Jadual & Tarikh Kemasukan Duit PTPTN 2026 (Kredit)
Jadual & Tarikh Kemasukan Duit PTPTN 2026 (Kredit)|ANDA pemohon Pinjaman Pembiayaan PTPTN? Bilakah tarikh duit PTPTN masuk bagi tahun 2026? Panduan buat pelajar IPTA, IPTS, Politeknik dan UITM yang ingin ketahui tarikh dan jadual kemasukan duit PTPTN tahun 2026. Untuk makluman anda, permohonan Pinjaman PTPTN boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi Aplikasi MyPTPTN dan Portal Rasmi PTPTN. Berikut dikongsikan Jadual & Tarikh Kemasukan Duit PTPTN 2026 buat rujukan anda.
Sedia maklum, Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja.
Jadual & Tarikh Kemasukan Duit PTPTN 2026 (Kredit)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Jadual & Tarikh Kemasukan Duit PTPTN bagi IPTA, IPTS, Politeknik & UITM termasuk syarat kelayakan permohonan dan WPP PTPTN:
Syarat Kelayakan Permohonan Pembiayaan PTPTN
Antara Syarat Kelayakan Permohonan Pembiayaan PTPTN adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
3. Pendapatan (kasar) bulanan ibu bapa atau penjaga tidak melebihi RM50,000 (setelah ditolak RM250 seorang tanggungan);
4. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);*
5. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dan berdaftar dengan PTPTN*;
6. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) semester;
7. Telah membuka akaun Simpan SSPN Prime/ Simpan SSPN Plus**
*Hanya kursus yang diluluskan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan kemudahan pinjaman PTPTN.
**Hanya akaun Simpan SSPN Prime yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun Simpan SSPN Prime 15 digit
Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) RM1,500
PTPTN juga menawarkan wang pendahuluan pinjaman atau WPP sebanyak RM1,500 bagi persediaan pelajar sebelum mendaftar di IPT. Wang tersebut akan dipotong setiap semester sebanyak RM500 (selama 3 semester).
Berikut syarat-syarat untuk memohon WPP:
1. Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP;
2. Pelajar adalah Warganegara Malaysia;
3. Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH);
4. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja;
5. Pelajar tidak mempunyai hutang WPP.
Sekiranya lulus, penunaian boleh dibuat di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa surat tawaran WPP dan MyKad pelajar (wakil tidak dibenarkan).
Bayaran Balik PTPTN
- Peminjam hendaklah membuat bayaran balik PTPTN selepas 12 bulan tamat pengajian tanpa perlu menunggu notis bayaran balik.
- Jumlah bayaran balik adalah seperti yang tertera dalam Dokumen Tawaran Pinjaman.
- Kos upah atau Ujrah akan dikenakan bermula bulan ke-13.
- Jadi sekiranya peminjam membuat bayaran lebih awal tiada kos ujrah dikenakan sepanjang 12 bulan tersebut.
Semakan Jadual Permohonan dan Bayaran PTPTN
1. Semakan jadual bayaran pinjaman PTPTN boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi PTPTN di https://myptptn.ptptn.gov.my/ptptn/app/semakan.
2. Masukkan "Nama Kursus dan Nama IPT" anda untuk membuat carian.
3. Semak Tarikh dan Status:
Jadual bayaran dan status kelulusan akan dipaparkan secara tersusun:
- Tarikh mula pinjaman
- Tarikh permohonan dihantar
- Tarikh bayaran dijangka
- Jumlah pinjaman semester
4. Anda boleh memuat turun dokumen jadual rasmi dalam format PDF untuk rujukan nanti.
Info Penting:
*Bayaran dibuat secara berperingkat ke akaun peminjam
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Pinjaman PTPTN, sila rujuk dibawah:
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Tingkat Bawah, Menara PTPTN
Blok D, Megan Avenue II
No.12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur
Emel: eaduan.ptptn.gov.my
No. Tel: 03 – 2193 3000
Semoga perkongsian Jadual dan Tarikh Kemasukan Duit PTPTN Tahun 2026 ini dijadikan panduan buat anda semua!

Post a Comment