Header Ads

Permohonan KKTM, MJII & IKM 2026 Online (TVETMARA)

Permohonan KKTM, MJII & IKM 2026 Online (TVETMARA)|BILAKAH tarikh pengambilan KKTM, MJII & IKM bagi Sesi Julai 2026 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar Lepasan SPM yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke KKTM, MJII dan IKM (TVETMARA) ambilan Julai tahun 2026. Untuk makluman anda, permohonan KKTM, MJII & IKM Sesi 2026 boleh dibuat secara online mulai 1 April 2026 sehingga tarikh tutup pada 8 Mei 2026 menerusi Portal Rasmi UP_TVET dan TVETMARA. Berikut dikongsikan Permohonan KKTM, MJII dan IKM (TVETMARA) 2026 Online buat rujukan anda.

Permohonan KKTM, MJII & IKM 2026 Online (TVETMARA)


Sedia maklum, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan Institusi Kemahiran MARA (IKM) merupakan sebuah institusi TVET di bawah MARA yang terunggul di Malaysia. Entiti institusi TVETMARA ini terletak dibawah pemantauan dan seliaan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA. Penubuhan IKM adalah untuk melahirkan modal insan yang seiring berasaskan industri beserta teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan negara. Sejak tertubuhnya institusi pertama di Melaka pada tahun 1968, IKM telah berkembang dan kini mempunyai 14 buah kampus di seluruh negara, manakala program yang berfokus kepada teknologi tinggi yang dipacu oleh Kolej Kemahiran Tinggi MARA yang kini berjumlah 10 buah kampus dan sebuah kampus iaitu MARA Japan Industrial Institute (MJII). TVETMARA merupakan jenama tunggal yang menyatukan 25 institusi TVET di bawah MARA, termasuk 14 IKM, 10 KKTM dan 1 MJII yang dilancarkan Januari 2026 untuk memfokuskan “High Skill TVET”.


Permohonan KKTM, MJII & IKM 2026 Online (TVETMARA)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan KKTM, MJII & IKM (TVETMARA) termasuk syarat kemasukan dan senarai program pengajian yang ditawarkan:


Kelebihan Melanjutkan Pengajian Di TVETMARA - KKTM, MJII & IKM

1. Kebolehpasaran Tinggi

Dengan kebolehpasaran graduan melebihi 90%, kami membekalkan anda dengan kemahiran yang dicari dalam dunia pekerjaan. Tidak perlu risau, masa depan anda di tangan yang betul!

2. Latihan Praktikal Terbaik

Dapatkan pengalaman sebenar melalui latihan hands-on yang mempersiapkan anda untuk cabaran industri. 

3. Kurikulum Yang Terkini

Program kami sentiasa dikemas kini untuk memastikan anda mempunyai kelebihan di pasaran. Belajar apa yang diperlukan sekarang dan bersiap untuk masa depan!

4. Peluang Sambung Belajar

Graduan kami berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, dalam dan luar negara, membuka lebih banyak peluang untuk karier yang lebih cerah!


Syarat Kemasukan KKTM, MJII & IKM Sesi 2026

Anda boleh semak syarat kemasukan mengikut program di peringkat Sijil dan Diploma dibawah:

◾️Peringkat Sijil

▶️ IKM - http://www.tvetmara.edu.my/booklet/ikm

◾️Peringkat Diploma

▶️ KKTM - http://www.tvetmara.edu.my/booklet/kktm   
▶️ MJII - http://www.tvetmara.edu.my/booklet/mjii


Cara Permohonan KKTM MJII IKM 2026 Online (TVETMARA)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan kemasukan ke TVETMARA secara online:

1. Bagi pelajar Lepasan SPM, permohonan kemasukan ke KKTM, MJII & IKM (TVETMARA) boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://mohon.tvet.gov.my/main/perdana

2. Klik pada butang "Daftar" di bahagian menu di atas.

3. Isikan maklumat permohonan yang diperlukan dan klik pada butang "Daftar Pengguna".

4. Log masuk semula dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan. Klik pada "Log Masuk".

5. Kemudian, isikan maklumat permohonan yang diperlukan dengan lengkap pada bahagian Butir-Butir Peribadi, Maklumat Am, Kursus Pilihan, Maklumat Penjaga, Tempat Tinggal dan klik Simpan & Seterusnya di setiap bahagian.

6. Seterusnya, pada bahagian Perakuan, sila klik "Hantar Permohonan".

7. Klik Cetak Permohonan untuk menyimpan rekod permohonan yang telah dibuat.


Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian adalah seperti berikut:

A. Peringkat Sijil

- 24 Bulan (termasuk Latihan Industri)

- 36 Bulan (termasuk Latihan Industri) – Elektrik (Kuasa) sahaja

- Sijil Teknologi Kejuruteraan

- Sijil Teknologi

B. Peringkat Diploma

- 24 – 36 Bulan (termasuk Latihan Industri)

- Diploma Teknologi Kejuruteraan

- Diploma Kejuruteraan

- Diploma Teknousahawan

- Diploma Industri 

- Diploma Kompetensi 


Elaun Yang Ditawarkan di TVETMARA

Setiap pelajar akan ditawarkan elaun seperti berikut:

◾️Program Diploma: RM 300 sebulan

◾️Program Sijil: RM 250 sebulan


Tarikh Penting Permohonan TVETMARA Tahun 2026

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Tarikh Penting Permohonan TVETMARA tahun 2026:

◾️Tarikh Permohonan TVETMARA Sesi Julai 2026: 1 April 2026 hingga 8 Mei 2026

◾️Tarikh Permohonan Program Temuduga: 1 April 2026 hingga 1 Mei 2026

◾️Temuduga (jika ada): 4 Mei 2026 – 8 Mei 2026

◾️Tawaran Institusi: 11 Mei 2026 – 22 Mei 2026

◾️Pengesahan Tawaran: 25 Mei 2026 – 7 Jun 2026

Permohonan KKTM, MJII & IKM 2026 Online (TVETMARA)


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan TVETMARA, sila hubungi di:

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,

Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21,

Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

No. Tel: +60 3 2613 4258
No. Faks: +60 3 2691 4510
Emel: info@tvetmara.edu.my

Semoga perkongsian Permohonan Kemasukan KKTM MJII IKM Sesi 2026 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke TVETMARA!


No comments

Powered by Blogger.