Header Ads

Permohonan SMAN Johor 2027 Online (Tingkatan 4)

Permohonan SMAN Johor 2027 Online (Tingkatan 4)|BILAKAH tarikh permohonan SMAN Johor Tingkatan 4 tahun 2027 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMAJ) ambilan tahun 2027. Untuk makluman anda, permohonan SMAN Johor Sesi 2027 boleh dibuat secara online mulai 14 Oktober 2026 hingga tarikh tutup pada 14 November 2026. Berikut dikongsikan Permohonan SMAN Johor Tingkatan 4 2027 Online buat rujukan anda.

Permohonan SMAN Johor 2027 Online (Tingkatan 4)


Sedia maklum, Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMANJ) ialah institusi pendidikan Islam di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor yang menawarkan gabungan kurikulum akademik kebangsaan dan pengajian agama Islam. Ianya adalah satu-satunya pendidikan agama yang mempunyai asas dan bersistem serta tidak ada di negeri lain yang mana ia merupakan sekolah pendidikan Islam yang ditadbir terus oleh kerajaan negeri melalui Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Johor.


Permohonan SMAN Johor 2027 Online (Tingkatan 4) 

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Tingkatan 4 SMAN Johor termasuk syarat kemasukan:


Senarai SMANJ Yang Ditawarkan

Senarai sekolah ini di seluruh Negeri Johor adalah seperti berikut:

- Maahad Johor, Johor Bahru (MJ)

- SMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)

- Maahad Pontian, Pontian (MP)

- SMA Parit Raja, Batu Pahat (SMAPR)

- SMA Bugisiah, Tampok, Pontian (SMABG)


Syarat Kemasukan SMAN Johor 2027

Antara syarat kemasukan SMAN Johor adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.

2. Sihat tubuh badan dan boleh berdikari.

3. Lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012.

4. Calon hendaklah telah mengikuti Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) KPM dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

5. Hanya calon yang melepasi saringan awal akan dipanggil menghadiri Ujian Kemasukan Tingkatan 4 (UKT4).


Cara Permohonan SMAN Johor 2027 Online

Berikut dikongsikan Cara Permohonan SMAN Johor Tingkatan 4 secara online:

1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi pautan di https://forms.gle/nDRYqXkU1qG5WMkR8.

2. Lengkapkan dokumen yang diperlukan seperti berikut:

- Salinan Keputusan Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) Tingkatan 3 (Disahkan)

- Salinan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tingkatan 3 (Disahkan)

- Salinan Keputusan PAJSK Tingkatan 3 (Disahkan)

Permohonan SMAN Johor 2027 Online (Tingkatan 4)


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan SMAN Johor, sila layari pautan di https://jainj.johor.gov.my/bahagian-unit/bpi/ atau hantar emel ke alamat spsmtbpijainj@gmail.com.

Semoga perkongsian Permohonan Tingkatan 4 SMAN Johor ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SMAN Johor! 


No comments

Powered by Blogger.