Semakan Keputusan Program PERMATA Negara 2027 Online
Semakan Keputusan Program PERMATA Negara 2027 Online|BILAKAH tarikh semakan keputusan Program PERMATA Negara tahun 2027 bakal diumumkan? Perhatian buat anda yang ingin ketahui semakan keputusan Program PERMATA Negara tahun 2027. Untuk makluman anda, semakan keputusan Program PERMATA Negara 2027 boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup pada 25 Oktober 2026. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Program PERMATA Negara 2027 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Program PERMATA Negara ialah sebuah inisiatif kerajaan Malaysia yang bertujuan memberikan asuhan dan pendidikan awal yang berkualiti kepada kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah, dengan keutamaan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40). Program ini bermula sebagai projek perintis pada tahun 2007, digerakkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor bersama kumpulan profesional dari pelbagai bidang dan kemudiannya diperluaskan ke seluruh negara setelah keberkesanannya terbukti. Sebanyak 89 buah Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) telah dibina di seluruh negara meliputi kawasan pinggir bandar dan luar bandar. Terdapat sebanyak tujuh inisiatif dilaksanakan di bawah Program PERMATA iaitu PERMATA Negara; PERMATA@Pintar; PERMATA Insan; PERMATA Seni; PERMATA Remaja; PERMATA Kurnia; serta PERMATA STEM Talent.
Semakan Keputusan Program PERMATA Negara 2027 Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Semakan Keputusan Program PERMATA Negara termasuk syarat kemasukan:
Keistimewaan Program PERMATA Negara
Antara keistimewaan program ini adalah seperti berikut:
1. Merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh.
2. Menggunakan kurikulum yang mengintegrasikan secara bersepadu asas asuhan yang lengkap dan pendidikan awal yang holistik.
3. Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain.
4. Menekankan konsep 3E iaitu Exploring (meneroka), Experimenting (mengeksperimen) dan Experiencing (mengalami); dan V. Menekankan kolaborasi diantara ibu bapa, pendidik dan anak, melalui penglibatan ibu bapa di PAPN.
Keistimewaan program PERMATA Negara antaranya kerana ia menyediakan pendidikan secara percuma bagi membolehkan kanak-kanak dalam kumpulan berkenaan mengikuti pembelajaran sambil bermain dan menerokai aktiviti-aktiviti kegemaran.
Syarat Kemasukan Program PERMATA Negara 2027
Antara Syarat Kemasukan Program PERMATA Negara adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur 2 – 4 tahun.
3. Keutamaan diberikan kepada keluarga yang berpendapatan rendah.
4. Anak sihat tubuh badan.
Pemohon yang menghantar anak ke PERMATA Negara tidak akan dikenakan sebarang yuran kerana ianya merupakan program percuma yang membantu keluarga berpendapatan rendah khususnya.
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:
1. Surat perakuan pendapatan bekerja sendiri/ tidak bekerja ibu bapa/ penjaga yang disahkan oleh Ketua Kampung/ Penghulu/ Penggawa/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)/ Ahli Dewan Undangan Negeri/ Ahli Parlimen / Pesuruhjaya Sumpah.
2. Salinan Sijil Kelahiran Anak
3. Salinan Rekod Imunisasi Anak.
4. Salinan slip gaji/ penyata gaji terkini ibu bapa/ penjaga yang disahkan oleh majikan.
Semakan Keputusan Program PERMATA Negara 2027 Online
Berikut dikongsikan Cara Semakan Keputusan Program PERMATA Negara secara online:
1. Semakan keputusan permohonan Program PERMATA Negara boleh dibuat secara online dengan layari pautan di http://bit.ly/semakanpapn2027 sehingga tarikh tutup pada 25 Oktober 2026.
2. Kemudian, pilih lokasi mengikut negeri dan PAPN yang dipohon.
3. Masukkan No Telefon atau Emel dan klik pada “Semak Keputusan.”
4. Jika berjaya: Ibu bapa perlu melengkapkan dokumen pendaftaran serta hadir ke Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) yang ditawarkan mengikut tarikh yang ditetapkan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat Lanjut berkaitan Program PERMATA Negara, sila hubungi di talian 03-8880 5151 (Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan (KPM)
Semoga perkongsian Semakan Keputusan Program PERMATA Negara ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Program PERMATA Negara!


Post a Comment