Permohonan Matrikulasi KPM 2025/2026 Online (Syarat Kemasukan)
Permohonan Matrikulasi KPM Fasa 2 2025/2026 Online (Syarat Kemasukan)|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan Matrikulasi Fasa 2 Sesi 2025/2026 bakal dibuka? Perhatian buat anda calon SPM Tahun 2024 yang berminat mengikuti pengajian Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM) ambilan tahun 2025/2026. Untuk makluman anda, permohonan Matrikulasi Fasa 2 2025/2026 boleh dibuat secara online mulai 24 sehingga 28 April 2025 (jam 5:00 petang) menerusi Portal Rasmi Matrikulasi KPM. Berikut dikongsikan Permohonan Matrikulasi Fasa 2 2025/2026 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Bagi permohonan Fasa 1, para pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, boleh dibuat secara online mulai 1 Disember 2024 hingga 28 Februari 2025. Manakala, permohonan Fasa 2 dan pengemaskinian maklumat pelajar akan dibuka selama lima hari selepas keputusan SPM diumumkan.
Permohonan Matrikulasi KPM 2025/2026 Online (Syarat Kemasukan)
Tarikh Penting Kemasukan Matrikulasi Sesi 2025/2026
◼️ Tarikh Permohonan Fasa 2: 24 - 28 April 2025 (5 hari selepas keputusan SPM diumumkan)
◼️ Aplikasi Permohonan:
Jurusan Yang Ditawarkan di Matrikulasi
1. Jurusan Sains
2. Jurusan Kejuruteraan
3. Jurusan Perakaunan
5. Jurusan Sains Komputer
Mulai sesi 2025/2026, Pelajar boleh memohon mengikuti Jurusan Sains Komputer di Program Matrikulasi. Bagi pelajar tahfiz SPM 2024, mata pelajaran Hifz al-Quran turut dilaksanakan mulai 2025.
Senarai Matrikulasi di Seluruh Malaysia
Cara Permohonan Matrikulasi KPM 2025/2026 Online (Fasa 2)
4. Log masuk semula menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan.
ew yi rou
ReplyDelete