Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT MAIJ 2026 Online
Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT MAIJ 2026 Online|BILAKAH tarikh permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT MAIJ Tahun 2026 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT MAIJ ambilan tahun 2026. Untuk makluman anda, permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT MAIJ 2026 boleh dibuat secara online mulai 15 Jun 2026 sehingga tarikh tutup pada 15 Julai 2026 menerusi pautan di https://epayment.maij.gov.my. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT MAIJ 2026 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Skim Bantuan Pendafataran IPT Dalam Negara merupakan bantuan yang disediakan kepada MAIJ keapda pelajar dalam melanjutkan pelajaran di IPT. Secara umumnya, skim bantuan ini diwujudkan bagi membantu pelajar yang tergolong dalam asnaf fisabilillah untuk membayar yuran pendaftaran mereka di IPT. Dengan ini dapat membantu mereka memasuki IPT yang ditawarkan dan meneruskan pengajian di dalam bidang pengajian mereka.
Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT MAIJ 2026 Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT MAIJ termasuk syarat kelayakan:
Tarikh Penting Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT MAIJ Tahun 2026
◾️Tarikh Permohonan: 15 Jun 2026 - 15 Julai 2026
◾️Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 https://epayment.maij.gov.my/
Peringkat Pengajian Yang Layak
Peringkat pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:
▶️ Sijil / Asasi / Matrikulasi
▶️ Diploma
▶️ Ijazah Sarjana Muda
Syarat Kelayakan Skim Bantuan Pendaftaran IPT MAIJ 2026
Pelajar yang ingin memohon perlulah menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut:
1. Mestilah warganegara Malaysia yang beragama Islam
2. Anak kelahiran Johor dan menetap di negeri Johor
3. Mempunyai surat tawaran melanjutkan pengajian ke IPT tempatan
4. Pendapatan per kapita keluarga tidak melebihi RM800 bagi setiap tanggungan
5. Terbuka untuk kemasukan Semester Pertama sahaja
Cara Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT MAIJ 2026 Online
Berikut dikongsikan Cara Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT MAIJ secara online:
1. Layari Portal Rasmi MAIJ secara atas talian (online) menerusi pautan di https://epayment.maij.gov.my/.
2. Klik pada menu "Daftar Pengguna".
3. Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan dan klik pada "Semak No. Kad Pengenalan".
4. Sekiranya No IC telah berdaftar, laman web tersebut akan memaparkan data pengguna telah didaftarkan. Klik menu "Klik Di Sini" untuk mengemaskini kata laluan yang baru.
5. Sekiranya data pemohon tiada dalam sistem, lengkapkan maklumat peribadi pemohon.
6. Selepas maklumat pendaftaran telah lengkap diisi, sila klik pada "Setuju’ dan "Simpan".
7. Anda perlu log masuk dengan memasukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah disahkan.
8. Klik pada menu "Bantuan IPT Dalam Negeri". Lengkapkan butiran permohonan seperti maklumat pemohon, maklumat ibu bapa atau penjaga dan maklumat pengajian.
9. Seterusnya, muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
10. Klik pada butang "Hantar" dan "Cetak Slip" sebagai rujukan permohonan anda.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Skim Bantuan Pendaftaran IPT Dalam Negara, sila layari Laman Web MAIJ di https://www.maij.gov.my.
Semoga perkongsian Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT MAIJ tahun 2026 ini dijadikan rujukan buat anda semua!


Post a Comment