Header Ads

Permohonan USAS 2026 Online (Diploma & Ijazah Sarjana Muda)

Permohonan USAS 2026 Online (Diploma & Ijazah Sarjana Muda)|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan ke USAS sesi 2026 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf dan Matrikulasi yang berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ambilan Julai tahun 2026 bagi pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Untuk makluman anda, permohonan USAS Sesi 2026 boleh dibuat secara online mulai 10 April 2026 sehingga tarikh tutup pada 17 Julai 2026 menerusi Portal Rasmi USAS. Berikut dikongsikan Permohonan USAS 2026 Online buat rujukan anda.

Permohonan USAS 2026 Online (Diploma & Ijazah Sarjana Muda)


Sedia maklum, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) merupakan salah sebuah universiti swasta milik penuh Kerajaan Perak di Malaysia. Kampus utamanya terletak di Kuala Kangsar, Perak. Antara peringkat pengajian yang ditawarkan di USAS adalah Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah.


Permohonan USAS 2026 Online (Diploma & Ijazah Sarjana Muda)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan USAS termasuk syarat kemasukan dan semakan keputusan:


Tarikh Penting Permohonan USAS Sesi 2026

Berikut dikongsikan tarikh penting Permohonan USAS ambilan kemasukan Julai 2026:

◾️Tarikh Permohonan Asasi: Ditutup pada 7 Mei 2026

◾️Tarikh Permohonan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda: 10 April 2026 - 17 Julai 2026


Syarat Kemasukan USAS 2026

Berikut dikongsikan syarat kelayakan mengikut kursus yang ditawarkan di USAS bagi program Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah:

A. Diploma:

https://www.usas.edu.my/program-diploma/

B. Ijazah Sarjana Muda:

https://www.usas.edu.my/program-ijazah/

C. Sarjana:

https://www.usas.edu.my/ijazah-sarjana

D. Doktor Falsafah:

https://www.usas.edu.my/ijazah-doktor-falsafah


Kenapa Perlu Belajar di USAS ?

I. IPT di bawah naungan Kerajaan Negeri Perak

2. Yuran pengajian yang berpatutan

3. Memiliki ahli akademik yang pakar & berpengalaman (Tempatan & Antarabangsa)

4. Kesemua program berdaftar di bawah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

5. Program pensijilan profesional seperti ACCA / IBFIM / Sijil Pendidikan ditawarkan

6. Tawaran Biasiswa USAS (tertakluk terma & syarat)

7. Berpeluang melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara

8. Penekanan nilai moral dan Islamik dalam setiap silibus

9. Bahasa penghantar: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris & Bahasa Arab


Cara Permohonan USAS 2026 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Kemasukan USAS secara online:

1. Sila layari Portal Rasmi USAS secara online menerusi pautan di https://online.usas.edu.my/

2. Klik pada Permohonan Pra-Siswazah. Klik pada "Warganegara Malaysia" (untuk pelajar tempatan).

3. Pada bahagian Log Masuk Permohonan, masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan untuk log masuk.

4. Kemudian, isikan maklumat permohonan yang diminta seperti Nombor Kad Pengenalan, Kata Laluan, Pengesahan Kata Laluan, Nama Penuh dan Nombor Telefon Bimbit.

5. Seterusnya, klik pada butang "Daftar" setelah selesai isikan maklumat peribadi. 

6. Semak status permohonan anda dan terima surat tawaran. 


Semakan Keputusan USAS 2026 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan USAS Sesi 2026 secara online:

1. Keputusan tawaran USAS boleh disemak di Portal Permohonan Online USAS melalui pautan online.usas.edu.my.

2. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas pengumuman rasmi keputusan USAS dianggap gagal dan tidak berjaya. 

Permohonan USAS 2026 Online (Diploma & Ijazah Sarjana Muda)


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan USAS, sila hubungi dibawah:

Universiti Sultan Azlan Shah, 

Bukit Chandan, Bandar DiRaja, 

33000 Kuala Kangsar, Perak.

▶️ No. Tel: 05 - 773 2298/ 2299

▶️ Emel: kemasukan@usas.edu.my

▶️ Facebook Page: Universiti Sultan Azlan Shah

Semoga perkongsian Permohonan Kemasukan USAS ambilan 2026 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke USAS!


No comments

Powered by Blogger.