Header Ads

Semakan Keputusan Program Dermasiswa B40 2026 Online (DB40)

Semakan Keputusan Program Dermasiswa B40 2026 Online (DB40)|BILAKAH tarikh semakan keputusan Program Dermasiswa B40 (DB40) tahun 2026 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar Lepasan SPM yang ingin membuat semakan keputusan penajaan dibawah Program Dermasiswa B40 (DB40) ambilan tahun 2026. Untuk makluman anda, semakan keputusan Program Dermasiswa B40 2026 boleh dibuat secara online mulai 13 hingga 22 Oktober 2026 menerusi Portal Rasmi JPA. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Program Dermasiswa B40 2026 Online buat rujukan anda. 

Semakan Keputusan Program Dermasiswa B40 2026 Online (DB40)


Sedia maklum, DB40 mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi yang dikenal pasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa. Matlamat pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar lepasan SPM dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, terutamanya di peringkat Diploma dalam bidang berfokuskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).


Semakan Keputusan Program Dermasiswa B40 2026 Online (DB40)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan keputusan Program Dermasiswa B40 (DB40):


Tarikh Penting Keputusan Program Dermasiswa B40 2026

◾️Tarikh Semakan: 13 Oktober 2026 (Selasa) jam 5.00 petang hingga 22 Oktober 2026 (Khamis) jam 5.00 petang

◾️Aplikasi Semakan:

KLIK 👉 https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/ekeputusan/index.php?program=DMSW


Syarat Kemasukan Program Dermasiswa B40 2026

Antara Syarat Kemasukan Program Dermasiswa B40 adalah seperti berikut:

A. SYARAT UMUM 

1. Warganegara Malaysia.

2. Mempunyai kesihatan yang baik.

3. Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA.

4. Menduduki peperiksaan SPM 2024 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian.

5. Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

6. Sekiranya permohonan berjaya, pemohon tidak boleh menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.

7. Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.

8. Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM5,249.00 sebulan dan ke bawah.

B. SYARAT KHUSUS

Antara syarat khusus yang ditetapkan kepada pemohon adalah seperti berikut:

i) UPUOnline

Menduduki SPM 2024 buat kali pertama;

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan mana-mana tiga subjek lain; dan

Berjaya mendapat tawaran UPUOnline dan mendaftar di Universiti Awam (UA)/ Politeknik yang ditawarkan.

ii) UP_TVET

Menduduki SPM 2024 buat kali pertama;

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan dan mana-mana satu subjek lain; dan

Berjaya mendapat tawaran UP_TVET dan mendaftar di Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang ditawarkan.

Semakan Keputusan Program Dermasiswa B40 2026 Online (DB40)


Cara Semakan Keputusan Program Dermasiswa B40 2026 Online

Berikut dikongsikan Cara Semakan Keputusan Dermasiswa B40 secara online:

1. Pemohon dipelawa membuat semakan tawaran permohonan pengajian peringkat Diploma atau Diploma bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui pautan di https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/ekeputusan/index.php?program=DMSW.

2. Masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan. Klik pada butang "Log Masuk".

3. Keputusan tawaran permohonan akan dipaparkan di skrin. 

Semakan Keputusan Program Dermasiswa B40 2026 Online (DB40)


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Program Dermasiswa B40, anda boleh menghubungi pihak JPA melalui:

• Talian Telefon: 03-8000 8000

• E-mel Rasmi: dermasiswa2026@jpa.gov.my

Selamat membuat Semakan Keputusan Program Dermasiswa B40 tahun 2026 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Dermasiswa B40! 


No comments

Powered by Blogger.