Permohonan UNITEN 2026 Online (Diploma & Ijazah Sarjana Muda)
Permohonan UNITEN 2026 Online|BILAKAH tarikh permohonan UNITEN tahun 2026 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar Lepasan SPM dan Lepasan STPM/Setaraf yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ambilan Jun dan September tahun 2026 bagi pengajian Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Untuk makluman anda, permohonan UNITEN Sesi Jun 2026 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 9 Februari 2026 sehingga tarikh tutup pada 4 Jun 2026 menerusi Portal Rasmi UNITEN. Berikut dikongsikan Permohonan UNITEN 2026 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Universiti Tenaga Nasional atau mudah dikenali sebagai UNITEN merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB), iaitu sebuah syarikat utiliti bekalan elektrik yang terbesar di Asia Tenggara. Kampus utamanya terletak di Kajang, Selangor manakala kampus kedua terletak di Bandar Muadzam Shah, Pahang. UNITEN mempunyai 15 jabatan akademik dimana menumpukan pada Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Pengurusan Bisnes dan bidang-bidang yang berkaitan.
Permohonan UNITEN 2026 Online (Diploma & Ijazah Sarjana Muda)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan UNITEN termasuk syarat kemasukan dan tarikh penting:
Syarat Kemasukan UNITEN Sesi 2026
Antara syarat kemasukan ke Universiti Tenaga Nasional adalah seperti berikut:
1. Anda boleh membuat semakan syarat kemasukan minimum UNITEN mengikut kursus di pautan https://www.uniten.edu.my/education/.
Cara Permohonan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) 2026 Online
1. Permohonan kemasukan ke UNITEN boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://apply.uniten.edu.my/uniapps/.
2. Kemudian, klik pada butang "Apply Now".
3. Isikan maklumat permohonan yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
4. Setelah selesai isi maklumat, klik pada butang "REGISTER".
5. Anda akan menerima emel pengesahan beserta kata laluan yang digunakan semasa Log In untuk permohonan.
6. Seterusnya, pilih peringkat pengajian anda sama ada pengajian Asasi, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
7. Isikan maklumat yang diperlukan termasuk keputusan kelayakan sama ada SPM atau setaraf.
8. Klik pada butang CONFIRM selepas selesai lengkapkan maklumat permohonan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan UNITEN, sila hubungi di:
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Putrajaya Campus
Jalan IKRAM-UNITEN
43000 Kajang, Selangor
MALAYSIA
▶️ No. Tel: +603 - 8921 2143 (Malaysian Admission)
▶️ No. Tel: +603 - 8921 2153 (International Admission)
▶️ Emel: localadmission@uniten.edu.my
Semoga perkongsian Permohonan Kemasukan UNITEN Sesi 2026 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UNITEN!




Post a Comment