Header Ads

Semakan UKKM MRSM 2027 Online (Jadual)

Semakan UKKM MRSM 2027 Online (Jadual)|BILAKAH tarikh semakan UKKM MRSM Tingkatan 1 & Tingkatan 4 bagi tahun 2027 bakal diumumkan? Perhatian buat anda yang ingin membuat semakan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi Tingkatan 1 dan 4 ambilan tahun 2027. Untuk makluman anda, semakan UKKM Sesi 2027 boleh dibuat mulai 23 Oktober 2026 bagi Tingkatan 4 manakala 13 November 2026 bagi Tingkatan 1 menerusi laman sesawang https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1/ bagi Tingkatan 1 dan https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4/ bagi Tingkatan 4. Berikut dikongsikan Semakan UKKM MRSM 2027 Online buat rujukan anda. 

Semakan UKKM MRSM 2027 Online (Jadual)


Sedia maklum, UKKM membabitkan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta ujian keperibadian. Bagi permohonan ke MRSM Program Ulul Albab, calon diwajibkan menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan. Pemohon Wajib lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (UKKM) dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan Sistem Pengiraan Status Sosio Ekonomi (SES) adalah kriteria utama bagi penilaian dan pemilihan pelajar MRSM ini. UKKM adalah Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM yang merangkumi Ujian Bahasa Melayu, Sains, Matematik serta Keperibadian dan semua pemohon yang telah mengisi permohonan secara dalam talian wajib menduduki UKKM. Semua calon yang telah mengisi secara lengkap permohonan akan dipanggil untuk menduduki ujian secara berperingkat. 


Semakan UKKM MRSM 2027 Online (Jadual) 

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan UKKM MRSM bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 termasuk tarikh ujian:


Tarikh Semakan Ujian Kemasukan MRSM 2027

Tarikh semakan panggilan UKKM / Ujian Khas Ulul Albab / IGCSE / Teknikal / PrEmier-STEM Excellence /BITARA boleh disemak secara berperingkat mulai:

◾️Tingkatan 4: 23 Oktober 2026 – 3 Disember 2026
◾️Tingkatan 1: 13 November 2026 – 3 Disember 2026


Aplikasi Semakan UKKM 2027 Online

◾️Semakan Ujian Tingkatan 1:
KLIK 👉 https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1/

◾️Semakan Ujian Tingkatan 4:
KLIK 👉 https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4/


Cara Semakan UKKM Bagi Tingkatan 1

Berikut dikongsikan Cara Semakan UKKM MRSM bagi Tingkatan 1:

1. Layari laman web rasmi UKKM MRSM di https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1 (laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan). 

2. Isikan nombor kad pengenalan yang disahkan dan log masuk. 

3. Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan di skrin.


Cara Semakan UKKM Bagi Tingkatan 4

Berikut dikongsikan Cara Semakan UKKM MRSM bagi Tingkatan 4:

1. Layari laman web rasmi MRSM di https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4 (laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan). 

2. Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk. 

3. Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan.


Dokumen Yang Perlu Dibawa Sebelum Menghadiri UKKM/Ujian Khas Ulul Albab/Ujian Teknikal/ Ujian IGCSE

Calon diwajibkan membawa:

i. 2 salinan Surat panggilan menduduki UKKM/ Ujian Khas Ulul Albab/ Ujian Teknikal/ Ujian Khas IGCSE/ Ujian Kognitif Bitara

ii. Kad pengenalan calon (MyKad/MyKid)

iii. 1 Salinan Slip gaji ibu dan bapa/ penjaga terkini atau borang pengesahan pendapatan ibu dan bapa/ penjaga yang disahkan (Jika tiada slip gaji/ bekerja sendiri/ lain-lain)

iv. Salinan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris yang disahkan

v. Salinan keputusan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) yang disahkan

vi. Borang Perakuan Maklumat calon

vii. Salinan Sijil Pengangkatan (jika berkaitan)

viii. Salinan Kad OKU calon (jika berkaitan)

ix. Alat tulis (Pensil 2B atau dan pensil BB, pemadam dan pengasah pensil)

x. Kalkulator saintifik (bagi subjek Matematik untuk calon Tingkatan 4 sahaja


Subjek Yang Terlibat Ujian UKKM

Calon akan menduduki Ujian UKKM merangkumi:

1. Bahasa Melayu

2. Matematik

3. Sains

4. Keperibadian

Info Penting:

*Format soalan adalah objektif kecuali bagi subjek Matematik Tingkatan 4 yang mengandungi soalan objektif dan subjektif


Info Ujian UKKM MRSM

▶️ MATEMATIK
Masa Menjawab : 35 minit
Jumlah Soalan : 30 Soalan Objektif & Subjektif

▶️ BAHASA MELAYU
Masa Menjawab : 30 minit
Jumlah Soalan : 30 Soalan Objektif

▶️ SAINS
Masa Menjawab : 35 minit
Jumlah Soalan : 30 Soalan Objektif

▶️ KEPERIBADIAN
Masa Menjawab : 30 minit
Jumlah Soalan : 80 Soalan UKKM

Semakan UKKM MRSM 2027 Online (Jadual)


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan UKKM MRSM, sila hubungi di talian 03-2613 2000 atau rujuk laman web MARA di www.mara.gov.my

▶️ Facebook MARA: MAJLIS AMANAH RAKYAT

Selamat membuat Semakan UKKM MRSM tahun 2027 secara online! Semoga anda berjaya menduduki Ujian UKKM! 


No comments

Powered by Blogger.