Semakan Keputusan Kolej Profesional MARA (KPM) 2026/2027 Online
Semakan Keputusan Kolej Profesional MARA (KPM) 2026/2027 Online|BILAKAH tarikh semakan keputusan Kolej Profesional MARA (KPM) ambilan November 2026/2027 bakal diumumkan? Perhatian buat anda Lepasan SPM yang ingin ketahui semakan keputusan permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM) ambilan tahun 2026 bagi Program Diploma dan Pra Diploma. Untuk makluman anda, semakan keputusan Kolej Profesional MARA Sesi 2026 boleh dibuat secara online mulai 27 November 2027 jam 5:00 petang menerusi Portal Rasmi SPUPIM. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Kolej Profesional MARA 2026/2027 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, permohonan adalah dipelawa kepada calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan pada tahun 2025 dan ke bawah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 2026 yang ditawarkan kepada pelajar warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera. KPM menyediakan peluang lanjutan pengajian dalam bidang Perakaunan, Perniagaan Teknologi Maklumat, Pengurusan Perniagaan, Sains Komputer, Pengurusan Media Digital Kreatif, Komunikasi Bahasa Inggeris, Industri Halal, Pengurusan Logistik, Perniagaan Antarabangsa, Kewangan serta Pemasaran.
Semakan Keputusan Kolej Profesional MARA (KPM) 2026/2027 Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan keputusan Kolej Profesional MARA termasuk syarat kemasukan:
Tarikh Penting Kemasukan KPM Sesi 2027
Tarikh-tarikh penting kemasukan ke Kolej Profesional MARA ambilan 2027 adalah seperti berikut:
◾️Permohonan Dibuka: 1 APRIL 2026
◾️Permohonan Ditutup: 30 APRIL 2026
◾️Semakan Permohonan: 27 Oktober 2026
◾️Semakan Rayuan Fasa 1: -
◾️Semakan Rayuan Fasa 2: Akan dimaklumkan kelak
◾️Tarikh Lapor Diri di Kolej Profesional MARA: Akan dimaklumkan kelak
Syarat Kemasukan Kolej Profesional MARA (KPM) 2027
1. Calon dinasihatkan untuk membaca syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat pemohonan di pautan https://hi-edu.my/programkpm/
Kriteria Pemilihan
Memenuhi syarat am kemasukan adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia
2. Berstatus Bumiputera bagi pemohon DAN ibu ATAU bapa; dan
3. Berumur 18 tahun pada tahun 2025 bagi permohonan ke Kolej MARA (calon SPM tahun semasa sahaja)
4. Berumur 18 tahun sehingga 35 tahun bagi permohonan ke Kolej Profesional MARA
MARA juga mempertimbangkan calon-calon yang memenuhi kriteria berikut:
- Ibu / bapa tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak MARA;
- Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sasama.
- Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah;
- Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah; dan
- MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad.
- Sekiranya calon didapati memberikan maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.
Cara Semakan Keputusan Kolej Profesional MARA 2026/2027 Online
1. Layari Portal Rasmi SPUPIM secara online menerusi pautan di https://apponline.mara.gov.my/semakanspupim/.
2. Masukkan No Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang "Semak".
3. Sekiranya berjaya, ikuti arahan seterusnya untuk proses pengesahan penerimaan tawaran dan pembayaran yuran melalui sistem MARAeps.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan Kolej Profesional MARA, sila rujuk dibawah:
Emel: upim.bpt@mara.gov.my
No. Hotline: 03 – 261 32505 / 32506 / 32507 / 32508 / 32509
Laman Web Rasmi Bahagian Pendidikan Tinggi MARA: https://hi-edu.my/
Facebook: https://www.facebook.com/hiedumara
Instagram: https://www.instagram.com/hiedumara
Telegram: https://t.me/s/hiedumara
Linktree: https://linktr.ee/hiedumara
Selamat membuat Semakan Keputusan Kolej Profesional MARA Sesi 2027 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke KPM!


Post a Comment