Header Ads

Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ 2026 Online

Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ 2026 Online|BILAKAH tarikh permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ Sesi 1 Tahun 2026 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ Sesi 1 Tahun 2026 bagi pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Untuk makluman anda, permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ 2026 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 23 Jun 2026 sehingga tarikh tutup pada 7 Julai 2026 menerusi Portal Rasmi YPJ. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ 2026 Online buat rujukan anda. 

Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ 2026 Online


Sedia maklum, anak Johor yang sedang melanjutkan pengajian dan masih belum menerima tajaan boleh mendapatkan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian menerusi Pinjaman Pelajaran Dalam Negara daripada Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Sesi 1/2026. Dengan adanya yayasan ini, ia sangat membantu dalam bantuan pendidikan serta menyediakan program kecemerlangan dalam melahirkan modal insan kelas pertama khususnya pelajar-pelajar di Negeri Johor ini. Salah satu bantuan pendidikan yang diperkenalkan adalah Pinjaman Pelajaran Dalam Negara khusus bagi membantu pelajar yang melanjutkan pengajian di dalam negara.


Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ 2026 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ termasuk syarat kelayakan dan dokumen sokongan:


Tarikh Penting Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ 2026

◾️Tarikh Permohonan: 23 Jun 2026 - 7 Julai 2026

◾️Aplikasi Permohonan:

KLIK 👉 https://prolims.ypj.gov.my


Syarat Kelayakan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ Tahun 2026

Antara syarat kelayakan permohonan pinjaman pelajaran ini adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia yang lahir dan menetap di Negeri Johor

2. Pelajar IPTA (Universiti & Politeknik) peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda

3. Pelajar IPTS: KUYPJ (Sijil & Diploma) dan KUIJSI (Diploma & Ijazah)

4. Keutamaan kepada keluarga B40 dan M40

5. Keutamaan kepada pelajar yang belum mempunyai tajaan

6. Pengajian sepenuh masa


Dokumen Sokongan

Antara dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

1. Slip Pengesahan Permohonan “Pinjaman Pelajaran Dalam Negara”

2. Salinan Kad Pengenalan Pelajar

3. Salinan Sijil Kelahiran

4. Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN Bapa atau Penjaga

5. Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN/PENYATA PENCEN)

6. Salinan Surat Tawaran IPT

7. Salinan Sijil Berhenti Sekolah

8. Salinan Sijil SPM

9. Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (Jika Berkaitan)

10. Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)

11. Salinan Bil Elektrik / Bil Air yang terkini


Cara Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ 2026 Online

Berikut dikongsikan Cara Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ secara online:

1. Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://prolims.ypj.gov.my atau imbas Kod QR pada iklan permohonan yang tertera. 

Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ 2026 Online


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ, sila layari Laman Web YPJ di pautan https://prolims.ypj.gov.my

Semoga perkongsian Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ tahun 2026 ini dijadikan panduan buat anda semua! 


No comments

Powered by Blogger.