Permohonan Kolej Profesional MARA (KPM) 2026/2027 Online
Permohonan Kolej Profesional MARA (KPM) 2026 Online|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM) ambilan 2026 bakal dibuka? Perhatian buat anda Lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat membuat permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM) ambilan tahun 2026. Untuk makluman anda, permohonan Kolej Profesional MARA Sesi 2026/2027 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 1 hingga 30 April 2026 menerusi Portal Rasmi UPIM. Berikut dikongsikan Permohonan Kolej Profesional MARA 2026/2027 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, permohonan adalah dipelawa kepada calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan pada tahun 2025 dan ke bawah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 2026 yang ditawarkan kepada pelajar warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera. KPM menyediakan peluang lanjutan pengajian dalam bidang Perakaunan, Perniagaan Teknologi Maklumat, Pengurusan Perniagaan, Sains Komputer, Pengurusan Media Digital Kreatif, Komunikasi Bahasa Inggeris, Industri Halal, Pengurusan Logistik, Perniagaan Antarabangsa, Kewangan serta Pemasaran.
Permohonan Kolej Profesional MARA (KPM) 2026/2027 Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Kolej Profesional MARA termasuk syarat kemasukan dan senarai program pengajian yang ditawarkan:
Tarikh Penting Kemasukan KPM Sesi 2026
Tarikh-tarikh penting kemasukan ke Kolej Profesional MARA ambilan 2026 adalah seperti berikut:
◾️Permohonan Dibuka: 1 APRIL 2026
◾️Permohonan Ditutup: 30 APRIL 2026
◾️Semakan Permohonan: -
◾️Semakan Rayuan Fasa 1: -
◾️Semakan Rayuan Fasa 2: Akan dimaklumkan kelak
◾️Tarikh Lapor Diri di Kolej Profesional MARA: Akan dimaklumkan kelak
Senarai Program Yang Ditawarkan di KPM
Antara Senarai Program Yang Ditawarkan di KPM adalah seperti berikut:
1. Accounting + Data Analytics + Professional Huffaz (PROFAZ)
2. Accounting + SAP 4/HANA Financial Accounting Certification + Professional Huffaz (PROFAZ)
3. Halal Industry + Certified Halal Executive Program + Professional Huffaz (PROFAZ)
4. Computer Science + Artificial Intelligence Certification (AI)
5. Computer Science + Cyber Security Certification (CS)
6. Integrated Logistics Management + Supply Chain Analyst (SCA)
7. Pra-Diploma (PD)
Syarat Kemasukan Kolej Profesional MARA (KPM)
1. Calon dinasihatkan untuk membaca syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat pemohonan di pautan https://hi-edu.my/programkpm/
Kriteria Pemilihan
Memenuhi syarat am kemasukan adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia
2. Berstatus Bumiputera bagi pemohon DAN ibu ATAU bapa; dan
3. Berumur 18 tahun pada tahun 2025 bagi permohonan ke Kolej MARA (calon SPM tahun semasa sahaja)
4. Berumur 18 tahun sehingga 35 tahun bagi permohonan ke Kolej Profesional MARA
MARA juga mempertimbangkan calon-calon yang memenuhi kriteria berikut:
- Ibu / bapa tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak MARA;
- Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sasama.
- Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah;
- Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah; dan
- MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad.
- Sekiranya calon didapati memberikan maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.
Cara Permohonan Program Diploma Kolej Profesional MARA 2026-2027 Online
1. Permohonan dibuka secara dalam talian (online) melalui pautan SPUPIM di https://apponline.mara.gov.my/spupim_1/ bermula 1 April 2026 sehingga 30 April 2026.
2. Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini, atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
3. Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah lengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat. Bukti permohonan yang telah dicetak tidak perlu dihantar dan hanya untuk simpanan calon sahaja.
4. Calon dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan Kolej Profesional MARA dan Kolej MARA, sila hubungi dibawah:
Emel: upim.bpt@mara.gov.my
No. Hotline: 03 – 261 32505 / 32506 / 32507 / 32508 / 32509
Laman Web Rasmi Bahagian Pendidikan Tinggi MARA: https://hi-edu.my/
Facebook: https://www.facebook.com/hiedumara
Instagram: https://www.instagram.com/hiedumara
Telegram: https://t.me/s/hiedumara
Linktree: https://linktr.ee/hiedumara
Semoga perkongsian Permohonan Kolej Profesional MARA Sesi 2026 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke KPM!



Post a Comment