Header Ads

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Tahun 2025 Online

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Tahun 2025 Online|BILAKAH tarikh semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 Tahun 2025 bakal diumumkan? Perhatian buat anda pelajar calon Lepasan SPM yang ingin membuat semakan keputusan tawaran Tingkatan Enam (Form 6) ambilan tahun 2025. Untuk makluman anda, semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 Tahun 2025 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 19 Mei 2025 (Hari Isnin) jam 9:00 pagi menerusi laman sesawang https://sst6.moe.gov.my. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Tahun 2025 Online buat rujukan anda.

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Tahun 2025 Online

Sedia maklum, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam. Permohonan dan semakan boleh dibuat melalui aplikasi dalam Talian Tingkatan Enam secara atas talian atau menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing. Mulai tahun 2025, KPM juga akan melaksanakan Program Pendidikan Tingkatan Enam di Universiti Awam melalui kerjasama silang bersama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Program ini akan dilaksanakan secara rintis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Dua bidang pengajian ditawarkan iaitu Sains dan Sains Sosial.


Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Tahun 2025 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 Tahun 2025 termasuk permohonan rayuan:


Tarikh Semakan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2025

◾️Tarikh Semakan: 19 Mei 2025 (Hari Isnin) jam 9:00 pagi 

◾️Aplikasi Semakan:

KLIK 👉 https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/index.cfm


Cara Semakan Tawaran Tingkatan 6 Secara Online

1. Layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara online menerusi pautan di https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/index.cfm.

2. Kemudian, isikan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan. 

3. Klik pada butang "Semakan".

4. Keputusan tawaran kemasukan Tingkatan 6 anda akan dipaparkan di screen. 

5. Cetak keputusan anda untuk digunakan semasa melapor diri nanti.

Info Penting:

*Murid yang layak dan bersetuju menerima tawaran dikehendaki melengkapkan maklumat tambahan seperti nombor telefon dan alamat e-mel yang boleh dihubungi oleh pihak Kolej/Pusat Tingkatan Enam.

*Semua murid yang layak akan diberikan surat tawaran secara dalam talian. Surat tawaran hendaklah dicetak/ disimpan atau diserahkan kepada pihak sekolah apabila diminta.

*Murid hendaklah melapor diri di Pusat Tingkatan Enam yang ditawarkan pada hari pertama persekolahan Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 yang akan diumumkan tarikhnya.

*Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 yang berjaya dan menerima tawaran ke Tingkatan Enam tetapi tidak bersetuju dengan tempat yang ditetapkan boleh membuat permohonan untuk kemasukan ke Program Pendidikan Tingkatan Enam di Universiti Awam rintis ini mulai 19 Mei hingga 25 Mei 2025. Keputusan kemasukan ke program ini boleh disemak pada 3 Jun 2025 melalui pautan https://sst6.moe.gov.my.

*Semua murid yang menerima tawaran ke Tingkatan Enam perlu melapor diri di Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran pada 10 Jun 2025.

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Tahun 2025 Online

Cara Membuat Permohonan Rayuan Tingkatan 6

1. Sila isikan permohonan rayuan Tingkatan 6 secara online melalui pautan di https://sst6.moe.gov.my.

2. Anda perlu membuat semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 sebelum dapat membuat rayuan melalui laman web yang sama.

3. Buat semakan rayuan. Keputusan rayuan adalah berdasarkan nilai mata unit dan pertimbangan markah kokurikulum.

4. Bagi murid yang tidak menerima tawaran, rayuan boleh dibuat mulai 19 Mei hingga 25 Mei 2025. Keputusan rayuan boleh disemak melalui kaedah yang sama pada 3 Jun 2025.


Tarikh Lapor Diri

1. Tarikh rasmi lapor diri akan dimaklumkan oleh pihak KPM setelah permohonan dibuka.

2. Murid yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri di Kolej atau Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran.


Cara Membuat Pertukaran Bidang

1. Setelah membuat semakan tawaran Tingkatan 6 dan berjaya, murid yang hendak membuat rayuan tukar bidang Tingkatan Enam Semester 1 boleh melakukan langkah seperti berikut:

2. Calon yang layak dikehendaki untuk mendaftar di sekolah yang ditawarkan terlebih dahulu.

3. Kemudian, calon perlu melengkapkan Borang Permohonan Rayuan Tukar Bidang Tingkatan Enam (T6BRTJ) yang boleh dimuat turun di pautan https://sst6.moe.gov.my/.

4. Selepas borang lengkap diisi, semua borang mesti mendapat pengesahan pengetua sekolah yang asal.

5. Alasan yang diberikan untuk bertukar bidang perlu kukuh dan boleh diterima oleh Panel Jawatankuasa Rayuan.

6. Seterusnya, hantar borang T6BRTJ yang telah lengkap ke JPN/PPD melalui sekolah masing-masing.

7. Borang ini hendaklah disertakan bersama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti Keputusan Peperiksaan SPM 2024, Inventori Minat Kerjaya dan Dokumen yang berkaitan.

8. Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Kolej Tingkatan Enam/Pusat Tingkatan Enam. *Muat turun dan cetak Borang T6T6BRTJ

9. Kelulusan permohonan ini juga bergantung pada kekosongan tempat belajar.

10. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh JPN kepada semua calon melalui Pusat Tingkatan Enam masing-masing.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan Tingkatan 6, sila layari Portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di pautan https://sst6.moe.gov.my/

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

No. Telefon: 03 - 8884 9370

No. Fax: 03 - 8888 6671

Semoga perkongsian Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Tahun 2025 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam!


No comments

Powered by Blogger.