Header Ads

Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2025 Online (Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman)

Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2025 Online (Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman)|BILAKAH tarikh permohonan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) tahun 2025 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar Lepasan SPM 2024 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) JPA ambilan tahun 2025. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2025 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 28 April 2025 sehingga tarikh tutup pada 11 Mei 2025 menerusi Portal Rasmi JPA. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2025 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2025 Online (Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman)

Sedia maklum, pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 dialu-alukan memohon penajaan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) tahun 2025. Program penajaan ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2024 yang berminat dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (S&T) dan Sains Sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.


Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2025 Online (Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Biasiswa JKPJ JPA termasuk syarat kelayakan dan bentuk penajaan:


Tarikh Penting Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2025

◾️Tarikh Permohonan: 28 April 2025 (Isnin), 2.00 petang - 11 Mei 2025 (Ahad), 5.00 petang

◾️Aplikasi Permohonan:

KLIK 👉 https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=JKPJ


Bentuk Penajaan JKPJ

Bentuk penajaan ini adalah Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

◾️PNGK akhir 3.75 – 4.00 atau setara tanpa pelanjutan – 5% bayaran balik

◾️PNGK akhir 3.50 – 3.74 atau setara tanpa pelanjutan – 10% bayaran balik

◾️PNGK akhir 3.00 – 3.49 atau setara tanpa pelanjutan – 15% bayaran balik

◾️PNGK akhir 3.00 dan ke atas atau setara dengan pelanjutan – 20% bayaran balik

◾️PNGK akhir di bawah 3.00 atau setara atau gagal pengajian – 100% bayaran balik

◾️Dilantik dalam Sektor Awam (setaraf dengan kelayakan) – Dikecualikan bayaran balik atas baki nilai pinjaman


Syarat Kelayakan Biasiswa JKPJ JPA 2025

Antara Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa JKPJ JPA adalah seperti berikut:

A. SYARAT UMUM

1. Warganegara Malaysia;

2. Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;

3. Ibu dan/atau bapa dan/atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;

4. Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan/ tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;

5. Menduduki peperiksaan SPM 2024 buat pertama kali di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian; dan

6. Umur belum mencapai 19 tahun (atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

B. SYARAT KHUSUS

Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2025 Online (Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman)

Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2025 Online (Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman)

Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2025 Online (Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman)

Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2025 Online (Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman)


Cara Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2025 Online

1. Permohonan JKPJ JPA boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi pautan di https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=JKPJ mulai 28 April 2025 (Isnin), 2.00 petang hingga 11 Mei 2025 (Ahad), 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

2. Calon diwajibkan mengambil dan melengkapkan Ujian Khas Penajaan Persekutuan (UKPP) yang dibuka mulai 28 April 2025 (Isnin), 2.00 petang hingga 11 Mei 2025 (Ahad), 5.00 petang melalui Sistem ePermohonan.

3. Calon yang tidak menduduki ujian ini adalah dikira gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.

4. Pemohon yang tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2025 Online (Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman)

Artikel Berkaitan:


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Program Khas JKPJ JPA, sila hubungi di talian 03-8885 3297 atau emelkan ke alamat lepasanspm2025@jpa.gov.my.

◾️Soalan Lazim: JKPJ JPA 

Semoga perkongsian Permohonan Biasiswa JKPJ JPA tahun 2025 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran JKPJ JPA!


No comments

Powered by Blogger.