Header Ads

Permohonan IPG 2026 Online (PISMP)

Permohonan IPG 2026 Online (PISMP)|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan ke PISMP ambilan 2026 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar Lepasan SPM dan Lepasan STPM/Setaraf yang berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Pelajar Cemerlang (PPC) ambilan tahun 2026. Untuk makluman anda, permohonan PISMP 2026 boleh dibuat secara online mulai 12 Mac 2026 sehingga 2 April 2026 menerusi Portal Rasmi PISMP. Berikut dikongsikan Permohonan IPG PISMP 2026 Online buat rujukan anda.

Permohonan IPG 2026 Online (PISMP)


Sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan pengambilan calon guru tajaan KPM bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2026 dan Program Pelajar Cemerlang (PPC) tahun 2026. PISMP merupakan program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah. Manakala, PPC merupakan program yang diwujudkan untuk melahirkan bakal guru dalam bidang pendidikan Islam di sekolah terpilih seluruh negara.


Permohonan IPG 2026 Online (PISMP)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan IPG PISMP termasuk tarikh penting, syarat kemasukan dan senarai program pengajian yang ditawarkan:


Tempoh Pengajian PISMP & PPC

- Pemohon yang layak akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau 3 semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.

- Mereka yang lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 12 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

- Bagi PPC pula, pemohon yang layak akan mengikuti pengajian di universiti luar negara yang telah ditetapkan oleh KPM selama 4 tahun.

- Setelah tamat pengajian Ijazah, pelajar akan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di IPG selama satu 1 tahun di IPG sebelum berkhidmat.


Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan

Bidang pengkhususan yang ditawarkan bagi PISMP adalah seperti berikut:

i) Sekolah Kebangsaan (SK)

Bahasa Melayu Pendidikan Rendah

Bimbingan dan Kaunseling

Matematik Pendidikan Rendah

Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah

Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah

Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)

Sejarah Pendidikan Rendah

ii) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

Bahasa Melayu Pendidikan Rendah

Bahasa Cina Pendidikan Rendah

Bimbingan dan Kaunseling

Matematik Pendidikan Rendah

Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah

Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah

Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)

Sejarah Pendidikan Rendah

iii) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Bahasa Melayu Pendidikan Rendah

Bahasa Tamil Pendidikan Rendah

Bagi kemasukan PPC, bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti Bidang Bahasa Arab (Lughah), Bidang Pengajian Islam (Dirasat Islamiah) dan Bidang Tahfiz (Al-Quran Wal Qiraat). 


Syarat Kemasukan PISMP dan PPC 2026

Antara syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan PISMP dan PPC adalah seperti berikut:

A. PISMP

- Warganegara Malaysia.

- Umur tidak melebihi 22 tahun pada 30 Jun 2025 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2003.

- Sihat tubuh badan.

- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

- Lulus SPM dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana lima matapelajaran.

- Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut di peringkat SPM:

◾️Bahasa Inggeris

◾️Sejarah

- Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan (sila rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan secara dalam talian).

B. PPC

- Warganegara Malaysia.

- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2025 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2005.

- Sihat tubuh badan.

- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

- Lepasan SPM tahun 2025.


Senarai Pemohon Yang Layak Memohon

Pemohon yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:

A. PISMP

1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

- (Tahun 2023/2024/2025) Calon SPM Tahun 2025 boleh memohon dan perlu mengemaskini bidang permohonan sebaik sahaja keputusan SPM diumumkan.

2. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

- (Tahun 2024/2025)

3. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

- (Tahun 2024/2025) 

4. Program Matrikulasi 

- (Sesi 2024/2025 & 2025/2026)


Calon Tidak Layak Memohon

Calon yang berada dalam kategori berikut tidak layak memohon iaitu:

1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.

3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.

4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.


Cara Permohonan PISMP & PPC 2026 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan PISMP & PPC secara online:

1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan layari laman sesawang KPM di pautan https://pismp.moe.gov.my.

2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temuduga.

3. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.

4. Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan.

5. Pemohon hendaklah menyimpan nombor rujukan untuk tujuan semakan permohonan.

6. Maklumat yang tidak benar dan lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Permohonan IPG 2026 Online (PISMP)


Tarikh Penting Kemasukan IPG PISMP Tahun 2026

◾️Tarikh Permohonan: 12 Mac 2026 - 2 April 2026

◾️Kemaskini Bidang Permohonan PISMP: 31 Mac – 2 April 2026

◾️Semakan Tarikh Calon Layak e-UKCG: 9 April 2026

◾️Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG): 15 – 17 April 2026 (Dilaksanakan secara dalam talian) 

◾️Semakan Keputusan e-UKCG, Calon Layak Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) & Temu Duga: 29 April 2026

◾️Pelaksanaan UKF dan Temu Duga: 3 – 8 Mei 2026

◾️Semakan Keputusan Calon Berjaya (Lepasan SPM): 5 Jun 2026

◾️Semakan Keputusan Calon Berjaya (Lepasan STPM, STAM, Matrikulasi & Diploma Kolej Vokasional): 27 Julai 2026

◾️Pendaftaran Pelajar Baharu di IPG: 10 Ogos 2026

Info Penting:

- Tarikh dan aktiviti boleh berubah dari semasa ke semasa.

- Penetapan tarikh e-UKCG, UKF dan temu duga adalah muktamad.

- Calon perlu sentiasa menyemak keputusan bagi saringan UKCG, UKF, temu duga dan keputusan tawaran.

Permohonan IPG 2026 Online (PISMP)


Artikel Berkaitan:

KLIK 👉 Permohonan UPU Online 

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan PISMP dan PPC, sila layari Laman Web PISMP di https://pismp.moe.gov.my atau hubungi Institut Pendidikan Guru Malaysia di talian 03-8312 6720/6693/6731/6768/6719/6760.

Semoga perkongsian Permohonan PISMP tahun 2026 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke IPG!


No comments

Powered by Blogger.