Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2024 Online
Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2024 Online|BILAKAH tarikh semakan keputusan peperiksaan STAM Tahun 2024 bakal diumumkan? Perhatian buat anda pelajar STAM yang ingin ketahui cara semakan keputusan peperiksaan STAM Tahun 2024. Untuk makluman anda, semakan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2024 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 20 Mei 2025 (Hari Selasa) pada jam 10:00 pagi menerusi Portal Rasmi KPM. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Peperiksaan STAM Tahun 2024 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, KPM dalam kenyataan memaklumkan sebanyak seramai 4,507 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM Tahun 2024 di 132 buah pusat peperiksaan seluruh negara. Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi manakala bagi calon persendirian boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan bagi memperoleh keputusan peperiksaan. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ialah satu peperiksaan yang mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Sharif. STAM diperkenalkan untuk memastikan pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) melalui satu sistem pendidikan yang piawai dan diiktiraf di dalam dan di luar negara.
Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2024 Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara Semakan Keputusan Peperiksaan STAM Secara Online dan SMS:
Bidang & Subjek Ditawarkan Bidang STAM
Terdapat 3 bidang yang akan dipelajari oleh pelajar iaitu:
1. Bahasa Arab
2. Syariah
3. Usuluddin
Daripada 3 bidang tersebut, sebanyak 10 subjek yang akan dipelajari iaitu:
1. Hifz Alquran dan Tajwid
2. Fiqh
3. Tauhid dan Mantiq
4. Tafsir dan Ulumuhu
5. Hadith dan Mustolah
6. Nahu dan Sarf
7. Insya’ dan Mutalaah
8. Adab dan Nusus
9. ’Arudh dan Qafiyah
10. Balaghah
Kaedah Pelaporan Pencapaian Keputusan STAM
Format penyataan keputusan peperiksaan STAM melaporkan peringkat bagi setiap mata pelajaran seperti berikut:
PERINGKAT TAKRIF
◾️Mumtaz - Cemerlang
◾️Jayyid - Jiddan Sangat Baik
◾️Jayyid - Baik
◾️Maqbul - Lulus
◾️Rasib - Gagal
Cara Semakan Keputusan STAM Tahun 2024
Berikut dikongsikan 3 kaedah semakan keputusan STAM yang akan diumumkan mulai 20 Mei 2025 (Hari Selasa), mulai jam 10.00 pagi.
I) SEMAKAN DI SEKOLAH
- Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari sekolah masing-masing mulai jam 10:00 pagi.
- Manakala bagi calon persendirian boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan bagi memperoleh keputusan peperiksaan.
II) SEMAKAN ONLINE
- Calon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian di pautan https://myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM 2024 mulai jam 10 pagi pada 20 Mei 2025.
III) SEMAKAN SMS
- Kaedah secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan STAM 2024 dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888 akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 20 Mei 2025.
Semakan Semula Keputusan STAM 2024
1. Bagi calon yang ingin membuat semakan semula, tarikh penyemakan semula akan dibuka pada satu tarikh yang akan diumumkan.
2. Untuk membuat permohonan penyemakan semula keputusan STAM Tahun 2024, calon boleh mengikuti langkah berikut:
- Muat turun borang melalui laman web http://lp.moe.gov.my
- Menghantar melalui pos atau serahan tangan ke Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Keputusan akan dimaklumkan melalui pos.
NOTA:
*Tempoh permohonan semakan semula akan dibuka 30 hari bermula dari tarikh pengumuman keputusan
*Caj RM100 bagi setiap mata pelajaran dikenakan
*Keputusan melalui pos:
- Kekal: Slip keputusan sedia ada
- Berubah: Calon sekolah perlu menghubungi sekolah asal, manakala calon persendirian perlu menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Keputusan STAM 2024, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/.
Semoga perkongsian Semakan Keputusan Peperiksaan STAM Tahun 2024 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STAM!
Post a Comment