Semakan Keputusan KKTM, MJII & IKM (TVETMARA) 2025 Online
Semakan Keputusan KKTM, MJII & IKM (TVETMARA) 2025 Online|BILAKAH tarikh semakan keputusan kemasukan ke KKTM, MJII dan IKM Sesi Julai 2025 bakal diumumkan? Perhatian buat anda pelajar Lepasan SPM yang telah membuat permohonan kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan Institusi Kemahiran MARA (IKM) Sesi Julai 2025. Untuk makluman anda, semakan keputusan tawaran KKTM, MJII & IKM 2025 boleh dibuat secara online mulai 18 Jun 2025 (Hari Rabu) bermula jam 3:00 petang menerusi Laman Web Rasmi TVETMARA. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan KKTM, MJII & IKM (TVETMARA) 2025 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan Institusi Kemahiran MARA (IKM) merupakan sebuah institusi TVET di bawah MARA yang terunggul di Malaysia. Entiti institusi TVET MARA ini terletak di bawah pemantauan dan seliaan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA. Sebagai sebuah institusi pendidikan TVET yang berpengalaman melebihi 5 dekad, KKTM, MJII dan IKM telah memberi sumbangan yang besar kepada negara di dalam melahirkan modal insan berkompetensi berasaskan industri dan teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan industri negara. Penubuhan IKM adalah untuk melahirkan modal insan yang seiring berasaskan industri serta teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan negara. Sejak tertubuhnya institusi pertama di Melaka pada tahun 1968, IKM telah berkembang dan kini mempunyai 14 buah kampus di seluruh negara, manakala program yang berfokus kepada teknologi tinggi yang dipacu oleh Kolej Kemahiran Tinggi MARA yang kini berjumlah 10 buah kampus dan sebuah kampus iaitu MARA Japan Industrial Institute (MJII).
Semakan Keputusan KKTM, MJII & IKM (TVETMARA) 2025 Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara Semakan Keputusan KKTM, MJII & IKM termasuk tarikh penting:
Tarikh Penting Keputusan KKTM, MJII & IKM Sesi Julai 2025
◾️Tarikh Semakan: 18 Jun 2025 (Hari Rabu), jam 3:00 petang
◾️Aplikasi Semakan:
KLIK 👉 https://www.tvetmara.edu.my
Tempoh Pengajian
A. Peringkat Sijil
- 24 Bulan (termasuk Latihan Industri)
- 36 Bulan (termasuk Latihan Industri) – Elektrik (Kuasa) sahaja
B. Peringkat Diploma
- 24 – 36 Bulan (termasuk Latihan Industri)
Cara Semakan Keputusan KKTM, MJII & IKM 2025 Online (TVETMARA)
1. Semakan keputusan permohonan KKTM, MJII & IKM (TVETMARA) boleh dibuat secara online mulai 18 Jun 2025 (Hari Rabu), bermula jam 3:00 petang melalui pautan di https://www.tvetmara.edu.my.
2. Masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan. Klik pada butang "Log Masuk".
3. Tarikh pendaftaran pelajar baharu ditetapkan pada 21 Julai 2025. Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya ditawarkan tempat!
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan TVETMARA, boleh menghubungi pegawai bertugas melalui:
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
No. Tel: +60 3 2613 4258
No. Faks: +60 3 2691 4510
Emel: info@tvetmara.edu.my
Selamat membuat Semakan Keputusan KKTM, MJII & IKM tahun 2025 secara online! Tahniah kepada semua yang berjaya menjadi sebahagian daripada keluarga TVETMARA!
Post a Comment