Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Tahun 2026 Online (Rayuan)
Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Tahun 2026 Online|BILAKAH tarikh semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 Tahun 2026 bakal diumumkan? Perhatian buat anda pelajar calon Lepasan SPM yang ingin membuat semakan keputusan tawaran Tingkatan Enam (Form 6) ambilan tahun 2026. Untuk makluman anda, semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 Tahun 2026 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 24 April 2026 sehingga 8 Mei 2026 menerusi laman sesawang https://sst6.moe.gov.my. Manakala, permohonan rayuan kemasukan Tingkatan Enam boleh dibuat secara online mulai 24 April 2026. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Tahun 2026 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam. Permohonan dan semakan boleh dibuat melalui aplikasi dalam Talian Tingkatan Enam secara atas talian atau menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing. Mulai tahun 2025, KPM juga akan melaksanakan Program Pendidikan Tingkatan Enam di Universiti Awam melalui kerjasama silang bersama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Program ini akan dilaksanakan secara rintis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Dua bidang pengajian ditawarkan iaitu Sains dan Sains Sosial.
Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Tahun 2026 Online (Rayuan)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 Tahun 2026 termasuk permohonan dan keputusan rayuan:
Tarikh Penting Tawaran Tingkatan 6 Tahun 2026
◾️Tarikh Semakan: 24 April 2026 - 8 Mei 2026
◾️Permohonan Rayuan: 24 April 2026
◾️Keputusan Rayuan: 22 Mei 2026
◾️Tarikh Lapor: 8 Jun 2026
◾️Aplikasi Semakan:
KLIK 👉 https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/index.cfm
Cara Semakan Tawaran Tingkatan 6 Secara Online
1. Layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara online menerusi pautan di https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/index.cfm.
2. Kemudian, isikan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
3. Klik pada butang "Klik Untuk Semak".
4. Keputusan tawaran kemasukan Tingkatan 6 anda akan dipaparkan di screen.
5. Cetak keputusan anda untuk digunakan semasa melapor diri nanti.
Info Penting:
*Murid yang layak dan bersetuju menerima tawaran dikehendaki melengkapkan maklumat tambahan seperti nombor telefon dan alamat e-mel yang boleh dihubungi oleh pihak Kolej/Pusat Tingkatan Enam.
*Semua murid yang layak akan diberikan surat tawaran secara dalam talian. Surat tawaran hendaklah dicetak/ disimpan atau diserahkan kepada pihak sekolah apabila diminta.
*Murid hendaklah melapor diri di Pusat Tingkatan Enam yang ditawarkan pada hari pertama persekolahan Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2026 yang akan diumumkan tarikhnya.
*Semua murid yang menerima tawaran ke Tingkatan Enam perlu melapor diri di Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran.
Cara Permohonan Rayuan Tingkatan 6 Online
1. Sila isikan permohonan rayuan Tingkatan 6 secara online melalui pautan di https://sst6.moe.gov.my.
2. Anda perlu membuat semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 sebelum dapat membuat rayuan melalui laman web yang sama.
3. Buat semakan rayuan. Keputusan rayuan adalah berdasarkan nilai mata unit dan pertimbangan markah kokurikulum.
4. Bagi murid yang tidak menerima tawaran, rayuan boleh dibuat mulai 24 April 2026. Keputusan rayuan boleh disemak melalui kaedah yang sama pada 22 Mei 2026
Tarikh Lapor Diri
1. Tarikh rasmi lapor diri akan dimaklumkan oleh pihak KPM setelah permohonan dibuka.
2. Murid yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri di Kolej atau Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran pada 8 Jun 2026.
Cara Membuat Pertukaran Bidang
1. Setelah membuat semakan tawaran Tingkatan 6 dan berjaya, murid yang hendak membuat rayuan tukar bidang Tingkatan Enam Semester 1 boleh melakukan langkah seperti berikut:
2. Calon yang layak dikehendaki untuk mendaftar di sekolah yang ditawarkan terlebih dahulu.
3. Kemudian, calon perlu melengkapkan Borang Permohonan Rayuan Tukar Bidang Tingkatan Enam (T6BRTJ) yang boleh dimuat turun di pautan https://sst6.moe.gov.my/.
4. Selepas borang lengkap diisi, semua borang mesti mendapat pengesahan pengetua sekolah yang asal.
5. Alasan yang diberikan untuk bertukar bidang perlu kukuh dan boleh diterima oleh Panel Jawatankuasa Rayuan.
6. Seterusnya, hantar borang T6BRTJ yang telah lengkap ke JPN/PPD melalui sekolah masing-masing.
7. Borang ini hendaklah disertakan bersama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti Keputusan Peperiksaan SPM 2025, Inventori Minat Kerjaya dan Dokumen yang berkaitan.
8. Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Kolej Tingkatan Enam/Pusat Tingkatan Enam. *Muat turun dan cetak Borang T6T6BRTJ
9. Kelulusan permohonan ini juga bergantung pada kekosongan tempat belajar.
10. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh JPN kepada semua calon melalui Pusat Tingkatan Enam masing-masing.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan Tingkatan 6, sila layari Portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di pautan https://sst6.moe.gov.my/
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
No. Telefon: 03 - 8884 9370
No. Fax: 03 - 8888 6671
Semoga perkongsian Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Tahun 2026 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam!

Post a Comment