Permohonan MRSM 2027 Online (Tingkatan 1 & Tingkatan 4)
Permohonan MRSM 2027 Online (Tingkatan 1 & Tingkatan 4)|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi tahun 2027 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berkelayakan dan berminat membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ambilan tahun 2027. Untuk makluman anda, permohonan kemasukan MRSM 2027 boleh dibuat secara online mulai 10 Julai 2027 sehingga tarikh tutup pada 14 Ogos 2027 menerusi Portal Rasmi KPM. Berikut dikongsikan Permohonan MRSM 2027 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Sebagai salah sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), sistem pendidikan MRSM ditubuhkan adalah selaras dengan matlamat dan keperluan negara bagi memberi kemudahan pelajaran di peringkat menengah terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Mulai tahun 2026 permohonan kemasukan murid tingkatan 1 dan 4 ke sekolah khusus dan MRSM menggunakan sistem yang sama dan penawaran dilaksanakan menggunakan kaedah single entry point. Single entry point adalah satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus dan MRSM menggunakan padanan Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) serta modul pengurusan murid dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), Kementerian Pendidikan (KPM).
Permohonan MRSM 2027 Online (Tingkatan 1 & Tingkatan 4)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 termasuk syarat kemasukan dan pakej matapelajaran yang ditawarkan:
Tarikh Penting Permohonan MRSM Tahun 2027
◾️Tarikh Permohonan: 10 Julai 2027 - 14 Ogos 2027
◾️Aplikasi Permohonan:
◀️ TINGKATAN 1: https://spskt1.moe.gov.my
◀️ TINGKATAN 4: https://spskt4.moe.gov.my
Senarai Pakej Mata Pelajaran & Program Yang Ditawarkan
Pilihan pakej mata pelajaran/program yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1. Program Premier
2. Program Premier-STEM Excellence
3. Program Bitara
4. Program IGCSE
5. Program Ulul Albab
6. Program Teknikal
Syarat Kemasukan MRSM 2027
Semua murid layak memohon ke MRSM dengan syarat seperti berikut:
1. Calon warganegara Malaysia
2. Ibu dan/atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia
3. Calon sekolah berdaftar dibawah KPM WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan
4. WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
5. Calon sekolah swasta tidak berdaftar KPM WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan
6. WAJIB menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
7. Calon yang melepasi PKSK/UKKM dan memilih Program Khas sebagai pilihan pertama WAJIB menduduki Ujian Khas yang ditetapkan oleh MARA
8. Calon yang melepasi PKSK dan memilih Program Premier sebagai pilihan pertama WAJIB menduduki UKKM.
9. Calon akan disaring melalui Pilihan Pertama sekolah khusus dan MRSM yang dipilih
10. Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
11. Ibu bapa/penjaga dan penjamin yang TIDAK disenarai hitam oleh MARA
12. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
13. Lahir antara 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015 bagi kemasukan Tingkatan 1 tahun 2027. Manakala lahir antara 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012 bagi kemasukan Tingkatan 4 tahun 2027;
14. Berdaftar dalam sistem MOEIS/APDM.
Cara Permohonan Kemasukan MRSM 2027 Online
Berikut dikongsikan Cara Permohonan Kemasukan MRSM bagi Tingkatan 1 & Tingkatan 4 secara online:
◾️Tingkatan 1 (SBP, SMKA, MTD, MRSM):
KLIK 👉 https://spskt1.moe.gov.my
◾️Tingkatan 4 dan Tahun 1 (SVM SBP, SBP-T, SMKA, MTD, MRSM):
KLIK 👉 https://spskt4.moe.gov.my
1. Pemohon hanya perlu memasukkan nombor MyKid/MyKad sendiri beserta nombor MyKad penjaga utama untuk mendaftar masuk ke sistem permohonan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan MRSM, sila rujuk pautan dibawah:
Bahagian Pendidikan Menengah
Tingkat 19 & 20
Ibu Pejabat MARA
No 21 Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur.
◀️ Emel: pengambilanmrsm@mara.gov.my
◀️ No Tel: 03 - 2613 2000 (Isnin hingga Jumaat, 8:00 pagi hingga 5:00 petang)
Semoga perkongsian Permohonan Kemasukan MRSM Tahun 2027 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke MRSM!


Post a Comment