Header Ads

Permohonan Biasiswa YTP MARA 2026 Online

Permohonan Biasiswa YTP MARA 2026 Online|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa YTP MARA tahun 2026 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar Lepasan SPM 2025 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Pinjaman Young Talent Development Programme (YTP) MARA ambilan tahun 2026. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa YTP MARA 2026 boleh dibuat secara online mulai 31 Mac 2026 sehingga tarikh tutup pada 13 April 2026 menerusi Portal Rasmi MARA. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa YTP MARA 2026 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa YTP MARA 2026 Online


Sedia maklum, permohonan Young Talent Development Programme (YTP) MARA dibuka kepada pelajar cemerlang SPM 2025 untuk melanjutkan pengajian tinggi bermula peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi terpilih dalam dan luar negara. Ujian psikometrik secara atas talian dijalankan semasa pemohon mengisi permohonan Program YTP MARA. Pastikan pemohon telah menduduki ujian psikometrik tersebut sebelum menghantar permohonan.


Permohonan Biasiswa YTP MARA 2026 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Biasiswa YTP MARA termasuk syarat kelayakan dan semakan keputusan:


Tarikh Penting Permohonan YTP MARA Tahun 2026

◾️Tarikh Permohonan: 31 Mac 2026 (Jam 12:00 tengahari) - 13 April 2026 (Jam 12:00 tengahari)

◾️Aplikasi Permohonan:

KLIK 👉 https://educationloan.mara.gov.my/


Syarat Kelayakan Permohonan YTP MARA 2026

Antara syarat kelayakan permohonan biasiswa YTP MARA adalah seperti berikut:

A. SYARAT UMUM

1. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.

2. Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.

3. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.

4. Lulus pemeriksaan kesihatan.

B. SYARAT KHUSUS

1. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2025.

2. Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan dibawah:

KLIK 👉 Syarat Kelayakan Program


Jumlah Pinjaman Yang Akan Diterima

1. Pinjaman pelajaran di peringkat persediaan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan.

2. Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung.

3. Pinjaman pelajaran akan diteruskan sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.


Laluan Pengajian YTP MARA 2026

Program YTP menawarkan beberapa laluan pengajian berdasarkan kepada keputusan akademik pelajar:

1. Laluan Pengajian Luar Negara (SPM 8A)

- Pelajar yang memperoleh sekurang-kurangnya 8A dalam SPM berpeluang mengikuti laluan ini.

- Program Luar Negara (Top 20 Universities):

Persediaan: A-Level / IB di kolej MARA terpilih
Keperluan: Tahap Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya CEFR C1
Penajaan: Ijazah pertama di 20 universiti terbaik dunia
Bidang: Kejuruteraan, Sains & Sains Ikhtisas
Biasiswa Penuh turut ditawarkan kepada pelajar yang berjaya mendapat tempat di universiti elit seperti:

- Harvard University
- Massachusetts Institute of Technology (MIT)
- University of Oxford
- University of Cambridge
- Stanford University

2. Program Ijazah Pertama Luar Negara

- Pelajar juga boleh terus melanjutkan pengajian ke luar negara mengikut bidang tertentu.

Bidang & Negara:

- Kejuruteraan & Teknologi – Jerman
- Sains Komputer – Hong Kong
- Perubatan – Mesir

3. Program Berkembar Dalam & Luar Negara

- Program ini menawarkan kelayakan dwi-sijil daripada universiti tempatan dan luar negara yang diiktiraf.

Bidang & Negara terlibat:

- Kejuruteraan & Teknologi – Australia, Jepun, Perancis, Rusia
- Perakaunan / Logistik Perindustrian / Teknologi Maklumat / Kejuruteraan – New Zealand

4. Laluan Pengajian Dalam Negara (SPM 7A)

- Bagi pelajar yang memperoleh sekurang-kurangnya 7A dalam SPM, laluan dalam negara turut disediakan.

- Program Ijazah Pertama Dalam Negara:
Pelajar akan melanjutkan pengajian di IPT tempatan terpilih seperti:

- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Multimedia (MMU)
- Management & Science University (MSU)
- UPTM dan lain-lain


Bidang Pengajian Ditawarkan

Antara bidang pengajian yang ditawarkan di bawah YTP MARA adalah seperti berikut:

◾️Kejuruteraan
◾️Sains / Sains Komputer / Sains Ikhtisas
◾️Perakaunan / Logistik Perindustrian
◾️Kewangan
◾️Professional & Advance Chartered Accountant (ICAEW)
◾️ACCA (Professional Association of Chartered Certified Accountants)
◾️Perubatan
◾️Pergigian
◾️Farmasi


Cara Permohonan Biasiswa YTP MARA 2026 Online

1. Sila layari Portal Rasmi MARA untuk permohonan YTP Tahun 2026 menerusi pautan di https://educationloan.mara.gov.my/.

2. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan.

3. Seterusnya, pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.

4. Pemohon dikehendaki melengkapkan maklumat permohonan yang diminta seperti berikut:

i. Maklumat peribadi dan keluarga

ii. Cadangan Pengajian

iii. Ujian Psikometrik

iv. Perakuan keterangan

Nota Penting:

- Senarai kursus, bidang dan Institusi Pengajian Tinggi terpilih yang ditetapkan oleh pihak MARA boleh dirujuk di dalam syarat kelayakan program yang diletakkan di Portal MARA.

- Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini pilihan kursus dalam tempoh ditetapkan setelah keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

Permohonan Biasiswa YTP MARA 2026 Online


Semakan Keputusan YTP MARA 2026 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Permohonan YTP MARA tahun 2026:

1. Pemohon perlu sentiasa menyemak status permohonan yang telah dihantar dari semasa ke semasa di e-mel pemohon yang telah didaftar di sistem MyEduloan.

2. Pemohon yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas 90 hari daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.


Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Biasiswa PPN JPA


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan YTP MARA, sila rujuk pautan dibawah atau emelkan kepada alamat ytp@mara.gov.my.

📌 Garis Panduan Permohonan

📌 Syarat Kelayakan Program

📌 Soalan Lazim

📌 Panduan Permohonan

📌 Manual Pengguna Sistem

Semoga perkongsian Permohonan Biasiswa YTP MARA tahun 2026 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran YTP MARA!


No comments

Powered by Blogger.