Permohonan GIATMARA 2026 Online (Sesi Julai)
Permohonan GIATMARA 2026 Online (Sesi Julai)|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan ke Program GIATMARA sesi 2026 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar bumiputera yang ingin mengikuti latihan kemahiran di GIATMARA ambilan Julai tahun 2026. Untuk makluman anda, permohonan GIATMARA 2026 boleh dibuat secara online mulai 1 April 2026 sehingga tarikh tutup pada 8 Mei 2026 menerusi Portal Rasmi UP_TVET. Berikut dikongsikan Permohonan GIATMARA 2026 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, GIATMARA mempelawa mereka yang berumur 15 tahun ke atas samada Lepasan SPM atau bukan dengan syarat mereka boleh membaca, menulis dan minat. Permohonan kemasukan ke Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA secara online di seluruh Malaysia akan dibuka pada bulan April bagi sesi kemasukan Julai 2026. Penubuhan GIATMARA adalah bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. Keseluruhan kos operasi GIATMARA dibiayai oleh Kerajaan Malaysia melalui peruntukan yang disalurkan menerusi MARA.
Permohonan GIATMARA 2026 Online (Sesi Julai)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan GIATMARA termasuk syarat kemasukan dan senarai program yang ditawarkan:
Tarikh Penting Kemasukan GIATMARA Sesi 2026
◾️Tarikh Permohonan: 1 April 2026 - 8 Mei 2026
◾️Tarikh Rayuan Permohonan: 8 Jun 2026 - 30 Jun 2026
◾️Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 https://mohon.tvet.gov.my/
Syarat Kemasukan GIATMARA 2026
Antara Syarat Kemasukan Program GIATMARA adalah seperti berikut:
1. Bumiputera
2. Berumur minima 15 tahun
3. Boleh Membaca, Menulis dan Minat (3M)
4. Sihat tubuh badan
5. Tamat tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawaian Elektrik & Penjaga Elektrik
6. Keutamaan kepada B40
Senarai Jurusan Kursus Yang Ditawarkan
GIATMARA menawarkan 39 jenis kursus di bawah 12 kluster utama, antaranya Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer dan IT, Fabrik, Elektronik/Mekatronik, Kulinari, Dandanan Rambut & Kosmetologi serta Hospitaliti.
Kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia adalah seperti berikut:
1. Senarai jurusan khusus yang ditawarkan boleh disemak melalui pautan di https://mohon.tvet.gov.my/awam-kursus/katalog
Cara Permohonan Kemasukan GIATMARA 2026 Online
1. Layari Portal Rasmi UP_TVET secara online menerusi pautan di https://mohon.tvet.gov.my/.
2. Klik pada butang "Permohonan Perdana".
3. Klik pada butang "Daftar" di bahagian menu di atas.
4. Isikan maklumat permohonan yang diperlukan dan klik pada butang "Daftar Pengguna".
5. Kemudian, log masuk semula dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan. Klik pada "Log Masuk".
6. Isikan maklumat permohonan yang diperlukan dengan lengkap pada bahagian Butir-Butir Peribadi, Maklumat Am, Kursus Pilihan, Maklumat Penjaga, Tempat Tinggal dan klik Simpan & Seterusnya di setiap bahagian.
7. Pada bahagian Perakuan, klik Hantar Permohonan.
8. Klik "Cetak Permohonan" untuk menyimpan rekod permohonan yang telah dibuat.
Info Penting:
*Tawaran akan diberikan sekiranya kuota setiap program masih belum dipenuhi.
B. PERMOHONAN SECARA MANUAL
1. Jika anda menghadapi masalah permohonan secara online, pemohon boleh memuat turun borang permohonan sepenuh masa dan menghantarnya terus ke GIATMARA yang dipohon, atau hadir ke GIATMARA berhampiran untuk pendaftaran secara manual.
Artikel Berkaitan:
KLIK 👉 Permohonan Program Matrikulasi KPMKLIK 👉 Permohonan KPTM Online
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan Program GIATMARA, sila hubungi di bawah:
GIATMARA Sendirian Berhad
No 39, Jalan Medan Tuanku,
50300 Kuala Lumpur.
Malaysia
No. Tel: 03 - 2691 2690
No. Fax: 03 - 2691 2820
Emel: webmaster@giatmara.edu.my
Semoga perkongsian Permohonan Kemasukan Program GIATMARA Sesi 2026 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke GIATMARA!


Post a Comment