Header Ads

Permohonan Rayuan UPUOnline 2026/2027 (Lepasan SPM)

Permohonan Rayuan UPUOnline 2026/2027 (Lepasan SPM)|BILAKAH tarikh permohonan rayuan kemasukan UPUOnline ambilan 2026/2027 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar Lepasan SPM yang tidak berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA melalui UPU Online Sesi Akademik 2026-2027. Untuk makluman anda, permohonan rayuan UPU Sesi 2026/2027 boleh dibuat secara online mulai 22 Mei 2026 jam 12:00 tengahari sehingga 31 Mei 2026 jam 5:00 petang menerusi Portal Rasmi UPUOnline. Berikut dikongsikan Permohonan Rayuan UPUOnline 2026/2027 buat rujukan anda.

Permohonan Rayuan UPUOnline 2026/2027 (Lepasan SPM)


Sedia maklum, rayuan UPUOnline adalah peluang kedua yang diberikan kepada pemohon yang gagal mendapat sebarang tawaran atau hanya menerima tawaran peringkat sijil sahaja melalui permohonan UPUOnline. Sistem rayuan ini diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bagi memastikan setiap pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi mengikut kelayakan dan kekosongan tempat yang ada. Calon yang tidak berjaya semasa hebahan perdana boleh mengemukakan permohonan rayuan di UPUOnline dengan membuat 4 pilihan program pengajian sahaja.


Permohonan Rayuan UPUOnline 2026/2027 (Lepasan SPM)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara Permohonan Rayuan UPUOnline termasuk tarikh penting rayuan dan semakan keputusan rayuan:


Siapa Yang Layak Membuat Rayuan UPU?

1. Rayuan hanya dibuka kepada pemohon yang benar-benar tidak mendapat sebarang tawaran. Jika anda telah menerima tawaran dan menolaknya, anda tidak layak untuk membuat rayuan melalui sistem e-rayuan UPU

2. Pemohon lepasan SPM atau STPM/setaraf yang tidak menerima sebarang tawaran ke UA/Politeknik selepas keputusan rasmi diumumkan.

3. Pemohon yang hanya mendapat tawaran program peringkat sijil dan ingin mencuba nasib untuk program lebih tinggi.


Tarikh Penting Permohonan Rayuan UPU 2026/2027

1. Tempoh permohonan rayuan adalah 10 hari bermula 22 Mei 2026 (Jumaat) jam 12.00 tengahari hingga 31 Mei 2026 (Ahad) jam 5.00 petang.

2. Rayuan UPU untuk pelajar lepasan SPM – Keputusan biasanya diumumkan pada bulan Julai

3. Rayuan UPU untuk pelajar lepasan STPM/setaraf – Keputusan diumumkan sekitar minggu kedua Oktober.


Cara Permohonan Rayuan UPUOnline 2026/2027 (Lepasan SPM) 

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Rayuan UPU bagi Lepasan SPM secara online:

1. Layari Laman Web UPUOnline secara online menerusi pautan di https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2.

2. Log masuk sistem UPUOnline dan masukkan No Kad Pengenalan calon pada ruangan yang disediakan. 

3. Masukkan Kata Laluan yang disahkan dan klik "Log Masuk".

4. Kemudian, pada halaman permohonan kemasukan pelajar sesi akademik 2026/2027

- Klik disini untuk ke halaman berikutnya 

- Klik Seterusnya 

5. Klik Seterusnya. Pada halaman Maklumat Peribadi:

- Lengkapkan semua maklumat yang berkaitan

6. Pada halaman Maklumat Keputusan SPM:

- Klik Simpan setelah calon kemaskini maklumat akademik

7. Halaman Maklumat Pilihan Program:

- Klik Ya atau Tidak bagi permohonan ke Program Pendidikan Tinggi TVET.

8. Lengkapkan 4 Pilihan Program dan susun mengikut minat calon pada ruangan yang disediakan. 

9. Seterusnya, pada Maklumat Lain-Lain:

- Klik Kembali untuk ke halaman sebelum

- Klik Simpan selepas calon kemaskini maklumat

10. Halaman Pengesahan:

- Pastikan calon klik Cetak untuk ke halaman cetak slip permohonan UPUOnline

11. Halaman Cetak/Muat Turun Slip Permohonan:

- Pastikan klik Cetak/Muat Turun slip permohonan UPU bagi rujukan nanti. 

Info Penting:

*Rayuan ke Kolej Komuniti dibuat terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

Permohonan Rayuan UPUOnline 2026/2027 (Lepasan SPM)


Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline 2026/2027

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline Sesi 2026-2027:

1. Keputusan rayuan permohonan UPU bagi Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2026/2027 adalah pada bulan Julai 2026 yang boleh disemak melalui Portal Rasmi UPUOnline.

Permohonan Rayuan UPUOnline 2026/2027 (Lepasan SPM)


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan UPUOnline, boleh rujuk ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA

JABATAN PENDIDIKAN TINGGI

ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5

62000 PUTRAJAYA

WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

No. Tel: 03-8684 2363

Emel: upu@mohe.gov.my

Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT

Instagram: @KEMASUKANBPKA

TikTok: BKPAUPU

Semoga perkongsian Permohonan Rayuan UPUOnline Sesi 2026/2027 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UPU!


No comments

Powered by Blogger.