Permohonan Biasiswa PETRONAS 2026 Online (PESP)
Permohonan Biasiswa PETRONAS 2026 Online (PESP)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa PETRONAS tahun 2026 bakal dibuka? Perhatian buat anda calon Lepasan SPM 2025 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa PETRONAS Powering Knowledge Education Sponsorship Programme (PESP) tahun 2026. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa PESP PETRONAS 2026 boleh dibuat secara online mulai 31 Mac 2026 sehingga tarikh tutup pada 10 April 2026 menerusi Portal Rasmi PETRONAS. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa PETRONAS 2026 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, PESP PETRONAS merupakan biasiswa penuh tajaan PETRONAS sejak tahun 1975. Ia bertujuan melahirkan bakat berkualiti tinggi dalam bidang kejuruteraan, sains, perniagaan dan kemanusiaan. Program penajaan bagi pelajar SPM yang layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan universiti terkemuka tempatan dan luar negara di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, China, Jepun, dan Korea Selatan.
Permohonan Biasiswa PETRONAS 2026 Online (PESP)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Biasiswa PETRONAS (PESP) termasuk syarat kelayakan dan bidang pengajian yang ditawarkan:
Tarikh Penting Permohonan Biasiswa PETRONAS Tahun 2026
◾️Tarikh Dibuka: 31 Mac 2026
◾️Tarikh Ditutup: 10 April 2026
◾️Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS
Syarat Kelayakan Permohonan PESP PETRONAS 2026
Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan biasiswa PETRONAS tahun 2026:
1. Kelayakan Akademik
- Untuk Lepasan SPM 2025 sahaja (Tahun Semasa)
- Program Tempatan: Minimum 8A dan CEFR tahap B1
- Program Luar Negara: Minimum 4A+ dan 4A serta CEFR tahap C1
2. Kepimpinan & Aktiviti Kokurikulum
- Terlibat aktif dalam kelab, persatuan, sukan, atau khidmat masyarakat.
- Mempunyai ciri kepimpinan dan semangat berpasukan.
3. Penilaian Personaliti & Kognitif
- Online Assessment: Menguji kemahiran kognitif dan personaliti.
- Face-to-Face Interview: Dinilai oleh panel PETRONAS dari segi kepimpinan, komunikasi dan nilai murni.
Senarai Bidang Pengajian Yang Ditawarkan
Antara Senarai Bidang Pengajian Yang Ditawarkan adalah seperti berikut:
A. Teknikal
Kejuruteraan Kimia
Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Kejuruteraan Instrumentasi
Kejuruteraan Petroleum
Geosains / Geologi / Geofizik
Kimia Gunaan
B. Bukan Teknikal
Perakaunan / Kewangan
Ekonomi
Pemasaran
Sains Komputer / Kejuruteraan Perisian
Data Sains
Aktuari (Risiko Kewangan)
Psikologi / Sosiologi (Tingkah Laku Organisasi)
Undang-Undang
Cara Permohonan Biasiswa PESP PETRONAS 2026 Online
1. Layari Portal Rasmi PETRONAS secara online menerusi pautan di https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS.
2. Kemudian, daftar dan isikan maklumat borang permohonan secara dalam talian.
3. Hantar dokumen sokongan yang diminta dengan lengkap.
4. Calon layak akan disenarai pendek untuk penilaian lanjut seperti temu duga atau penilaian kognitif. Pengumuman penerima dibuat melalui saluran rasmi PETRONAS.
Kandungan Pakej Biasiswa
Biasiswa PETRONAS (Yayasan UTP Undergraduate Full Scholarship 2026) menawarkan pakej Full-Suite Scholarship Package yang komprehensif untuk pelajar yang layak seperti di bawah:
- Laptop untuk kegunaan pengajian.
- Yuran pengajian (tuition fees) sepenuhnya ditanggung.
- Perlindungan insurans (insurance coverage).
- Insentif bulanan komprehensif (comprehensive allowance package).
- Tiket penerbangan untuk pencari ilmu dari Sabah/Sarawak.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa PESP PETRONAS, sila hubungi di talian Hotline 03 - 2331 2277.
Emel: edu_sponsorship@petronas.com
Laman Web PETRONAS: https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS
Semoga perkongsian Permohonan Biasiswa PESP PETRONAS tahun 2026 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa PESP!

Post a Comment