Permohonan Program Sarjana Muda UniMAP 2026/2027 Online (Lepasan STPM/Setaraf)
Permohonan Program Sarjana Muda UniMAP 2026/2027 Online (Lepasan STPM/Setaraf)|BILAKAH tarikh permohonan UNIMAP Sesi 2 2026 bakal dibuka? Perhatian buat anda Lepasan STPM/Setaraf yang berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Program Sarjana Muda UniMAP (Universiti Malaysia Perlis) Sesi 2 Tahun 2026/2027. Untuk makluman anda, permohonan Program Sarjana Muda UniMAP 2026/2027 boleh dibuat secara atas talian mulai 29 Disember 2025 sehingga tarikh tutup pada 30 Januari 2026 menerusi Portal Rasmi UniMAP. Berikut dikongsikan Permohonan Program Sarjana Muda UniMAP 2026/2027 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Universiti Malaysia Perlis atau mudah dikenali sebagai UniMAP merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam yang berteraskan kejuruteraan di Malaysia terletak di negeri Perlis. Sebelum ini ia dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM). Universiti Malaysia Perlis ditubuhkan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-17 pada 25 Julai 2001. Penubuhan UniMAP bertujuan untuk melahirkan jurutera berkemahiran tinggi bagi memenuhi pelan perindustrian negara selain memberi alternatif kepada pelajar yang cenderung kepada pembelajaran secara praktikal. Program akademik UniMAP adalah berasaskan sekitar 80% pengajaran dalam bentuk teori dan 20% praktikal.
Permohonan Program Sarjana Muda UniMAP 2026/2027 Online (Lepasan STPM/Setaraf)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Program Sarjana Muda UniMAP termasuk syarat kemasukan dan senarai program pengajian yang ditawarkan:
Tarikh Penting Kemasukan Program Sarjana Muda UniMAP 2026
◼️ Tarikh Dibuka:
◼️ Tarikh Ditutup:
◼️ Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 https://e-kemasukan.unimap.edu.my/
Kelebihan Sambung Pengajian Program Sarjana Muda UniMAP
- UniMAP menawarkan 17 program pengajian Sarjana Muda untuk permohonan kemasukan ke Semester 2
- Semua pelajar Sarjana Muda dan Diploma UniMAP disediakan kolej kediaman tanpa mengira tahun pengajian. Pelajar tinggal di asrama sepanjang pengajian.
- Suasana kondusif untuk pelajar dan kos sara hidup yang rendah di Perlis.
- Yuran pengajian yang rendah antara RM1000 sehingga RM2700 setiap semester.
Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan
Antara Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan adalah seperti berikut:
KLIK 👉 https://www.unimap.edu.my/images/admission/SENARAI_NAMA_PROGRAM_PENGAJIAN-2023.pdf
Syarat Kemasukan Program Sarjana Muda UniMAP 2026
Antara Syarat Kemasukan Program Sarjana Muda UniMAP adalah seperti berikut:
1. Syarat kemasukan bagi peringkat Sarjana muda boleh disemak melalui pautan di https://www.unimap.edu.my/index.php/ms/syarat-kemasukan.
Cara Permohonan Program Sarjana Muda UniMAP 2026/2027 Online
1. Layari Portal Rasmi UniMAP secara online menerusi pautan di https://e-kemasukan.unimap.edu.my/.
2. Klik pada butang "Daftar Akaun" untuk daftar kali pertama.
3. Kemudian, log masuk dengan menggunakan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang disahkan. Pilih "Kategori" pada ruangan yang disediakan dan klik pada "Log Masuk".
4. Isikan maklumat permohonan yang diperlukan sehingga selesai dan hantar permohonan tersebut.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Program Sarjana Muda UniMAP, sila hubungi di bawah:
En. Muhammad Syuwari Shaari
Penolong Pegawai Tadbir
Tel.: 04 - 9414065 / 4056
Emel: admission@unimap.edu.my / syuwari@unimap.edu.my
Pn. Aimi Shamshirah Azizan
Pembantu Tadbir
Tel.: 04 - 9414065 / 4056
Emel: kemasukan@unimap.edu.my / aimi@unimap.edu.my
Semoga perkongsian Permohonan Program Sarjana Muda UniMAP Sesi 2026/2027 ini dijadikan panduan buat anda semua!

Post a Comment