Header Ads

Permohonan Program Asrama Malaysia 2027 Online (Tingkatan 1)

Permohonan Program Asrama Malaysia 2027 Online (Tingkatan 1)|BILAKAH tarikh permohonan Program Asrama Malaysia Tingkatan 1 tahun 2027 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Program Asrama Malaysia KPM ambilan tahun 2027. Untuk makluman anda, permohonan Program Asrama Malaysia Sesi 2027 boleh dibuat secara online mulai 12 Oktober 2026 hingga tarikh tutup pada 22 November 2026. Berikut dikongsikan Permohonan Tingkatan 1 Program Asrama Malaysia 2027 Online buat rujukan anda.

Permohonan Program Asrama Malaysia 2027 Online (Tingkatan 1)


Sedia maklum, Program Asrama Malaysia merupakan program yang menempatkan murid pelbagai kaum dalam satu asrama bermatlamatkan perpaduan antara kaum. Penubuhan program ini diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 28 September 2009. Pengambilan Murid Asrama Malaysia TERBUKA kepada semua kaum dan etnik yang terdapat di Malaysia (Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan lain-lain). Permohonan Kemasukan Murid Tingkatan Satu ke Program Asrama Malaysia adalah TERBUKA kepada semua murid Tahun 6 Kalendar Akademik Sesi Persekolahan Tahun 2026 dari SK, SJKT dan SJKC di seluruh negara.


Permohonan Program Asrama Malaysia 2027 Online (Tingkatan 1) 

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Tingkatan 1 Program Asrama Malaysia termasuk syarat kemasukan:


Keistimewaan Program Asrama Malaysia

Keistimewaan Program Asrama Malaysia adalah seperti berikut:

1. Asrama berkonsepkan Integrasi Nasional.

2. Peluang mempelajari Bahasa Antarabangsa.

3. Yuran Makan Asrama (YMA) dikecualikan.

4. Program dan aktiviti kokurikulum khas sehingga ke peringkat antarabangsa.

5. Menu Makan Asrama bertemakan kepelbagaian kaum.


Syarat Kemasukan Program Asrama Malaysia 2027

Antara syarat kemasukan Program Asrama Malaysia adalah seperti berikut:

1. Terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia sahaja.

2. Keutamaan diberikan kepada murid yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah atau sederhana.

3. Murid mesti aktif dalam kokurikulum dan sukan.

4. Pentadbir sekolah semasa perlu membuat pengesahan permohonan murid.

5. Setiap permohonan mesti disertakan dengan satu (1) salinan dokumen yang disahkan benar:

– Sijil lahir/ Kad Pengenalan pemohon dan ibu bapa/ penjaga.

– Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 2026.

– Keputusan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Tahun 2026.

– Laporan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) Tahun 2026.

– Sijil-sijil akademik, hal ehwal murid (HEM) dan kokurikulum Tahun 2026.

– Slip gaji/ Penyata pendapatan ibu bapa atau penjaga atau borang pengesahan pendapatan sekiranya tiada slip gaji atau tiada pendapatan.

– Dokumen sokongan untuk ibu atau bapa tunggal (jika berkaitan).

– Dokumen sokongan hak penjagaan anak sekiranya ibu bapa bercerai (jika berkaitan).

6. Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.


Dasar Pengambilan

1. Pengambilan Murid Asrama Malaysia TERBUKA kepada semua kaum dan etnik yang terdapat di Malaysia (Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan lain-lain).

2. Permohonan Kemasukan Murid Tingkatan Satu ke Program Asrama Malaysia adalah TERBUKA kepada semua murid Tahun 6 Kalendar Akademik Sesi Persekolahan Tahun 2026 dari SK, SJKT dan SJKC di seluruh negara.

3. Jawatankuasa Pemilihan Murid Asrama Malaysia (AMal) Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan pemilihan murid berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dan keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.

4. Murid yang diterima masuk ke Asrama Malaysia WAJIB bersekolah di sekolah di bawah Program Asrama Malaysia. Jika murid keluar dari Asrama Malaysia, murid juga mesti meninggalkan sekolah tersebut.

5. Pihak Kementerian Pendidikan (KPM)/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berhak menempatkan semula murid ke sekolah asal atau sekolah lain yang sesuai. Penempatan semula ini mesti diuruskan oleh ibu bapa atau penjaga melalui permohonan pertukaran sekolah.


Senarai Sekolah Asrama Malaysia

Antara Senarai Sekolah Asrama Malaysia adalah seperti berikut:

– Victoria Institution, Kuala Lumpur

– SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor

– SM Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah

– Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak


Cara Permohonan Program Asrama Malaysia 2027 Online

Berikut dikongsikan Cara Permohonan Program Asrama Malaysia Tingkatan 1 tahun 2027:

1. Permohonan boleh dibuat melalui muat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/drive/u/0/folders/101KAKALBZ8aqe1dkgUOlCf_2ZRjkvSIH.

2. Kemudian, borang permohonan serta dokumen yang lain perlu terus dihantar ke Asrama Malaysia pilihan pertama sahaja.

ASRAMA MALAYSIA KUALA LUMPUR

VICTORIA INSTITUTION

Jalan Hang Tuah,

55200 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2078 2489

Emel: web0226@moe.edu.my

ASRAMA MALAYSIA JOHOR

SMK (P) SULTAN IBRAHIM

Jalan Bendahara,

80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim

Tel: 07-224 3050

Emel: jeb1005@moe.edu.my

ASRAMA MALAYSIA SABAH

SM MAKTAB SABAH

Peti Surat 10548,

88806 Kota Kinabalu, Sabah

Tel: 088-225 201

Emel: xee4038@moe.edu.my

ASRAMA MALAYSIA SARAWAK

KOLEJ TUN DATU TUANKU HAJI BUJANG

Jalan Bunga Tanjong 2

Tanjung Lobang, 98000 Miri, Sarawak

Tel: 086-411 795

Emel: yeb4101@moe.edu.my

Permohonan Program Asrama Malaysia 2027 Online (Tingkatan 1)


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan Program Asrama Malaysia, sila layari laman web KPM di https://www.moe.gov.my.

Semoga perkongsian Permohonan Tingkatan 1 Program Asrama Malaysia ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Program Asrama Malaysia!


No comments

Powered by Blogger.