Permohonan UITM Sarjana Muda & Profesional 2026/2027 Online (Ambilan Kedua)
Permohonan UITM Sarjana Muda & Profesional 2026/2027 Online (Ambilan Kedua)|BILAKAH tarikh permohonan UITM Sesi 2 2026/2027 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke UITM Ambilan Kedua 2026/2027 bagi program Sarjana Muda dan Profesional. Untuk makluman anda, permohonan UiTM Sarjana Muda dan Profesional Sesi 2 2026/2027 boleh dibuat secara atas talian (online) bermula 5 Oktober 2026 sehingga tarikh tutup pada 16 November 2026 menerusi Portal Rasmi UITM. Berikut dikongsikan Permohonan UITM Sarjana Muda dan Profesional 2026/2027 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, permohonan ini dibuka kepada beberapa kategori pemohon termasuk lepasan STPM, matrikulasi, diploma, asasi serta calon yang sedang berada di semester akhir pengajian tertentu.
Permohonan UITM Sarjana Muda & Profesional 2026/2027 Online (Ambilan Kedua)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan UITM Sarjana Muda dan Profesional termasuk syarat kemasukan, senarai program yang ditawarkan dan dokumen penting:
Kategori Permohonan Sarjana Muda
Permohonan terbuka kepada calon dalam kategori berikut:
- Lepasan STPM
- Lepasan Matrikulasi KPM
- Lepasan STAM
- Lepasan Asasi UiTM
- Lepasan Asasi Sains UM
- Lepasan Asasi Pintar UKM
- Lepasan Diploma UiTM
- Lepasan KKB UiTM
- Lepasan Diploma IPT lain
- Lepasan Diploma Vokasional
- Lepasan Diploma Kemahiran Malaysia
Harga No Pin BSN UiTM
Berikut dikongsikan Harga No Pin BSN untuk permohonan bagi program Sarjana Muda dan Profesional:
▶️ Sarjana Muda: RM17
▶️ Penerapan: RM10
▶️ Profesional: RM17
- No Pin boleh didapati melalui BSN seperti yang ditetapkan oleh pihak UiTM.
Penerapan ke Program Sarjana Muda
Calon yang memenuhi syarat juga boleh memohon penerapan daripada:
- Semester akhir Diploma UiTM/KKB UiTM ke Sarjana Muda
- Semester akhir Asasi Undang-Undang UiTM (PI005) ke Sarjana Muda
Program Profesional UiTM
Bagi Program Profesional, terdapat 2 program yang ditawarkan seperti berikut:
◾️AC551 – The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), United Kingdom
◾️AM550 – The Institute of Chartered Secretaries and Administration (UK) (ICSA)
Cara Permohonan UITM Ambilan Kedua 2026/2027 Online
Berikut dikongsikan Cara Permohonan UITM Sarjana Muda dan Profesional Ambilan Kedua:
1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang UITM di https://pengambilan.uitm.edu.my/
2. Pemohon perlu membeli No Pin BSN mengikut kategori permohonan sebelum membuat permohonan secara online.
3. Masuk ke Portal Pengambilan UiTM.
4. Kemudian, isikan borang permohonan dengan lengkap.
5. Pilih program pengajian yang bersesuaian.
6. Menyemak syarat kelayakan program.
7. Pastikan simpan bukti atau salinan permohonan untuk rujukan nanti.
Semakan Syarat Kemasukan UiTM
1. Sebelum menghantar permohonan, calon perlu memastikan mereka memenuhi syarat kelayakan bagi program yang dipilih.
2. Semakan boleh dibuat melalui pautan di https://pengambilan.uitm.edu.my/
3. Selain itu, calon boleh merujuk bahagian e-Syarat UiTM untuk mendapatkan maklumat berkaitan syarat program.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan UITM, sila rujuk dibawah:
▶️ Unit Sarjana Muda
No. Telefon: 03 - 5544 3198 / 3174 / 3195 / 2798
Emel: pengambilan.sarjanamuda@uitm.edu.my
▶️ Unit Pentadbiran dan Program Profesional
No. Telefon: 03 - 5544 3168 / 3172
Emel: pengambilan@uitm.edu.my
Semoga perkongsian Permohonan UITM Sarjana Muda dan Profesional tahun 2026/2027 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UITM!


Post a Comment