Permohonan Biasiswa PPN JPA 2025 Online (Program Penajaan Nasional)
Permohonan Biasiswa PPN JPA 2025 Online (Program Penajaan Nasional)|BILAKAH tarikh permohonan Program Penajaan Nasional (PPN) tahun 2025 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar Lepasan SPM 2024 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Program Penajaan Nasional (PPN) JPA ambilan tahun 2025. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa PPN JPA 2025 boleh dibuat secara online mulai 30 April 2025 (Rabu), jam 10.00 pagi sehingga 11 Mei 2025 (Ahad), jam 5.00 petang menerusi Portal Rasmi JPA. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa PPN JPA 2025 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Program Penajaan Nasional (PPN) adalah penajaan yang ditawarkan kepada pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia. Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan bagi mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Pemohon yang terpilih akan ditawarkan penajaan bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama di universiti terbaik dunia di Amerika Syarikat, Australia, Republik Rakyat China atau United Kingdom.
Permohonan Biasiswa PPN JPA 2025 Online (Program Penajaan Nasional)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Biasiswa PPN JPA termasuk syarat kelayakan dan bidang pengajian yang ditawarkan:
Tarikh Penting Permohonan Biasiswa PPN JPA 2025
◾️Tarikh Permohonan: 30 April 2025 (Rabu), 10.00 pagi - 11 Mei 2025 (Ahad), 5.00 petang
◾️Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PPN
Mekanisme Penajaan
Penajaan yang ditawarkan adalah berasaskan PBU iaitu:
◾️PNGK akhir 3.75 – 4.00 atau setara tanpa pelanjutan: 5%
◾️PNGK akhir 3.50 – 3.74 atau setara tanpa pelanjutan: 10%
◾️PNGK akhir 3.00 – 3.49 atau setara tanpa pelanjutan: 15%
◾️PNGK akhir 3.00 dan ke atas atau setara dengan pelanjutan: 20%
◾️PNGK akhir di bawah 3.00 atau setara atau Gagal pengajian: 100%
◾️Dilantik dalam Sektor Awam (setaraf dengan kelayakan): Dikecualikan bayaran balik atas baki nilai pinjaman
Peringkat Pengajian
Pengajian yang ditaja adalah secara berpakej seperti berikut:
1. Peringkat Persediaan (Program A-Level 24 bulan) di Kolej Yayasan UEM (KYUEM).
2. Peringkat Ijazah Pertama di universiti terkemuka dunia di Amerika Syarikat, Australia, Republik Rakyat China atau United Kingdom yang dikenal pasti berdasarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings (keseluruhan) Tahun 2025 dan 2026.
Bidang Pengajian Yang Ditawarkan
- Pelajar diberi ruang untuk memilih bidang pengajian tertakluk kepada program pengajian Ijazah Pertama yang ditawarkan oleh universiti bagi tahun kemasukan pelajar, kecuali bidang-bidang yang tidak ditaja.
- Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah seperti berikut bidang perubatan, pergigian dan farmasi, undang-undang, seni bina, bidang pendidikan, bidang yang memerlukan pelajar mengambil jenis-jenis lesen seperti lesen penerbangan dan sebagainya, program-program berkembar/ ijazah dual/ double degree/ program kerjasama dengan institusi lai, program kejururawatan, separa perubatan dan program pra- perkhidmatan, program-program berkaitan sijil/ kursus profesional dan program selain Sarjana Muda Kepujian secara embedded honours, dengan tempoh pengajian 4 tahun berterusan di Australia. Bagi penajaan di Australia, program pengajian/ kursus yang dibenarkan ialah kursus-kursus dengan kelayakan Sarjana Muda Kepujian secara embedded honours, dengan tempoh pengajian 4 tahun berterusan di Australia sahaja.
Syarat Kelayakan Biasiswa PPN JPA 2025
Antara syarat kelayakan permohonan biasiswa PPN JPA adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia;
2. Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
3. Ibu dan/ atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
4. Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan/ tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
5. Menduduki peperiksaan SPM 2024 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian;
6. Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki;
7. Keutamaan diberikan kepada calon daripada latar belakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40. Selain itu, pelajar dengan penguasaan Bahasa Mandarin yang baik turut diberi keutamaan bagi tujuan penajaan ke Republik Rakyat China.
Cara Permohonan PPN JPA 2025 Online
1. Layari Portal Rasmi JPA secara atas talian (online) menerusi pautan di https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PPN.
2. Kemudian, klik pada bahagian "Daftar" dan klik "Teruskan Pendaftaran".
3. Isikan maklumat permohonan yang diperlukan dan klik pada butang "Teruskan Pendaftaran".
4. Seterusnya, log masuk semula dengan memasukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan.
5. Lengkapkan permohonan yang diperlukan sehingga selesai.
Artikel Berkaitan:
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Program Penajaan Nasional (PPN), sila hubungi di talian 03-8885 3297 (jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang) atau emelkan ke alamat lepasanspm2025@jpa.gov.my (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja)
◾️Soalan Lazim: PPN JPA
Semoga perkongsian Permohonan Biasiswa PPN JPA tahun 2025 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran PPN JPA!
Post a Comment