UPUPocket yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store.

Semakan Keputusan UPUOnline 2025/2026 (Lepasan STPM/Setaraf)

Sedia maklum, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengumumkan bahawa keputusan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (MARA BPT) bagi lepasan STPM sesi akademik 2025/2026.

Semakan Keputusan UPUOnline 2025/2026 (Lepasan STPM/Setaraf)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara Semakan Keputusan Tawaran UPUOnline bagi Lepasan STPM/Setaraf:

HEBAHAN KEPUTUSAN UPUONLINE®️ LEPASAN STPM/SETARAF

Kepada calon lepasan STPM/Setaraf yang memohon UPUONLINE®️ bagi sesi akademik 2025/2026, semakan keputusan boleh dilakukan bermula:

◼️ Tarikh Semakan: 5 September 2025 (Hari Jumaat) jam 12:00 tengahari - 14 September 2025 (Hari Ahad) jam 5:00 petang
◼️ Aplikasi Semakan:
👉🏻 Laman Web: https://upu.mohe.gov.my
👉🏻 Aplikasi UPUPOCKET

Cara Semakan Keputusan Tawaran UPUOnline Sesi 2025/2026

1. Untuk lepasan STPM atau setaraf, berikut adalah panduan membuat semakan keputusan UPU mengikut kategori.
Maklumat ini merangkumi semakan panggilan temuduga, keputusan, tawaran, serta keputusan rayuan bagi Program Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA).

2. Calon boleh membuat semakan keputusan secara atas talian melalui portal rasmi seperti berikut:

3. Selain itu, semakan juga boleh dibuat melalui Aplikasi UPUPOCKET yang boleh dimuat turun di telefon pintar.

Info Penting:
*Pengesahan setuju terima tawaran bermula 6 September 2025 sehingga 14 September 2025.

*Calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran melalui laman sesawang IPTA atau MARA BPT dalam tempoh yang ditetapkan.

Permohonan Rayuan Bagi Pemohon Tidak Berjaya

1. Permohonan rayuan UPU Online bagi Lepasan STPM/Setaraf boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi di upu.mohe.gov.my.

2. Pemohon yang tidak berjaya atau hanya mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik.

Semakan Keputusan UPUOnline 2025/2026 (Lepasan STPM/Setaraf)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan UPUOnline boleh rujuk ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA

JABATAN PENDIDIKAN TINGGI

ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5

62000 PUTRAJAYA

WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

No. Tel: 03-8684 2363

E-mel: upu@mohe.gov.my

Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT

Instagram: @KEMASUKANBPKA

TikTok: BKPAUPU

Semoga perkongsian Semakan Keputusan Tawaran UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf Sesi 2025/2026 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UPU!


No comments

Powered by Blogger.