Header Ads

Semakan Keputusan Tawaran PISMP IPG 2026 Online

Semakan Keputusan PISMP IPG 2026 Online|BILAKAH tarikh semakan keputusan PISMP IPG tahun 2026 bakal diumumkan? Perhatian buat anda pelajar Lepasan SPM yang telah membuat permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan tahun 2026. Untuk makluman anda, semakan keputusan tawaran PISMP IPG 2026 boleh dibuat secara online mulai 5 Jun 2026 bagi Lepasan SPM menerusi Portal Rasmi PISMP. Manakala keputusan IPG bagi Lepasan STPM, STAM, Matrikulasi dan Diploma Kolej Vokasional boleh disemak mulai 27 Julai 2026. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan PISMP IPG 2026 Online buat rujukan anda.

Semakan Keputusan PISMP IPG 2026 Online


Sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan pengambilan calon guru tajaan KPM bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tahun 2026. Pemohon yang layak akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau 3 semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM. Mereka yang lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 12 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.


Semakan Keputusan Tawaran PISMP IPG 2026 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara Semakan Keputusan PISMP IPG termasuk tarikh penting semakan:


Tarikh Penting Keputusan PISMP IPG Tahun 2026

◾️Tarikh Semakan:

- Lepasan SPM: 5 Jun 2026

- Lepasan STPM, STAM, Matrikulasi & Diploma Kolej Vokasional: 27 Julai 2026

◾️Aplikasi Semakan:

KLIK 👉 https://pismp.moe.gov.my/


Cara Semakan Keputusan PISMP IPG 2026 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Semakan Keputusan IPG PISMP secara online:

1. Sistem semakan tawaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2026 akan dibuka pada 5 Jun 2026 melalui pautan https://pismp.moe.gov.my/.

2. Kemudian, log masuk akaun dengan menggunakan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan. 

3. Klik pada butang "Log Masuk" untuk membuat semakan keputusan tawaran.


Tarikh Penting Kemasukan PISMP 2026

Tarikh-tarikh penting bagi permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2026 adalah seperti berikut:

◾️Permohonan Dalam Talian: 12 Mac 2026 – 2 April 2026

◾️Kemaskini Bidang Permohonan PISMP: 31 Mac 2026 – 2 April 2026

◾️Semakan Tarikh Calon Layak e-UKCG: 9 April 2026

◾️Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG): 15 – 17 April 2026 (Dilaksanakan secara dalam talian

◾️Semakan Keputusan e-UKCG, Calon Layak Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) & Temu Duga: 29 April 2026

◾️Pelaksanaan UKF dan Temu Duga: 3 – 8 Mei 2026

◾️Semakan Keputusan Calon Berjaya (Lepasan SPM): 5 Jun 2026

◾️Semakan Keputusan Calon Berjaya (Lepasan STPM, STAM, Matrikulasi & Diploma Kolej Vokasional): 27 Julai 2026

◾️Pendaftaran Pelajar Baharu di IPG: 10 Ogos 2026


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan PISMP, sila layari Laman Web PISMP di https://pismp.moe.gov.my atau hubungi Institut Pendidikan Guru Malaysia di talian 03-8312 6720/6693/6731/6768/6719/6760.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1

63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)

Selamat membuat Semakan Keputusan PISMP IPG tahun 2026 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke IPG!


No comments

Powered by Blogger.