Header Ads

Permohonan SBP 2027 Online (Tingkatan 1 & Tingkatan 4)

Permohonan SBP 2027 Online (Tingkatan 1 & Tingkatan 4)|BILAKAH tarikh permohonan SBP Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi tahun 2027 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berkelayakan dan berminat membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Ambilan tahun 2027. Untuk makluman anda, permohonan kemasukan SBP 2027 boleh dibuat secara online mulai 10 Julai 2027 sehingga tarikh tutup pada 14 Ogos 2027 menerusi Portal Rasmi KPM. Berikut dikongsikan Permohonan SBP 2027 Online buat rujukan anda.

Permohonan SBP 2027 Online (Tingkatan 1 & Tingkatan 4)


Sedia maklum, mulai tahun 2026 permohonan kemasukan murid tingkatan 1 dan 4 ke sekolah khusus dan MRSM menggunakan sistem yang sama dan penawaran dilaksanakan menggunakan kaedah single entry point. Single entry point adalah satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus dan MRSM menggunakan padanan Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) serta modul pengurusan murid dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), Kementerian Pendidikan (KPM). Semua calon yang memohon wajib menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) sebagai saringan utama kelayakan. Pelaksanaan PKSK bagi Tingkatan 4 dijadualkan pada 21 September 2026 sehingga 1 Oktober 2026, manakala bagi Tingkatan 1 pula pada 12 hingga 22 Oktober 2026. SBP adalah Sekolah Berasrama Penuh di bawah Bahagian Pengurusan SBP, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Institusi ini ditubuhkan khusus untuk menempatkan murid-murid berpotensi tinggi dari seluruh negara bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang terancang, terkawal, dan kondusif. 


Permohonan SBP 2027 Online (Tingkatan 1 & Tingkatan 4)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan SBP Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 termasuk syarat kemasukan dan pakej matapelajaran yang ditawarkan:


Apa itu PKSK?

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) merupakan satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan Satu, Tingkatan Empat dan Tahun Satu (Sijil Vokasional Malaysia) ke sekolah khusus. Sekolah khusus ini meliputi Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). 


Senarai Pakej Mata Pelajaran & Program Yang Ditawarkan

Pilihan pakej mata pelajaran/program yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. STEM

- Fokus subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik. Sesuai untuk pelajar yang cemerlang dalam akademik & bercita-cita dalam bidang sains.

2. STEM Agama

- Gabungan subjek STEM & subjek agama. Seimbang antara akademik moden dan asas agama.

3. STEM TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab)

- Program STEM + hafazan Al-Quran + penguasaan 3 bahasa (Arab, Inggeris, Melayu). Pelajar perlu hafaz 30 juzuk dalam masa 5 tahun.

4. Sastera & Kemanusiaan

- Fokus pada subjek sastera, sejarah, ekonomi & kemanusiaan. Sesuai untuk pelajar yang minat bidang sosial, komunikasi & kemanusiaan.


Syarat Kemasukan SBP 2027

Semua murid layak memohon ke SBP dengan syarat seperti berikut:

1. Mestilah warganegara Malaysia

2. Berpotensi cemerlang Akademik

3. Aktif dalam kegiatan kokurikulum

4. Sihat tubuh badan

5. Mencapai aras toleransi PKSK


Cara Permohonan Kemasukan SBP 2027 Online

Berikut dikongsikan Cara Permohonan Kemasukan SBP bagi Tingkatan 1 & Tingkatan 4 secara online:

◾️Tingkatan 1

KLIK 👉 https://spskt1.moe.gov.my

◾️Tingkatan 4 dan Tahun 1

KLIK 👉 https://spskt4.moe.gov.my

1. Pemohon hanya perlu memasukkan Nombor MyKid/MyKad sendiri beserta Nombor MyKad penjaga utama untuk mendaftar masuk ke sistem permohonan.

2. Bagi sekolah KPM (termasuk sekolah bantuan kerajaan), pemohon hanya perlu mengemaskini maklumat dalam Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) melalui pautan di https://idme.moe.gov.my/login. Sebarang pindaan maklumat akan dikemaskini secara automatik dalam sistem permohonan.

3. Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBU BAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian.

4. Pemohon dikehendaki mengisi dan menyemak semua MAKLUMAT yang diperlukan BETUL dan TEPAT.

5. Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon dan BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.

6. PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN (14 OGOS 2026). 

7. Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat dengan teliti sebelum mencetak borang permohonan.

8. Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai syarat UTAMA kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP/SMKA) dan MRSM. PKSK Tingkatan 1 akan dilaksanakan dalam tempoh 10 Julai hingga 14 Ogos 2026.

9. Borang permohonan PERLU dicetak sebagai rujukan/simpanan.


Tarikh Penting Permohonan SBP Tahun 2027

Berikut dikongsikan Tarikh Penting Permohonan SBP Tahun 2027:

◾️Tarikh Permohonan: 10 Julai 2026 - 14 Ogos 2026

◾️Semakan Pusat PKSK: 11 September 2026 - 22 Oktober 2026

◾️Pelaksanaan Ujian PKSK Tingkatan 4: 21 September – 1 Oktober 2026

◾️Pelaksanaan Ujian PKSK Tingkatan 1: 12 Oktober – 22 Oktober 2026

◾️Semakan Tawaran Utama: Dijangka pada Disember 2026 / Januari 2027

Permohonan SBP 2027 Online (Tingkatan 1 & Tingkatan 4)


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan SBP, sila rujuk pautan dibawah:

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BLOK 2251, JALAN USAHAWAN 1

63000 CYBERJAYA, SELANGOR.

No. Tel: 03-83217400

Emel: permohonan.skhusus@moe.gov.my

Semoga perkongsian Permohonan Kemasukan SBP Tahun 2027 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SBP! 


No comments

Powered by Blogger.