Header Ads

Permohonan SMAN Kedah 2027 Online (Tingkatan 1)

Permohonan SMAN Kedah 2027 Online (Tingkatan 1)|BILAKAH tarikh permohonan SMAN Kedah bagi Tingkatan 1 tahun 2027 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Kedah ambilan tahun 2027. Untuk makluman anda, permohonan SMAN Kedah Sesi 2027 boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup pada 5 November 2026. Berikut dikongsikan Permohonan SMAN Kedah Tingkatan 1 2027 Online buat rujukan anda.

Permohonan SMAN Kedah 2027 Online (Tingkatan 1)


Sedia maklum, SMAN Kedah merupakan sekolah yang dikelolakan oleh LZNK yang menawarkan pendidikan peringkat menengah iaitu Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5. Sekolah ini menawarkan 2 jenis aliran iaitu Aliran 1: Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) / Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Aliran 2: Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) / Tahfiz Turath / Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Bagi aliran 1, pelajar yang terpilih akan ditempatkan di sekolah panel Lembaga Zakat Negeri Kedah di setiap daerah (Sekolah Agama Rakyat & Sekolah Zakat Kedah). Manakala untuk aliran 2, pelajar yang terpilih akan ditempatkan di Pondok Moden Zakat Kedah, Mergong sahaja.


Permohonan SMAN Kedah 2027 Online (Tingkatan 1) 

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan SMAN Kedah termasuk syarat kemasukan:


Senarai Pusat Temuduga

Bagi mereka yang layak dan akan dipanggil untuk sesi temuduga, berikut adalah senarai pusat temuduga:

▶️ Zon 1 Selatan

- SMA Tarbiah Diniah Kulim

Jalan Pegawai 09000 Kulim Kedah Darul Aman

- SMA Ihsaniah

Jangkang 09700 Karangan Kedah Darul Aman

- SM Tahfiz Sains Darul Mumtaz

Lot 483, Kampung Guar Lobak, Padang Serai, Kulim, Kedah Darul Aman

- SMA Yayasan Khairiah

Kg. Pisang Kupang 09200 Baling Kedah Darul Aman

- SMA Diniah Islamiah

Pekan Kupang 09200 Baling Kedah Darul Aman

- Maahad Tarbiah Haraki Annur 

Kampong Carok Beras, 09300 Kuala Ketil, Kedah Darul Aman

- Madrasah Islahiah Diniah Memali 

Kampong Memali, Mukim Siong, 09100 Baling, Kedah Darul Aman

- Maahad Dini Sultan Abdul Halim

Kampung Belantik, Mukim Sok, 08210, Sik, Kedah Darul Aman


▶️ Zon 2 Tengah

- Madrasah Zubaidiyah (Merbok)

Kampung Belau, 08400 Merbok, Kedah Darul Aman

- Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam SMITI At-Taqwa

Sungai Bongkok, 08300 Gurun, Kedah Darul Aman

- SMA Daris

Kampung Sungai Layar Tengah, 08000 Sungai Petani, Kedah

- SMA Taufikiah Khairiah Halimiah

Bt. 16 Padang Lumat 08300 Gurun Kedah Darul Aman

- SM Islam Darul Izzah

Lot 2145, Kampung Perupok, 06900 Yan, Kedah.

- SMA Islah

Seberang Pendang 06710 Pendang Kedah Darul Aman

- Kolej Agama Sultan Abdul Halim

Lot 1306, Jalan Suka Menanti, Mukim Pumpong, 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman

- SMA Makarimul Akhlak

06500 Langgar Alor Setar Kedah Darul Aman

- SM Sains Tahfiz Alor Setar (SEMESTI)

Jln Datuk Kumbar, 05300 Alor Setar, Kedah Darul Aman

- Madrasah At-Taklimiah Al-Khairiah

Kampung Tok Keling, Mukim Darga, 05400 Alor Setar, Kedah Darul Aman

- Pondok Moden Zakat Kedah, Mergong

05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman


▶️ Zon 3 Utara

- SMI Darul Ulum – SMIDU

KM. 23, Jalan, Kampung Bukit Larek, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman

- Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah Melele

Kampung Seberang Melele, Batu 21, Jalan Kodiang, 06100 Kodiang, Kedah Darul Aman

- Maktab Pengajian Islam Kedah – MPIK

No. 25, Batu 13, Jalan Changloon, Kedah, 06100 Kodiang, Kedah Darul Aman

- SMA Al-Khairiah Pedu

Jalan Empangan Pedu, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman

- SMA As-Siddiqiah Al-Islamiah

Naka, 06350 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman

- SMA Al-Baqiyatussolihat

Kampung Ranggot Besar, 07000 Langkawi, Kedah


Syarat Kemasukan SMAN Kedah 2027

Antara syarat kemasukan SMAN Kedah yang ditetapkan adalah seperti berikut:

1. Terbuka kepada semua pelajar yang berumur 13 tahun pada tahun 2027.

2. Tajaan penuh LZNK bagi pelajar asnaf miskin, kecuali Pondok Moden Zakat Kedah (PMZK) yang ditaja di bawah asnaf Fisabilillah.

3. Penempatan pelajar di sekolah agama terpilih di setiap daerah.


Cara Permohonan SMAN Kedah 2027 Online

Berikut dikongsikan Cara Permohonan SMAN Kedah secara online:

1. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi Portal Tajaan Biasiswa Sekolah Menengah Agama Negeri Kedah di pautan https://tajaansma.lznk.com.my.

2. Isikan maklumat borang permohonan yang disediakan dengan lengkap. 

Permohonan SMAN Kedah 2027 Online (Tingkatan 1)


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan SMAN Kedah, sila hubungi:

DIVISYEN PENDIDIKAN ZAKAT KEDAH

No. Tel: 1800-88-1740 (Ext. 520) / 013-459 2071

LEMBAGA PENGURUSAN SEKOLAH ZAKAT

No Tel: 013-446 3071

Semoga perkongsian Permohonan Tingkatan 1 SMAN Kedah ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SMAN Kedah! 


No comments

Powered by Blogger.