Permohonan Biasiswa YTP MARA 2025 Online
Permohonan Biasiswa YTP MARA 2025 Online|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa YTP MARA tahun 2025 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar Lepasan SPM 2024 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Pinjaman Young Talent Development Programme (YTP) MARA ambilan tahun 2025. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa YTP MARA 2025 boleh dibuat secara online mulai 28 April 2025 sehingga tarikh tutup pada 12 Mei 2025 (jam 5:00 petang) menerusi Portal Rasmi MARA. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa YTP MARA 2025 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, permohonan Young Talent Development Programme (YTP) MARA dibuka kepada pelajar cemerlang SPM 2024 untuk melanjutkan pengajian tinggi bermula peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi terpilih dalam dan luar negara. Ujian psikometrik secara atas talian dijalankan semasa pemohon mengisi permohonan Program YTP MARA. Pastikan pemohon telah menduduki ujian psikometrik tersebut sebelum menghantar permohonan.
Permohonan Biasiswa YTP MARA 2025 Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Biasiswa YTP MARA termasuk syarat kelayakan dan semakan keputusan:
Tarikh Penting Permohonan YTP MARA 2025
◾️Tarikh Permohonan: 28 April (Isnin) 10.00 pagi - 12 Mei 2025 (Isnin) jam 5.00 petang
◾️Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 https://educationloan.mara.gov.my/
Syarat Kelayakan Permohonan YTP MARA 2025
Antara syarat kelayakan permohonan biasiswa YTP MARA adalah seperti berikut:
A. SYARAT UMUM
1. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
2. Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
3. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
4. Lulus pemeriksaan kesihatan.
B. SYARAT KHUSUS
1. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2024.
2. Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan dibawah:
KLIK 👉 Syarat Kelayakan Program
Jumlah Pinjaman Yang Akan Diterima
1. Pinjaman pelajaran di peringkat persediaan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan.
2. Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung.
3. Pinjaman pelajaran akan diteruskan sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Cara Permohonan Biasiswa YTP MARA 2025 Online
1. Sila layari Portal Rasmi MARA untuk permohonan YTP 2025 menerusi pautan di https://educationloan.mara.gov.my/.
2. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan.
3. Seterusnya, pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.
4. Pemohon dikehendaki melengkapkan maklumat permohonan yang diminta seperti berikut:
i. Maklumat peribadi dan keluarga
ii. Cadangan Pengajian
iii. Ujian Psikometrik
iv. Perakuan keterangan
Nota Penting:
- Senarai kursus, bidang dan Institusi Pengajian Tinggi terpilih yang ditetapkan oleh pihak MARA boleh dirujuk di dalam syarat kelayakan program yang diletakkan di Portal MARA.
- Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini pilihan kursus dalam tempoh ditetapkan setelah keputusan peperiksaan SPM diumumkan.
Semakan Keputusan YTP MARA 2025 Online
1. Pemohon perlu sentiasa menyemak status permohonan yang telah dihantar dari semasa ke semasa di e-mel pemohon yang telah didaftar di sistem MyEduloan.
2. Pemohon yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas 90 hari daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
Artikel Berkaitan:
👉 Permohonan Biasiswa PPN JPA
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan YTP MARA, sila rujuk pautan dibawah atau emelkan kepada ytp@mara.gov.my.
📌 Soalan Lazim
📌 Panduan Permohonan
Semoga perkongsian Permohonan Biasiswa YTP MARA tahun 2025 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran YTP MARA!
Post a Comment