Permohonan PERDA-TECH Sesi Julai 2026 Online (Syarat Kemasukan)
Permohonan PERDA-TECH Sesi 2026 Online|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan ke PERDA-TECH Sesi 2026 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berumur 16 hingga 30 tahun dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH) ambilan Julai tahun 2026 bagi pengajian di peringkat Sijil dan Diploma. Untuk makluman anda, permohonan PERDA-TECH Sesi 2026 boleh dibuat secara online mulai 1 April 2026 sehingga tarikh tutup pada 1 Mei 2026 menerusi Portal Rasmi PERDA-TECH. Berikut dikongsikan Permohonan PERDA-TECH Sesi 2026 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, PERDA-TECH merupakan sebuah institusi di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang terletak di Bukit Panchor, Nibong Tebal menawarkan pelbagai latihan kemahiran kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia di peringkat Sijil dan Diploma. Institusi ini juga telah diiktiraf sebagai Pusat Bertauliah, Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Pembangunan Sumber Manusia bagi mengeluarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
Permohonan PERDA-TECH Sesi Julai 2026 Online (Syarat Kemasukan)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan PERDA-TECH termasuk syarat kemasukan dan senarai pengajian yang ditawarkan:
Kemudahan Yang Disediakan di PERDA-TECH
1. Yuran pengajian PERCUMA (ditanggung oleh Kerajaan)
2. Elaun sara diri – RM250.00 sebulan sepanjang tempoh pengajian (kecuali peringkat diploma)
3. Penginapan & pakaian kursus disediakan (kecuali peringkat diploma)
4. Insurans berkelompok
Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan
Antara program pengajian yang ditawarkan di PERDA-TECH adalah seperti berikut:
A. DIPLOMA
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Rekabentuk Produk (DPD)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan CNC Jitu (DPM)
- Diploma Multimedia Kreatif (DCM)
- Diploma Teknologi Fesyen Kreatif (DCF)
- Diploma Kemahiran Malaysia Teknologi Automotif (DAT)
- Diploma Kemahiran Malaysia Teknologi Kimpalan (DKK)
B. SIJIL
- Sijil Kemahiran Khas Fabrikasi Logam
- Sijil Kemahiran Khas Mekanik (Automotif)
- Sijil Kemahiran Khas Jahitan & Potongan Baju
- Sijil Kemahiran Khas Elektrik
- Sijil Kemahiran Khas Teknologi Komputer
Syarat Kemasukan PERDA-TECH Sesi 2026
Antara Syarat kemasukan ke PERDA-TECH adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia.
2. Tempoh pengajian adalah 5 bulan.
3. Peluang melanjutkan pelajaran di peringkat seterusnya (tertakluk kepada terma dan syarat).
4. Pelajar juga akan diberi set tool box bagi kemudahan belajar (tertakluk kepada terma dan syarat).
5. Boleh membaca, menulis, dan mengira.
6. Belum berkahwin.
7. Sihat tubuh badan.
8. Berumur 16 hingga 30 tahun.
9. Berminat dengan kemahiran.
10. Tidak mengalami masalah rabun warna.
Cara Permohonan PERDA-TECH Sesi 2026 Online
1. Layari Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar PERDA-TECH secara online menerusi pautan di https://mohon.tvet.gov.my/.
2. Kemudian, klik pada butang "Pendaftaran Baru". Isikan maklumat permohonan yang diperlukan dan klik pada butang "Simpan".
3. Seterusnya, masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan.
4. Lengkapkan borang permohonan yang diminta dan hantar permohonan tersebut.
Artikel Berkaitan:
KLIK 👉 Permohonan Program Matrikulasi KPM
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan PERDA-TECH, sila hubungi di talian 04 - 599 1100.
Semoga perkongsian Permohonan PERDA-TECH Sesi 2026 Online ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke PERDA-TECH!


Post a Comment