Semakan Keputusan MUET Sesi 1 Tahun 2026 Online
Semakan Keputusan MUET Sesi 1 Tahun 2026 Online|BILAKAH tarikh keputusan MUET Sesi 1 tahun 2026 bakal diumumkan? Perhatian buat anda calon yang ingin ketahui cara semakan dan tarikh rasmi keputusan MUET Sesi 1 Ambilan Tahun 2026. Untuk makluman anda, semakan keputusan MUET Sesi 1 Tahun 2026 boleh dibuat secara online bermula 24 Jun 2026 (Hari Rabu) pada jam 10.00 pagi menerusi Portal Rasmi MPM. Berikut dikongsikan Cara Semakan Keputusan MUET Sesi 1 Tahun 2026 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, MUET diperkenalkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sebagai usaha menyelaraskan standard penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti. Ia diiktiraf sebagai satu standard wajib yang mesti dipenuhi oleh calon sebelum mereka melangkah universiti. Melalui ujian ini, pihak universiti mampu menilai tahap kemahiran bahasa Inggeris pelajar dari segi kefasihan, kefahaman, penulisan dan mendengar secara objektif. Selain itu, keputusan MUET juga menjadi salah satu syarat penting permohonan kemasukan ke universiti terutamanya bagi program memerlukan penguasaan bahasa Inggeris.
Semakan Keputusan MUET Sesi 1 Tahun 2026 Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Semakan Keputusan MUET Sesi 1 Tahun 2026 secara online dan melalui SMS:
Tarikh Penting Keputusan MUET Tahun 2026
◾️Tarikh Semakan: 24 Jun 2026 (Hari Rabu) jam 10:00 pagi
◾️Aplikasi Semakan:
KLIK 👉 https://mecea.mpm.edu.my/MUETR/
Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET
Berikut dikongsikan Permohonan Rayuan Semak Semula Keputusan MUET:
1. Permohonan rayuan semak semula biasanya dibuka selama 7 hari bermula sebaik sahaja keputusan rasmi diumumkan (24 Jun sehingga awal Julai 2026) di Portal Rasmi MUET.
2. Calon perlu mengisi permohonan dan membuat bayaran secara atas talian melalui sistem ini.
3. Jika calon menghadapi masalah tentang pembayaran/sistem permohonan secara dalam talian sila e-mel ke muet@mpm.edu.my.
4. Pertanyaan selain masalah pembayaran/sistem permohonan secara dalam talian sila hubungi MPM di talian 03 - 61261691/1692 atau e-melkan ke muet@mpm.edu.my.
5. Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia selepas 20 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja). MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.
Cara Semakan Keputusan MUET Sesi 1 Tahun 2026
A. Kaedah Semakan Online
- Layari Portal Rasmi MPM secara atas talian (online) menerusi pautan di https://mecea.mpm.edu.my/MUETR/.
- Masukkan No Kad Pengenalan dan klik pada butang Submit.
- Rayuan semak semula keputusan: https://mecea.mpm.edu.my/muet_ss/
B. Kaedah Semakan Melalui SMS
- Bagi kaedah semakan melalui SMS, anda boleh taipkan: MUET<jarak>RESULT<jarak>No. KP dan hantar ke 15888.
Tempoh Sah Laku Keputusan MUET
Tempoh sah laku keputusan MUET adalah seperti berikut:
1. Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013.
2. Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun, iaitu mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan MUET dan MUET on Demand (MoD), sila layari Laman Web Majlis Peperiksaan Malaysia atau hubungi di talian 03 - 6126 1600 atau e-melkan ke psm@mpm.edu.my.
Semoga perkongsian Semakan Keputusan MUET Tahun 2026 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat keputusan cemerlang!


Post a Comment