Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan 2026 Online
Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan 2026 Online|BILAKAH tarikh permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan tahun 2026 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berkelayakan dan berminat membuat permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan ambilan tahun 2026. Untuk makluman anda, permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan 2026 boleh dibuat secara online sehingga 26 Jun 2026 (Hari Jumaat) menerusi Portal Rasmi KBS. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan 2026 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, dimaklumkan bahawa KBS membuat penawaran Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) kepada atlet yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara bagi bidang pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan. Skim ini bertujuan untuk menyokong dan menggalakkan kecemerlangan atlet dalam bidang sukan sambil mereka meneruskan pengajian.
Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan 2026 Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan termasuk syarat kelayakan:
Syarat Kelayakan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan 2026
Antara Syarat Kelayakan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan adalah seperti berikut:
1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
2. Mestilah dari golongan atlet yang mash giat dalam bidang sukan (tidak termasuk pegawai dan jurulatih sukan)
3. Mestilah dari mereka yang telah mencapai prestasi yang cemerlang sekurang-kurangnya dalam pertandingan Majlis Sukan di peringkat sukan sekolah-sekolah Asean atau mana-mana pertandingan yang setaraf dengannya.
4. Mestilah mempunyai kelayakan minima untuk memenuhi syarat-syarat kemasukan bagi mengikuti kursus-kursus yang diperlukan oleh negara di universiti- universiti atau institusi-institusi pengajian tinggi yang diiktirafkan oleh Kerajaan.
5. Pemohon adalah dikehendaki untuk memperolehi dengan sendirinya tempat di universiti atau institusi pengajian tinggi. Hanya pemohon yang berjaya mendapat tempat di universiti-universiti/institusi-institusi akan ditawarkan biasiswa.
6. Pemohon yang menerima hadiah biasiswa ini hendaklah terus giat di dalam latihan dan pertandingan-pertandingan sukan pilihannya semasa tempoh pengajiannya dan juga dikehendaki mewakili negara di dalam pertandingan-pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sekiranya diperlukan.
7. Pemohon bagi biasiswa ini mestilah berumur tidak lebih daripada 25 tahun pada tarikh 31 Disember 2026.
8. Mestilah sihat dari segi mental dan fizikal.
9. Pemohon yang dipilin hendaklah berkelakuan baik (good-character) dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi.
Cara Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan 2026 Online
Berikut dikongsikan Cara Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan secara online:
1. Layari Laman Web KBS secara online menerusi pautan di https://spsb.kbs.gov.my/.
2. Seterusnya, klik pada "Pengguna Awam".
3. Pilih bahagian "e-Biasiswa".
4. Kemudian, lengkapkan maklumat permohonan yang diperlukan dan klik Hantar.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan, sila layari laman sesawang KBS di pautan https://spsb.kbs.gov.my atau hubungi Unit Biasiswa KBS di talian 03-8871 3549/3538 dan emelkan ke alamat unitbiasiswa@kbs.gov.my.
Semoga perkongsian Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan tahun 2026 ini dijadikan panduan buat anda semua!


Post a Comment